The Independent

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Independent
Jenis Surat khabar
(Tersedia hanya dalam talian sejak 27 Mac 2016)
Format Website
Diasaskan 7 Oktober 1986; 32 tahun yang lalu (1986-10-07)
Pemihakan politik Liberal
Ibu pejabat Northcliffe House
Bandar London
Negara United Kingdom
Edaran 54,187, Isnin–Sabtu; 90,248 Ahad (Februari 2016)[1]
Akhbar saudara
  • The Independent on Sunday (1990–2016)
  • i (2010–Februari 2013)
  • Hanya dalam talian indy100 (sejak Februari 2013)
Pemilik
Penerbit Independent Print Limited
Penyunting Christian Broughton
ISSN 0951-9467
Nombor OCLC 185201487
Laman sesawang www.independent.co.uk
Laman saudara
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

The Independent adalah sebuah akhbar dalam talian British. Ditubuhkan pada tahun 1986 sebagai surat khabar pagi kebangsaan bebas yang diterbitkan di London, ia dikawal oleh pertubuhan Independent News & Media dari tahun 1997 sehinggalah ia dijual kepada oligarki Rusia Alexander Lebedev pada 2010. Edisi cetakan terakhir The Independent telah diterbitkan pada Sabtu 26 Mac 2016, di mana kini hanya edisi digital yang masih tersedia.

Diberi nama samaran Indy, akhbar ini bermula sebagai terbitan lebar, tetapi kemudiannya ditukarkan kepada format tabloid (padat) pada 2003. Sehingga September 2011, akhbar tersebut digambarkan pada sepanduk di atas setiap surat khabar sebagai "bebas daripada berat sebelah parti politik, bebas daripada pengaruh empunya" (free from party political bias, free from proprietorial influence). Ia cenderung terhadap pendirian yang memihak kepada pasaran dalam isu-isu ekonomi.

Pada Jun 2015, ia mempunyai edaran harian purata hanya di bawah 58 ribu, 85 peratus penurunan daripada zaman kemuncak semasa tahun 1990, manakala edisi Ahadnya mempunyai edaran melebihi 97 ribu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]