Pergi ke kandungan

The Original Gangster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Original Gangster
PengarahSyamsul Yusof
Lakon layarSyamsul Yusof
Dihasilkan oleh
  • Syamsul Yusof
  • Latiff Mohaideen
  • Saniboey Mohd Ismail (eksekutif)
  • Nini Yusof (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiMadnor Kassim
Disunting olehSyamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
2026
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM20 Juta

The Original Gangster merupakan sebuah filem aksi gangster drama jenayah ngeri Malaysia yang akan datang arahan Syamsul Yusof terbitan syarikat produksi miliknya sendiri iaitu President Productions dengan kerjasama dua lagi syarikat produksi yang lain iaitu Razor's Edge Pictures dan Primeworks Studios. Filem ini dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Rosyam Nor, Hairul Azreen, Shaheizy Sam, Yayan Ruhian, Soffi Jikan, Nas-T, Niezam Zaidi dan ramai lagi. Filem ini dijangka akan keluar di pawagam seluruh negara pada tahun 2026

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Filem The Original Gangster ialah filem ke-12 arahan Syamsul Yusof dan juga filem pertama terbitan syarikat produksi miliknya iaitu President Productions yang diterbitkan tanpa melibatkan syarikat produksi Skop Productions milik bapanya, Datuk Yusof Haslam. Ini merupakan francais terbaru filem Syamsul yang bergenre aksi, gangster, drama, jenayah dan ngeri. Filem ini juga tiada kaitan dengan francais dua filem yang diarahkan oleh Syamsul sebelum ini iaitu KL Gangster dan KL Gangster 2 yang dikeluarkan di pawagam pada tahun 2011 dan 2013.[1][2]

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (30 September 2022). "The Original Gangster atau KL Gangster 3?". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2023.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (8 Oktober 2022). "'The Original Gangster cerita baharu, tiada kena-mengena dengan KL Gangster 3' - Syamsul Yusof". Harian Metro. Dicapai pada 24 Mac 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]