The Maid (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Maid (drama)
Genre
PengarahHelmi Yusof
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Tempoh siaran25–30 minit
Setiap Rabu 9.30 Malam
Syarikat penerbitan
Juita Viden
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal6 Januari 2021 – 10 Mac 2021

The Maid ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 mulai 6 Januari 2021 arahan Helmi Yusof dibintangi oleh Mira Filzah, Ezzaty Abdullah, Eina Azman, Sherry Alhadad dan Norman Hakim.[1] Drama ini mengisahkan seorang suami yang berpoligami empat isteri dan diberikan pembantu rumah setiap seorang.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kehidupan Jay (Norman Hakim) bersama empat orang isterinya iaitu Suhana (Sherry Alhadad), Nadia (Eina Azman), Fika (Ezzaty Abdullah) dan Elisa (Mira Filzah) yang mula jadi popular setelah Jay mengabadikan kisahnya dalam berpoligami menerusi sebuah novel bertajuk Mr Payung Emas. Pada luaran, kehidupan mereka nampak bahagia namun hakikatnya Suhana, Nadia, Fika dan Elisa saling membenci. Hanya pembantu rumah masing-masing yang mengetahui kisah mereka.

Konflik terjadi apabila isteri keempat, Elisa telah terbunuh ketika perjumpaan keluarga. Oleh kerana semua ahli keluarga berada di tempat kejadian, mereka adalah suspek utama pembunuhan. Jadi mula timbul persoalan tentang, siapa pembunuh sebenar Elisa dan mengapa pembunuhan itu berlaku.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri-isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra muncul sebagai pembantu rumah yang baru. Suhana, isteri pertama Jay menjadi ragu-ragu dengan identiti sebenar Citra.Yana (Zarina Zainoordin) , pembantu rumah Elisa pada awalnya tidak mempercayai Citra, bertukar menjadi percaya padanya kerana Citra memberitahu bahawa dia adalah adik Elisa. Citra menjadi pembantu rumah Puan Suhana kerana ingin menyiasat disebalik kematian kakaknya. Manakala Fika, isteri ketiga Jay meragui niat sebenar Citra. Dia dan Suhana bergabung untuk menyiasat tentang Citra.

Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asyraf Roslan (6 Januari 2021). "The Maid bakal cetus fenomena". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 11 Januari 2021. Dicapai pada 11 Januari 2021.