The Problems of Philosophy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masalah Falsafah
Masalah,...masalah....
PengarangBertrand Russell
NegaraUnited Kingdom
BahasaBahasa Inggeris
GenreFalsafah
Tarikh penerbitan
1912
Jenis mediaCetak

The Problems of Philosophy ("Masalah Falsafah") ialah sebuah buku karya Bertrand Russell yang terbit tahun 1912; buku ini ditulis beliau sebagai memberikan panduan berkaitan masalah-masalah falsafah secara ringkas dan yang mudah dimanfaatkan. Dengan memberi perhatian kepada masalah-masalah yang dipercayai boleh mewujudkan perbincangan yang positif dan membina, Russell menumpukan penulisannya kepada hal-hal berkaitan pengetahuan dan tidak metafizik: Jika sesuatu objek itu wujud, bagaimana dapat kita mengetahuinya jika tidak dengan kebarangkalian. Tiada sebab menyangsikan kewujudan objek-objek luaran hanya kerana data deria.

Russell menunjukkan jalan kepada pembaca untuk mencelah pembezaan masyhur yang dibuatnya (1910) tentang "pengetahuan melalui pengetahuan dengan pengetahuan melalui pemerian" dan memperkenalkan teori-teori penting Plato, Aristotle, Rene Descartes, David Hume, John Locke, Immanuel Kant, Hegel dan lain-lain bagi menetapkan asas penyelidikan falsafah untuk kedua-kedua pembaca awam dan ahli falsafah.

Dalam halaman-halaman berikut saya telah membataskan diri saya, secara amnya, kepada masalah-masalah pokok falsafah yang saya fikir boleh saya perkatakan sesuatu yang positif dan membina, kerana hanya menyatakan kritikan negatif kelihatan janggal. Oleh sebab itu, teori tentang pengetahuan diberi ruang yang lebih luas daripada metafizik dalam jilid ini, dan beberapa tajuk yang banyak dibincangkan oleh ahli falsafah dibincangakan dengan ringkas, itu pun kalau ada perbincangan tentangnya.

—Bertrand Russell, Prakata dalam Masalah Falsafah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]