The Promised Neverland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
The Promised Neverland
The-promised-neverland-logo.svg
約束のネバーランド
(Yakusoku no Nebārando)
Genre
Manga
PengarangKaiu Shirai
IlustrasiPosuka Demizu
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalShōnen Jump Mingguan
Tarikh Pengeluaran1 Ogos 201615 Jun 2020
Jilid20
Novel ringan
PengarangNanao
IlustrasiPosuka Demizu
PenerbitJump J-Books
DemografikLelaki
Tarikh Pengeluaran4 Jun 20184 Disember 2020
Jilid4
Manga
Oyakusoku no Neverland
PengarangShūhei Miyazaki
PenerbitShueisha
DemografikShōnen
Majalah AsalShōnen Jump+
Tarikh Pengeluaran11 Januari 201928 Mac 2019
Jilid1
Siri anime televisyen
PengarahMamoru Kanbe
Skrip/Penulis
  • Toshiya Ono (#1–21)
  • Kaiu Shirai (#13–21)
Lagu/MuzikTakahiro Obata
StudioCloverWorks
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalFuji TV (Noitamina)
Penyiaran bahasa Inggeris
Tarikh tayangan11 Januari 201926 Mac 2021
Episod23
Anime
PengarahYūichirō Hirakawa
Skrip/PenulisNoriko Gotou
Lagu/MuzikMasahiro Tokuda
StudioToho
Dikeluarkan pada18 Disember 2020 (2020-12-18)
Permainan
The Promised Neverland: Escape the Hunting Grounds
PembangunGOODROID
PengeluarCyberAgent
PelantarAndroid, iOS
Tarikh dikeluarkan
  • JP: April 22, 2021
Portal Anime dan Manga

The Promised Neverland (Jepun: 約束のネバーランド, Hepburn: Yakusoku no Nebārando) merupakan sebuah siri manga Jepun ditulis oleh Kaiu Shirai dan dilukis oleh Posuka Demizu. Manga ini telah diterbitkan secara bersiri di dalam majalah Shōnen Jump Mingguan milik Shueisha dari Ogos 2016 sehingga Jun 2020, dengan bab-babnya dikumpulkan di dalam dua puluh jilid tankōbon Di Amerika Utara, Viz Media melesenkan manga untuk pasaran bahasa Inggeris dan menerbitkannya secara bersiri di majalah digital Shonen Jump Mingguan mereka. Siri ini menceritkan kisah sekumpulan anak yatim piatu dan rancangan mereka untuk melarikan diri dari rumah anak yatim mereka, setelah mengetahui kebenaran pahit di sebalik keberadaan mereka dan tujuan rumah anak yatim itu ditubuhkan.

The Promised Neverland telah diadaptasi kepada siri televisyen anime yang dihasilkan oleh CloverWorks dan disiarkan oleh blok pengaturcaraan Noitamina milik Fuji TV. Musim pertama siri tersebut berjalan selama 12 episod dari bulan Januari hingga Mac 2019. Musim kedua berjalan selama 11 episod dari Januari hingga Mac 2021. Sebuah adaptasi filem aksi langsung telah disiarkan pada Disember 2020. Amazon Studios juga sedang mengusahakan sebuah siri aksi langsung versi Amerika.

Pada tahun 2018, manga ini telah memenangi Anugerah Manga Shogakukan ke-63 dalam kategori shōnen. Setakat April 2021, The Promised Neverland mempunyai lebih 32 juta salinan dalam peredaran, termasuk versi digital, menjadikannya salah satu siri manga terlaris. Musim pertama siri anime diterima baik oleh para pengkritik malah dianggap sebagai salah satu siri anime terbaik pada tahun 2010-an. Namun, musim kedua mendapat maklum balas negatif oleh kerana jalan cerita yang terlalu laju dan plot manga yang asal terlalu diringkaskan.

