The Online Revolution

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

The Online Revolution (Revolusi Dalam Talian) adalah kempen yang menyediakan diskaun, jualan promosi dan pelbagai pertandingan di laman web Lazada Malaysia. Melalui kerjasama dengan syarikat e-dagang yang lain - Zalora dan Foodpanda, kempen e-dagang bakal dijadikan sebagai tradisi tahunan [1]. 'The Online Revolution' ini direka berdasarkan kempen 'Cyber Monday' di Amerika Syarikat, yang berlangsung pada hari Isnin pertama selepas perayaan 'Thanksgiving' [2].


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Permulaan[sunting | sunting sumber]

'The Online Revolution' ini telah diperkembangkan dari kempen sehari yang berlangsung pada tarikh keramat 12 Disember, 2012 (12.12.12) yang dinamakan ‘Awesome Deals Day’, di mana pelanggan-pelanggan telah ditawarkan tawaran-tawaran istimewa dan diskaun yang menarik dari Lazada, Zalora dan Foodpanda [3]. Pada tahun 2013, jualan e-dagang dijangka akan meningkat sebanyak 17% kepada $1.2 trilion di seluruh dunia [4], dan saiz pendapatan transaksi e-dagang Malaysia pula dijangka akan mengatasi RM1.72 bilion pada tahun 2017 [5]. Berdasarkan itu, Lazada Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan lagi ekosistem e-dagang melalui 'The Online Revolution' dan menjadi kempen dalam talian tahunan yang terbesar [1].

Asal Usul Istilah[sunting | sunting sumber]

'The Online Revolution' telah dicipta berikutan kejayaan kempen ‘Awesome Deals Day’ pada 12 Disember, 2012. Namanya kemudian telah ditukar kepada 'The Online Revolution' sebagai satu tanda transformasi daripada kaedah membeli-belah secara tradisional kepada kaedah baru yang mengetengahkan kecanggihan membeli-belah dalam talian [6].

2013[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan kempen pertama yang diadakan pada tahun 2012, 'The Online Revolution' Lazada pada tahun 2013 pula adalah kempen satu bulan yang telah bermula pada 11 November, 2013. Kemuncak kempen merangkumi pelbagai tawaran hebat dengan diskaun yang menarik untuk telefon bimbit, tablet, peralatan rumah, elektronik dan pelbagai produk [7]. Kempen pada tahun 2013 ini telah disokong oleh syarikat-syarikat ternama seperti Yahoo, Hitz fm, Hypp TV, Telekom, Bcard, dan GDEX [8]. Pendengar Hitz.FM berpeluang untuk memenangi vaucer tunai Lazada dan barangan mingguan terpilih dengan hanya mendengar dan mengambil bahagian dalam pertandingan atau pergi ke kruiser-kruiser Hitz.FM, manakala pelanggan-pelanggan Digi, Hypp TV dan Telekom pula dapat menikmati tawaran dan vaucer yang eksklusif kepada mereka [1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "LAZADA kicks off its version of Cyber Monday". 2013. Dicapai pada 11 November 2013.
  2. ^ "Get Ready For An Online Revolution". 2013. Dicapai pada 10 November 2013.
  3. ^ "Malaysia's LAZADA, ZALORA and foodpanda offer awesome deals to celebrate 12.12.12". 2012. Dicapai pada 12 December 2013.
  4. ^ "Study: Global Ecommerce to Hit $1.2 Trillion This Year, Led by Asia". 2013. Dicapai pada 28 June 2013.
  5. ^ "E-commerce revenue size to surpass RM1.72b in 2017". 2013. Dicapai pada 12 November 2013.
  6. ^ "Biggest online shopping event". 2013. Dicapai pada 11 November 2013.
  7. ^ "Cyber Monday in China and Southeast Asia". 2013. Dicapai pada 10 November 2013.
  8. ^ "Rocket Internet companies begin their own 'Cyber Monday' in SEA". 2013. Dicapai pada 11 November 2013.