The Jerusalem Post

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
The Jerusalem Post
Jerusalem Post Logo.svg
JenisSurat khabar
FormatHelaian lebar
Diasaskan1 Disember 1932; 89 tahun yang lalu (1932-12-01) (sebagai The Palestine Post)
Pemihakan politikTengah ke konservatif[1][2]
BahasaInggeris
Ibu pejabatBaitulmuqaddis
Akhbar saudaraJerusalem Post Lite
PemilikThe Jerusalem Post Group
PenyuntingYaakov Katz
ISSN0021-597X
Laman sesawangjpost.com

The Jerusalem Post ialah surat khabar helaian lebar yang diasaskan pada tahun 1932 di Mandat Palestin oleh Gershon Agron, dimana ketika itu akhbar tersebut dikenali sebagai The Palestine Post. Pada tahun 1950, surat khabar itu menukar namanya kepada yang sekarang. Akhbar ini kemudiannya dibeli oleh Mirkaei Tikshoret, sebuah firma pelbagai media yang dikawal oleh pelabur Eli Azur pada tahun 2004. The Jerusalem Post diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan sebelum ini turut dicetak dalam edisi bahasa Perancis.

Dahulunya dianggap sebagai penyokong sayap kiri, The Jerusalem Post mengalamai perubahan kepada sayap kanan pada lewat 1980-an.[3] Sejak 2004, penyunting David Horovitz mengalihkannya ke haluan tengah dan seterusnya pada 2011, Steve Linde berikrar untuk menyediakan liputan yang seimbang dengan pandangan daripada pelbagai spektrum siasah.[4][5] Pada April 2016, Linde meletak jawatan sebagai ketua penyunting akhbar dan digantikan oleh Yaakov Katz,[6] bekas wartawan tentera untuk akhbar yang sebelumnya berkhidmat sebagai penasihat kepada Perdana Menteri, Naftali Bennett.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "On the issue of defense, the paper moved editorially in the post-1990 years between a centrist position under David Makovsky (1999–2000) and David Horowitz (2004– ) as editors, and a right-wing position under David *Bar-Illan (1990–96) and Brett Stephens (2002–4). A neo-liberal capitalist outlook on economic and financial affairs replaced the socialist outlook of earlier years.""Jerusalem Post". Ensiklopedia Judaica (dalam bahasa Inggeris). 2007.
  2. ^ "The Jerusalem Post (Israeli newspaper)". Ensiklopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 November 2013.
  3. ^ "The press in Israel" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 8 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2009.
  4. ^ "Editor's Notes: The time has come... - Opinion - Jerusalem Post". Jpost.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Jun 2019.
  5. ^ "Horovitz steps down, Linde taking over as JPost editor". The Jerusalem Post (dalam bahasa Inggeris). 12 Jun 2011.
  6. ^ "Yaakov Katz named new 'Post' editor-in-chief". The Jerusalem Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Mei 2016.
  7. ^ Dolsten, Josefin (13 April 2016). "Jerusalem Post Names Ex-Naftali Bennett Aide as New Editor-in-Chief". The Forward (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 September 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]