Media[sunting | sunting sumber]

Manga[sunting | sunting sumber]

The Promised Neverland ditulis oleh Kaiu Shirai dan dilukis oleh Posuka Demizu. Manga ini diterbitkan secara bersiri di Shōnen Jump Mingguan milik Shueisha dari 1 Ogos 2016 hingga 15 Jun 2020.[4][5] Shueisha mengumpulkan bab-babnya dalam dua puluh jilid tankōbon, dikeluarkan dari 2 Disember 2016 hingga 2 Oktober 2020.[6][7]

Pada Julai 2016, Viz Media telah mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan tiga bab pertama siri ini secara digital di majalah Shōnen Jump Mingguan.[8] Selepas itu, mereka menerbitkan bab-bab baru manga serentak dengan penerbitan di Jepun.[9] Jilid pertama yang dicetak di Amerika Utara telah dikeluarkan pada 5 December 2017.[10] Shueisha mula menerbitkan siri ini secara serentak dalam bahasa Inggeris di laman web dan aplikasi Manga Plus pada Januari 2019.[11]

Novel ringan[sunting | sunting sumber]

Empat novel ringan oleh Nanao telah diterbitkan. Novel ringan pertama, bertajuk Yakusoku no Neverland: Norman kara no Tegami (約束のネバーランド~ノーマンからの手紙~, terjemahan. "The Promised Neverland: Surat dari Norman"), telah dikeluarkan pada 3 Jun 2018.[12] Novel ringan kedua, bertajuk Yakusoku no Neverland: Mama-tachi no Tsuisōkyoku (約束のネバーランド~ママたちの追想曲~, terjemahan. "The Promised Neverland: Lagu Kenangan Ibu"), telah dikeluarkan pada 4 Januari 2019.[13] Novel ringan ketiga, bertajuk Yakusoku no Neverland: Sen'yū-tachi no Rekōdo (約束のネバーランド ~戦友たちのレコード~, terjemahan. "The Promised Neverland: Rekod Rakan Seperjuangan"), telah dikeluarkan pada 2 Oktober 2020. Kisah tersebut mengikuti Lucas dan Yuugo.[14][15] Novel ringan keempat, bertajuk Yaksoku no Neverland: Omoide no Film-tachi (約束のネバーランド ~想い出のフィルムたち~, terjemahan. "The Promised Neverland: Filem Kenangan"), telah dikeluarkan pada 4 Disember 2020, dan jalan ceritanya berlaku selepas finale manga. Novel tersebut mengisahkan Emma, Norman dan kawan-kawannya bercakap tentang memori mereka.[16]

Anime[sunting | sunting sumber]

Sebuah siri televisyen anime telah diumumkan di Shōnen Jump Mingguan pada bulan Mei 2018.[17] Siri ini dianimasikan oleh CloverWorks dan diarahkan oleh Mamoru Kanbe, dengan Toshiya Ono mengendalikan komposisi siri, Kazuaki Shimada mengendalikan reka bentuk watak, dan Takahiro Obata menggubah muzik siri ini.[18] Siri ini disiarkan untuk 12 episod dari 11 Januari hingga 29 Mac 2019 di blok pengaturacaraan anime lewat malam, Noitamina yang merupakan milik Fuji TV.[19][20] Ia disiarkan secara langsung di Amazon Video, tetapi hanya di Jepun, bertentangan dengan kontrak yang memberikan Amazon hak penstriman eksklusif untuk rancangan yang telah disiarkan di Noitamina sejak Musim Bunga 2016, kerana Wakanim mempunyai hak penstriman eksklusif di Perancis.[21] UVERworld menyanyikan lagu tema pembukaan siri ini "Touch Off", manakala Cö shu Nie menyanyikan lagu tema penutup siri ini "Zettai Zetsumei" (絶体絶命, "Desperate Situation") dan "Lamp".[22][23]

