30 St Mary Axe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari The Gherkin)
30 St Mary Axe
Pemandangan muka selatan dari Bishopsgate
Map
Nama alternatifThe Gherkin
Maklumat umum
StatusSiap
JenisOffice
Gaya seni bina
Neo-futuristic[perlu rujukan] / Structural expressionism
Lokasi30 St Mary Axe,
London, [8][9]
Koordinat51°30′52″N 00°04′49″W / 51.51444°N 0.08028°W / 51.51444; -0.08028Koordinat: 51°30′52″N 00°04′49″W / 51.51444°N 0.08028°W / 51.51444; -0.08028
Pembinaan bermula2001
Disiapkan pada
2003[7]
Dibuka pada28 April 2004 (2004-04-28)[5][6]
Pembiayaan£138 million (plus land cost of £90.6 million)[1]
adjusted for inflation: £170 juta (plus land cost of £119 juta)[1][2]
PemilikSafra Group[4]
Maklumat ketinggian
Bumbung180 meter (591 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
41
Keluasan tingkat
47,950 meter persegi (516,100 ka2)
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekFoster + Partners
Jurutera penstrukturan
Arup
Kontraktor utamaSkanska
Rujukan
[3]

30 St Mary Axe sebuah bangunan pencakar langit terletak dalam kawasan City of London, daerah kewangan London, United Kingdom. Bangunan kedua tertinggi di daerah tersebut setinggi 590 kaki ataupun 180 meter, menjadikannya bangunan kedua City of London (selepas Tower 42) dan bangunan keenam paling tinggi di Kota London. Ia pernah menempatkan syarikat insurans semula Swiss Re yang memberi nama Bangunan Swiss Re (bahasa Inggeris: Swiss Re Building) kepada ia suatu ketika dahulu.

Ia merupakan tarikan pelancong dan pemerhati kota tersebut kerana bentuk binaan ia menyerupai suatu jeruk timun, bangunan ini turut mendapat jolokan The Gherkin. Bangunan ini boleh dilihat daripada tengah-tengah kota melalui lebuh raya M1 di sebelah utara dan lebuh raya M11 sejauh 32 kilometer; ia boleh dilihat dari sebelah barat sejauh sudut patung George III di Windsor Great Park.

Sejarah tapak[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini terletak di atas tapak bangunan Baltic Exchange, ibu pejabat pemasaran sedunia bagi jualan kapal dan juga maklumat perkapalan. Pada 10 April 1992, Tentera Republikan Ireland Sementara meletupkan kawasan berhampiran bangunan ini dalam kegiatan pengganasan mereka semasa konflik menentang pihak UK menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan penuh sejarah tersebut dan juga kepada bangunan-bangunan di sekitarnya.

Badan Warisan England (English Heritage) dan Perbadanan London (Corporation of London) bertegas supaya mana-mana bangunan yang didirikan di atas tapak tersebut perlu memulihara muka bangunan (facade) bangunan itu menghadapi St Mary Axe. Baltic Exchange tidak mampu membiayai kerja-kerja pemuliharaan, dan memilih untuk menjual tapak berkenaan kepada firma Trafalgar House dalam tahun 1995.

Warisan England kemudiannya mendapati bahawa kerosakan kepada bangunan Baltic Exchange adalah lebih serius daripada jangkaan awal dan menarik balik desakan supaya muka bangunan dikekalkan – langkah ini menerima kecaman daripada pemulihara seni reka Inggeris yang mahukan pembinaan semula. ref>Campaign to save the old Baltic Exchange, before the start of construction.</ref> Menara Millennium London pada asalnya dicadangkan pembangunannya di atas tapak ini.

