Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

The Journey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

The Journey
(一路有你 atau Lù yǒu nǐ)
The Journey Poster 2014.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahChiu Keng Guan
Penerbit
  • Choo Chi Han
  • Heng Yee Jia
Lakon layar oleh
  • Ryon Lee
  • Chan Yoke Yeng
Dibintangi oleh
  • Ben Andrew Pfeiffer
  • Lee Sai Peng
  • Joanne Yew Hong Im
Muzik olehAlex San
SinematografiEric Yeong
Disunting olehGwyneth Lee
Syarikat
penerbitan
Wohoo Pictures Production
PengedarAstro Shaw
MM2 Entertainment
Mula ditayangkan
  • 30 Januari 2014 (Malaysia)
Tempoh tayangan
97 minit
NegaraMalaysia
BahasaMandarin
PerbelanjaanRM3 juta[1]
Pecah panggungRM16.87 juta[2]

The Journey (一路有你 atau Lù yǒu nǐ) merupakan filem drama komedi keluarga Malaysia 2014 arahan Chiu Keng Guan dengan lakon layar oleh Ryon Lee.[3] Filem ini dibintangi oleh Ben Andrew Pfeiffer, Lee Sai Peng dan Joanne Yew Hong Im. Filem ini mengisahkan seorang bapa yang membenarkan anak perempuannya untuk mengahwini seorang pemuda Inggeris dengan satu syarat iaitu pemuda tersebut harus mengikutinya mengelilingi seluruh negara untuk menyerahkan jemputan perkahwinan mereka.[4]

Filem ini telah berjaya memenangi empat anugerah daripada enam pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Filem bukan dalam bahasa Melayu Terbaik). Sehingga tahun 2018, The Journey berada di tempat ke-3 dalam senarai filem tempatan dengan kutipan tertinggi, di belakang Polis EVO dan Abang Long Fadil 2.[5]

Plot[sunting | sunting sumber]

Uncle Chuan (Lee Sai Peng, merupakan seorang ayah yang konservatif dengan satu set peraturan yang tegar. Apabila anak perempuannya Bee (Joanne Yew) pulang ke rumah selepas menghabiskan sebahagian besar kehidupannya di England bersama tunangnya Benji (Ben Pfeiffer), Uncle Chuan enggan memberi restu terhadap perkahwinan mereka. Dengan perbezaan budaya dan halangan bahasa yang berpotensi boleh merosakkan perkahwinan antara Benji dan kekasihnya, dia merasakan sesuatu perlu dilakukan dengan segera. Uncle Chuan dengan berat hati membenarkan mereka berkahwin tetapi dengan satu syarat - majlis perkahwinan itu perlu dengan cara yang tradisional.

Walaupun mereka tidak mengerti antara satu sama lain, Benji dan Uncle Chuan memulakan perjalanan di seluruh negara untuk menyerahkan jemputan perkahwinan kepada rakan-rakan zaman kanak-kanak Uncle Chuan. Di sepanjang perjalanan, kedua-dua belajar pengajaran yang bernilai mengenai menerima perbezaan antara satu sama lain.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Ben Andrew Pfeiffer sebagai Benjamin Harris/Benji
  • Lee Sai Peng sebagai Goh Chee Chuan
  • Joanne Yew Hong Im sebagai Goh Bee Yong

Dibantu oleh

  • Siow Ho Phiew sebagai Lian Pak Cik
  • Lim Yew Beng sebagai Lim Dan
  • Khok Eng Loy sebagai Tan Ah Kao
  • Lim Yen Seng sebagai Choo Chong Meng
  • Tan Boon Hua sebagai Cheong Dong Kin
  • Chong Nyuk Ling sebagai Lim Kee Huat
  • Yeoh Ah Seng sebagai Chew Hok Heng
  • Hui Swee Meng sebagai Khow Soon Choy
  • Sherry Aljefri sebagai Fatimah Binti Ahmad
  • Charlie Chang sebagai Low Boon Cheng
  • Huan Yong sebagai Rambo Chew
  • Ng Chooi Hong sebagai Auntie Gao
  • Justin Ng Zi Xuam sebagai Choo Chee Hin

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran asas telah diadakan di serata lokasi di Malaysia. Lokasi merangkumi Cameron Highlands, Jeti Chew dan Jambatan Keretapi Pinang Tunggal di Pulau Pinang (yang akhirnya dirobohkan selesai penggambaran), Pulau Aur, Kuala Lumpur, Baling di Kedah, Ipoh, dan Sabah.

