The Pillar of Strength

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

The Pillar of Strength merupakan sebuah filem animasi pendek arahan Ayie Ibrahim, diterbitkan oleh Creatvtoon Studio, dan disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia Malaysia (MDEC) dan Kementerian Kewangan Malaysia melalui geran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Filem berlatarbelakang kehidupan masyarakat Iban ini mengisahkan inspirasi perjuangan dan kisah kekeluargaan Rentap sewaktu kecil.

The Pillar of Strength
GenreDrama
Format1080i
PenciptaAyie Ibrahim
Dibangunkan oleh
Creatvtoon Studio
Ditulis olehAyie Ibrahim
PengarahAyie Ibrahim
Azwan "Wan-G" Abdullah (Art Director)
Lagu pembukaanXMEN
PenggubahXMEN
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Iban
Bilangan episod1
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Nordin Mohd Razali
Amirul Annuar
PenerbitAyie Ibrahim
Suriya Samsudin
PenyuntingMohd Syafiq
Tempoh siaran7 minit 33 saat
Syarikat penerbitan
Creatvtoon Studio
Penyiaran
Julung kali ditayangkan di
Malaysia

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

The Pillar of Strength mengisahkan konflik kekeluargaan antara seorang pahlawan Iban bernama Kanang dan anaknya Rentap yang berumur 10 tahun. Kanang merasakan anaknya terlalu suka bermain, dan tidak menghormati budaya dan adat resam. Manakala Rentap merasakan bahawa ayahnya terlalu tegas. Suatu hari mereka keluar berburu, dan malangnya terlibat di dalam musibah.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Creatvtoon Studio merupakan sebuah studio animasi yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Ia bermula semenjak 2010 dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan industri animasi seperti pembangunan pra-produksi, rekabentuk produksi, rekaan papan cerita & animatic, aliran kerja animasi hinggalah ke pasca-produksi animasi.

Sejarah Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Idea asal cerita ini bermula pada 2018, dengan beberapa ilham dan ilustrasi daripada Ayie Ibrahim. Menyedari idea ini unik serta mempunyai nilai budaya yang tinggi, beliau menjalankan kajian secara visual dan naratif terhadap masyarakat Iban. Idea dan jalan cerita ini diperhalusi lagi dengan kajian lapangan yang membawa Ayie Ibrahim ke perkampungan masyarakat Iban, berdiskusi bersama masyarakat setempat dan pakar budaya masyarakat Iban, Tuan Kennyson Anak Tomy, dan Pengembara Solo Dunia, Tuan Zahariz Khuzaimah.

Ayie sewaktu di kajian lapangan

Melalui temuramah antara Ayie bersama wartawan The Sun Daily, Bissme S.,[1] Malaysia sering menonjolkan watak dan adiwira dari bahagian Malaysia barat (Semenanjung) seperti Hang Tuah, namun amat kurang mengetengahkan watak dan adiwira dari sebelah Malaysia timur iaitu Borneo. Sesungguhnya terdapat pelbagai kisah menarik, unik dan kebudayaan yang kuat dari Borneo untuk dipertontonkan kepada dunia.[2][3]



Dengan berbekalkan pengalaman yang mendalam dalam rekabentuk watak, pembangunan pra-produksi dan penghasilan animasi, Creatvtoon mempersembahkan idea ini Digital Content Creators Challenge yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC) melalui geran PENJANA yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Idea The Pillar of Strength berjaya dalam proses "pitching" tersebut dan memenangi geran sebanyak Ringgit Malaysia Seratus Ribu sahaja (RM100,000). Seterusnya dengan geran yang dimenangi, produksi dimulakan pada Oktober 2020. Produksi ini turut menggunakan kos tambahan daripada sumber peribadi beliau sebanyak Ringgit Malaysia Lapan Puluh Ribu sahaja (RM80,000).[4]

Sesi taklimat dan diskusi di Creatvtoon Studio
Ayie benung nerang pasal gaya cherita ke deka ditusui dalam The Pillar Of Strength

Ayie turut mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Bapa Animasi Malaysia, Tuan Hassan Muthalib dalam pembangunan jalan cerita The Pillar of Strength ini. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhi dalam proses pembangunan filem animasi ini termasuk limitasi kos produksi, masa dan ketelitian dalam mencapai kualiti yang disasarkan. Filem animasi ini berjaya disiapkan pada Oktober 2021.

Anugerah & Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Filem animasi The Pillar of Strength ini mempunyai kekuatan dan nilai kebudayaan yang tersendiri. Ia dibuktikan dengan kejayaan filem animasi ini di dalam anugerah dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Berikut merupakan senarai anugerah dan pengiktirafan yang diperolehi:

Tahun Anugerah Kategori Negara
2020 MDeC Digital Content Creators Challenge

(DC3)

Animation Category (RM100,000) Malaysia
2021 Lift Off Global Network Official Selection United Kingdom
2021 Lift Off Global Network Official Selection

First-Time Filmmakers

United Kingdom
2021 DIOGENES Tbilisi 2nd International Short Film Internet Festival,

Georgia

Official Selection Georgia (negara)
2021 The Archaeology Channel International Film Festival , USA Official Screening Selection Amerika Syarikat
2021 Golden FEMI Film Festival, Bulgaria Official Selection Bulgaria
2021 International Alexandria Film Festival, Egypt Official Selection Mesir
2021 Prix du Festival Napoleon, Paris Official Selection Perancis
2021 Short Winter Editions , AltFF Alternative Film Festival, Toronto Semi Finalist Kanada
2021 Cannes Shorts, France Honourable Mention Perancis
2021 Indo-Singapore International Festival Winner Animated Short IndonesiaSingapura
2021 Golden Eagle Indie Film Festival, India Best Animated Short India
2021 ARG International Film Festival, Paris Best Animation Perancis
2021 World Film Carnival, Singapore Award Winner Singapura
2021 Europe Film Festival (U.K) Award Winner United Kingdom
2021 Metropolis Film Festival (MFF 2022) Official Selection Itali

Rujukan[sunting | sunting sumber]