Perancangan[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1996, Trafalgar House mengemukakan perancangan untuk bangunan setinggi 1,200 kaki (370 m) dengan keluasan lantai melebihi 1 juta kaki persegi ((90,000 m²) ruang pejabat, dan mempunyai satu platform pada ketinggian 1,000 kaki (305 m) untuk membolehkan orang-orang awam melihat pemandangan Kota London. Rancangan yang dikemukakan menggunakan pelan lantai tidak ortodoks yang menyerupai sebatang jeruk mentimun gherkin.[10] Bentuknya yang menyerupai falus, banyak nama jolokan lucu yang dicipta untuk bangunan ini, tetapi tidak mendapat kegunaan meluas. Antaranya adalah "Towering Innuendo",[11] dan juga "Crystal Phallus" (Falus Kristal).[12] Rekaan bangunan ini hasil rekaan arkitek Sir Norman Foster (pemenang Hadiah Pritzker), Ken Shuttleworth dan firma kejuruteraan Arup untuk Skanska.

kerja-kerja pembinaan ke atas bangunan the Gherkin dijalankan. Pembinaan bermula dalam bulan Mac 2001 dan bangunan dibuka secara rasminya pada awal tahun 2004

Pada 23 Ogos 2000, Timbalan Perdana Menteri Britain John Prescott memberikan kebenaran membina sebuah bangunan yang jauh lebih besar daripada bangunan asal di atas tapak ini. Tapak ini tapak istimewa di London kerana pembangunan di aat tapak ini tidak boleh menghalang pemandangan kubah Katedral St Paul's (St Paul's Cathedral) apabila dilihat daripada beberapa tempat tertentu di London [13]). Tambahan pula tapak itu dahulunya tapak bangunan bersejarah Baltic Exchange.

Perancangan awal adalah untuk membina semula bangunan Baltic Exchange. Firma GMW Architects mencadangkan bangunan baru berbentuk segi empat yang mengelilingi bangunan Baltic exchange yang dibina semula — bentuk segi empat membolehkan keluasan lantai yang maksimum, sesuatu yang menjadi kegemaran pihak bank. Akhirnya perancang menyedari bangunan Baltic Exchange yang sudah rosak itu tidak dapat diselamatkan lagi, dan dengan itu mencadangkan bangunan yang penting dalam bidang seni bina (architecturally significant building). Ini membolehkan arkitek diberikan kebebasan membuat rekaannya dan besar daripada kekangan-kekangan sebelumnya.

Satu pengaruh besar ke atas seni reka bangunan ini adalah pembangunan di Canary Wharf, yang pesat membangun dan menarik pemindahan bank dan institusi komersial ke kawasan tersebut kerana pihak berkuasa tempatan membenarkan pembinaan bangunan-bangunan dengan keluasan lantai yang besar dan mempunyai seni reka moden. Sebaliknya City of London tidak membenarkan pembinaan bangunan seperti yang dibenarkan di Canary Wharf menyebabkan syarikat-syarikat besar menempatkan pejabat mereka di beberapa bangunan berasingan. Apabila pihak berkuasa City of London menyedari pendirian mereka menyebabkan pemindahan ketara banyak syarikat-syarikat berpengaruh, mereka melonggarkan kekangan pembinaan bangunan tinggi di City of London.

Rancangan Swiss Re untuk bangunan rendah memenuhi kemahuan pihak berkuasa tempatan untuk mengekalkan bentuk jalanan (streetscape) tradisional London dengan lorong-lorong sempit. Bentuk bangunan Swiss Re juga tidak begitu mengagumkan. Seperti bangunan One Churchill Place berhampiran, pejalan kaki tidak menyedari kewujudan bangunan itu apabila berjalan di lorong-lorong berhampiran sehinggalah mereka berada di bawah bangunan tersebut.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Luaran[sunting | sunting sumber]

Bahagian Bawah Bangunan

Arkitek Foster and Partners mereka sebuah bangunan dengan bentuk kon untuk mengurangkan golakan udara di sekeliling bangunan ini. Reka bentuk bangunan ini memenangi beberapa anugerah kecemerlangan, termasuk anugerah Hadiah Stirling dari Institut Diraja Arkitek British (Royal Institute of British Architects) atau RIBA untuk bangunan baru terbaik tahun 2004. Anugerah itu diberikan dengan undian sebulat suara oleh juri pemilihan, pertama kali perkara ini berlaku dalam pemilihan anugerah itu. The Gherkin juga memenangi hadiah 2003 ‘’Emporis Skyscraper Award’’ untuk bangunan pencakar langit terbaik disiapkan dalam tahun 2003. Bangunan ini dibina oleh Skanska, disiapkan pada Disember 2003 dan dibuka secara rasminya pada 28 April tahun berikutnya.