Filem ini juga menampilkan persembahan Chingay di Johor Bahru, di mana pengarah Chiu tetap mahu memasukkan babak tersebut walaupun kehabisan modal.[6]

Pengedaran[sunting | sunting sumber]

Keluaran media[sunting | sunting sumber]

The Journey mula diedarkan oleh Multimedia Entertainment dalam format DVD dan VCD pada 20 Mac 2014. Selain itu filem ini turut disiarkan di Astro on-demand saluran Astro First selepas habis tempoh tayangan di pawagam yang menyelitkan dokumentari belakang tabir Chasing for Dream. Filem ini turut ditayangkan di pawagam Singapura pada hari yang sama.[7]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Rata-rata pengkritik memberi ulasan yang bercampur mengenai filem ini.[8]Hassan Abd Muthalib dari Astro Awani mengulas filem ini sebagai filem "...Yasmin Ahmad dengan sebuah belon udara panas yang besar"[9]Patryk Czekaj dari portal perfileman Twitchfilm.com pula mengatakan filem ini sebgai "...filem yang harus dinikmati dengan mata."[10]Patricia Hului dari The Borneo Post,iMyn dari portal perfileman Wayangkini.com dan Aqmar Mustaza/Hanan Mansor dari Sinar Harian memuji prop dan sinematografi filem.[11][12][13] Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[14] Sheril A. Bustaman dari portal perfileman Thoughtsonfilms.com pula mengatakan filem ini sebagai "...langkah permulaan untuk mengubah landskap perfileman Malaysia". Tetapi, beliau turut mengritik plot penceritaan dan lakonan pelakon utama terutamannya loghat Bee (Joanne Yew) yang tidak menggambarkan seseorang yang telah duduk lama di England.[15] June H.L Wong dari The Star memuji emosi serta sinematografi filem tetapi turut menyelar plot penceritaan dan lakonan.[16] Elizabeth Kerr dari The Hollywood Reporter pula mengkritik arahan Chiu Keng Guan sebagai "tidak kreatif" dan sinematografi Eric Yeong sebagai "bagus, tetapi bukan terbaik".[17] Yip Wai Yee dari The Straits Times mengatakan tiada chemistry antara watak utama dan adegan terakhir yang anti-klimaks.[18]Filem ini mendapat rating 8.0 per 10 dalam portal perfileman IMDb[19]

Pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat kutipan RM2.2 juta ketika hari tayangan pertama, mencipta rekod kutipan pembukaan tertinggi filem berbahasa Cina Malaysia. Filem ini terus mendapat RM3.7 juta selepas 6 hari tayangan.[20] Menjelang hari kesebelas tayangan, filem ini menambah jumlah kutipan ke RM6.6 juta.[21] Filem yang popular melalui cara promosi mulut ke mulut berjaya menjadi filem tempatan berbahasa Cina dengan kutipan tertinggi pada 12 Februari 2014 dengan kutipan RM7.6 juta, melepasi rekod yang dicipta filem Ah Beng: Three Wishes (RM7.56 juta).[22] Menjelang 16 Februari, filem ini menakuk pada kutipan RM9.8 juta, untuk menjadi filem tempatan berbahasa Cina pertama berpotensi untuk mencecah had RM10 juta. Pangung wayang tempatan pula terpaksa menambah hari tayangan tambahan untuk memenuhi permintaan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.[23] Pada 20 Februari, filem ini cuma kekurangan RM0.2 juta di belakang Ombak Rindu, mencapai kutipan menjadi RM10.70 juta dan menjadi filem tempatan berbahasa Cina pertama untuk mencecah had RM10 juta.