Arkitek selalunya mengurangkan penggunaan pelicauan kembar dalam rumah kediaman untuk mengelakkan perolakan (convection) udara tidak efisien, tetapi di dalam bangunan The Gherkin ini, kesan ini digunakan secara maksimum. Lubang-lubang udara menarik naik udara hangat semasa musim panas (membolehkan udara lebih sejuk masuk untuk menyejukkan bangunan) dan semasa musim sejuk pula kesan pemanasan diperolehi dengan penghangatan pasif cahaya matahari. Lubang-lubang udara ini juga membolehkan cahaya matahari memasuki bangunan, dan mewujudkan persekitaran yang lebih nyaman dan selepas, dan mengurangkan penggunaan lampu dan mengurangkan bil elektrik untuk pencahayaan.

Kebanyakan bangunan memperolehi kestabilan sisi (lateral stability) daripada tiang teras (column core) ataupun daripada tiub perimeter tanpa topang ataupun satu kombinasi menggunakan kedua-dua kaedah. Ini bermakna sekiranya bangunan itu dibina dengan kekuatan yang hanya mencukupi untuk melawan rintangan angin, bangunan itu masih berayun dan boleh menyebabkan ketidakselesaan penghuninya. Cara biasa untuk mengawal ayunan disebabkan angin adalah dengan menambahkan kekerasan bangunan ataupun menambahkan peredam (damper). Tetapi bangunan The Gherkin mempunyai struktur menggunakan struktur perimeter tersegi tiga yang memberikan kekerasan tanpa penggunaan struktur tambahan untuk pengukuhan. Walaupun bangunan ini berbentuk kon dan nampak melengkung, hanya terdapat satu kepingan gelas melengkung di keseluruhan bangunan ini, gelas penutup paling atas bangunan ini. .[14]

Kemudahan dalaman[sunting | sunting sumber]

Lif hanya boleh beroperasi sehingga aras 34 sahaja, pergerakan naik turun ke aras-aras yang lebih tinggi dibuat menggunakan tangga gerak (escalator). Aras-aras 39 ke 40 melalui menggunakan tangga marmar (sebuah lif disediakan untuk kegunaan orang kurang upaya)

Di aras 40, aras paling tinggi bangunan ini, terdapat sebuah bar untuk penghuni dan tetamu. Aras ini memberikan penglihatan 360 darjah sekeliling pemandangan Kota London. Sebuah restoran eksklusif dibuka di aras 39 dengan bilik makan peribadi disediakan di aras 38.

Syarikat-syarikat dirumahkan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "30 St Marys Axe, London - Building #58". Skyscrapernews.com. Dicapai pada 3 June 2014.
  2. ^ Perangkaan inflasi CPI UK berasaskan data yang diperoleh dari Lawrence H. Officer (2010) "What Were the UK Earnings and Prices Then?" MeasuringWorth.
  3. ^ 30 St Mary Axe di Emporis
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Safra tidak disediakan
  5. ^ "30 St Mary Axe". Emporis. Dicapai pada 4 February 2010.
  6. ^ Worsley, Giles (28 April 2004). "Glory of the Gherkin". The Daily Telegraph. London.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan skanska tidak disediakan
  8. ^ "Gherkin London".
  9. ^ "The Gherkin".
  10. ^ Terry Macalister and Andrew Clark, "Foster's 'erotic gherkin' takes root.", Friday 18 February 2000. "... dubbed an 'erotic gherkin' by some design critics.".
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-14. Dicapai pada 2007-03-12.
  12. ^ http://www.findarticles.com/p/articles/mi_qa3724/is_200009/ai_n8921122
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-30. Dicapai pada 2007-03-12.
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-01. Dicapai pada 2007-03-12.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]