Menyedari kejayaan filem ini di Malaysia, syarikat produksi mempercepatkan tarikh tayangan di Singapura. [24] Menuju penghujung minggu keempat tayangan pada 23 Februari, The Journey secara rasmi menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, mengumpul jumlah kutipan RM12.92 juta[25][26], memecahkan rekod yang dipegang oleh filem KL Gangster sebanyak RM11.74 juta.[27]Sepanjang tempoh tayangannya The Journey meraih sebanyak RM16.87 juta keseluruhan.[28]Pencapaian tersebut akhirnya diatasi oleh filem 2015 Polis EVO dengan kutipan sebanyak RM17.74 juta.[29]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Udine Far East ke-16 [30][31] Choo Chi Han & Gayatri Su-Lin Pillai Dicalonkan
Festival Filem Antarabangsa Beijing 2014[32] Panorama[33][34] Choo Chi Han & Gayatri Su-Lin Pillai Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014[35][36] Filem Terbaik Choo Chi Han & Gayatri Su-Lin Pillai Menang
Pengarah Terbaik Chiu Keng Guan Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Sai Peng Lee Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ben Pfeiffer Dicalonkan
Sinematografi Terbaik Eric Yeong Menang
Lakon Layar Terbaik Ryon Lee, Chan Yoke Yeng Dicalonkan
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015[37] Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Lee Sai Peng Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-27[38] Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik Choo Chi Han & Gayatri Su-Lin Pillai Menang
Filem Box-office Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Lee Sai Peng Menang
Cerita Asal Terbaik Chiu Keng Guan Dicalonkan
Skor Muzik Asal Terbaik San Wai Lik (Alex San) Dicalonkan
Penataan Seni Terbaik Soon Yong Chow Dicalonkan
Sinematografi Terbaik Eric Yeong Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Behind the Scenes of 'The Journey'". Variety. 11 February 2014. Dicapai 15 Feb 2014. 
  2. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2014". Finas. 
  3. ^ "The Journey official website". 24 February 2014. Dicapai 24 Feb 2014. 
  4. ^ "The Journey filem Cina Nusantara". KOSMO!. Dicapai 29 November 2015. 
  5. ^ "Highest-grossing Malaysia film". 
  6. ^ Krich, John (9 April 2014). "The Journey to the Top of Malaysia's Box Office". The Wall Street Journal. Dow Jones and Company, Inc. Dicapai 31 July 2016. 
  7. ^ "《一路有你》票房达1716万 纪录片《拼一个梦》开播". Variety. 20 March 2014. Dicapai 22 Mar 2014. 
  8. ^ http://www.mysuara.net/index.php/berita/6271-kutip-rm17j-the-journey-filem-cina-buka-mata-menteri
  9. ^ http://english.astroawani.com/news/show/the-journey-a-message-for-all-malaysians-33181
  10. ^ http://twitchfilm.com/2014/05/udine-2014-review-the-journey-a-feel-good-road-film-about-the-ups-and-downs-of-cross-cultural-relati-1.html
  11. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/the-journey-filem-berwajah-malaysia-1.258129
  12. ^ http://seeds.theborneopost.com/2014/01/17/review-the-journey/
  13. ^ http://wayangkini.com/tempatan/journey-review/
  14. ^ http://thevocket.com/9-filem-terbaik-malaysia-bagi-tahun-2014/
  15. ^ http://thoughtsonfilms.com/2014/04/24/the-long-and-winding-road-the-journey/
  16. ^ http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/So-Aunty-So-What/Profile/Articles/2014/02/26/The-great-Malaysian-movie-almost/
  17. ^ http://www.hollywoodreporter.com/review/journey-filmart-review-694447
  18. ^ http://stcommunities.straitstimes.com/movies/2014/03/19/malaysias-highest-grossing-local-film-journey-charms
  19. ^ www.imdb.com/title/tt3144678/
  20. ^ Bahasa Cina: {{{1}}}"《一路有你》开画票房创新高,6天突破370万". Pelbagai. 11 Februari 2014. Dicapai Feb 15, 2014. 
  21. ^ Bahasa Cina: {{{1}}}"《一路有你》,一路长虹!". Pelbagai. 11 Februari 2014. Dicapai Feb 15, 2014. 
  22. ^ Bahasa Cina: {{{1}}}"全民电影《一路有你》创760万票房,刷新大马中文电影票房纪录". Pelbagai. 11 Februari 2014. Dicapai 15 Februari 2014. 
  23. ^ Bahasa Cina: {{{1}}}"《一路有你》大卖980万!千万票房仅"一步距离"". Pelbagai. 17 Februari 2014. Dicapai 17 Februari 2014. 
  24. ^ Bahasa Cina: {{{1}}}"票房破1070萬 擬提早登陸新加坡". Pelbagai. 21 Februari 2014. Dicapai Feb 22, 2014. 
  25. ^ "FILEM THE JOURNEY". Malaysian Review. 28 Februari 2014. Dicapai 2015-11-29. 
  26. ^ "Cipta Sejarah & Kutip RM12.92 Juta – Filem Cina Tempatan, The Journey, Tapau Filem Melayu". Ohbulan.com. 25 Februari 2014. Dicapai 2015-11-29. 
  27. ^ "大馬最賣座本土電影 《一路有你》1292萬破紀錄". Variety. 24 February 2014. Dicapai 24 Feb 2014. 
  28. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2014". Finas. 
  29. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2015". Finas. 
  30. ^ "Tayangan perdana 'The Journey' di Eropah". Astro Awani. 21 April 2014. Dicapai 30 November 2015. 
  31. ^ (Inggeris)"'Journey' to premier in Europe at Udine Far East Film Festival". New Sarawak Tribune.com. 22 April 2014. Dicapai 2015-11-29. 
  32. ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/501540/the-journey-wakil-tunggal-negara-di-feff-di-itali
  33. ^ http://www.therakyatpost.com/life/2014/04/25/the-journey-continues/
  34. ^ http://www.dailyseni.com/index.php/home/news/item/549-the-journey-terpilih-ke-udine-far-east-film-festival
  35. ^ http://www.astroawani.com/news/show/psiko-pencuri-hati-kolumpo-tambat-hati-pengkritik-filem-43808
  36. ^ http://mpfkl.com/blog/?p=39
  37. ^ http://www.aiffa2015.com/aiffa-2015-nominations/
  38. ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/691125/jom-check-it-out-24-kategori-pencalonan-akhir-ffm27

Pautan luar[sunting | sunting sumber]