Musim kedua telah diumumkan pada Mac 2019.[24] Pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan secara perdana pada Oktober 2020,[25][26] ia telah ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.[27] Musim kedua disiarkan di Noitamina milik Fuji TV dari 8 Januari sehingga 26 Mac 2021.[28][a] Kakitangan utama dan para pelakon kembali untuk mengulangi peranan mereka dan penulis manga asal Kaiu Shirai bekerjasama untuk skrip dan memantau senario asli untuk musim tersebut,[30][31] walaupun namanya telah dikeluarkan dari kredit episod-episod akhir.[32] Kiiro Akiyama menyanyikan lagu tema pembukaan musim kedua "Identity" (アイデンティティ, Aidentiti), manakala Myuk menyanyikan lagu tema penutup musim kedua "Mahō" (魔法, "Magic").[33][34]

Di Amerika Utara, siri ini dilesenkan oleh Aniplex of America dan ia mula distrimkan di Crunchyroll, Hulu, Funimation dan Hidive pada 9 Januari 2019.[35][36][37] Funimation menambahkan alihsuara Inggeris untuk siri ini dalam perkhidmatan penstrimannya pada 1 Julai 2020.[38] Musim pertama anime ini disiarkan di blok pengaturcaraan Toonami milik Adult Swim bermula pada 14 April 2019.[39][b]

Filem aksi langsung[sunting | sunting sumber]

Sebuah adaptasi filem aksi langsung ditayangkan secara perdana pada 18 Disember 2020.[41][42] Diarahkan oleh Yūichirō Hirakawa dengan Noriko Gotou mengendalikan skrip filem ini, ia membintangi Minami Hamabe sebagai Emma, Jyo Kairi sebagai Ray, Rihito Itagaki sebagai Norman,[43][44] Keiko Kitagawa sebagai Isabella, dan Naomi Watanabe sebagai Krone.[45] Pelakon untuk Krone terpalit dengan kontroversi kerana wataknya digambarkan hitam dalam manga dan anime, sementara Watanabe sendiri adalah orang Jepun.[46]

Siri aksi langsung[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2020, ia telah didedahkan bahawa Amazon Studios dan 20th Television sedang membangunkan sebuah siri aksi langsung berbahasa Inggeris adaptasi dari manga ini untuk Amazon Prime Video. Rodney Rothman dari Spider-Man: Into the Spider-Verse sedang mengarahkan siri ini manakala Meghan Malloy menulis plot. Rothman, bersama dengan penerbit filem Death Note Masi Oka, dan Roy Lee dan Miri Yoon dari Vertigo Entertainment merupakan penerbit eksekutif untuk siri tersebut.[47]

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2021, ia telah diumumkan bahawa siri ini akan mendapat sebuah permainan telefon pintar.[48] Permainan ini dibangunkan oleh GOODROID dan diterbitkan oleh CyberAgent.[49]

Sebuah acara crossover antara The Promised Neverland dan permainan video Identity V telah dikeluarkan pada Februari 2021.[50] Sebuah lagi acara crossover, dengan permainan telefon pintar Jepun Jumputi Heroes, telah dikeluarkan pada Mac 2021.[51]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fuji TV menyenaraikan tarikh tayangan untuk siri ini pada Khamis pukul 25:25, yang mana secara efektifnya hari Jumaat pada pukul 1:25 pagi waktu Jepun.[29]
  2. ^ Adult Swim menyenaraikan siri ini sebagai yang disiarkan secara perdana pada 13 April 2019 pada pukul 12:00 tengah malam ET/PT, yang mana secara efektifnya 14 April.[40]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Douresseaux, Leroy (10 Disember 2017). "The Promised Neverland: Volume 1 manga review". ComicBookBin (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Disember 2020.
  2. ^ Douresseaux, Leroy (18 April 2018). "The Promised Neverland: Volume 3 manga review". ComicBookBin (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Julai 2018.
  3. ^ "The Official Website for The Promised Neverland" (dalam bahasa Inggeris). Viz Media. Dicapai pada 27 Oktober 2017.
  4. ^ Hodgkins, Crystalyn (25 Julai 2016). "Mononofu Manga Ends in Shonen Jump, 3 New Series to Launch". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 April 2021.

    少年少女が知った孤児院の秘密とは?ジャンプ新連載「約束のネバーランド」. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 1 Ogos 2016. Dicapai pada 12 Jun 2020.

  5. ^ Mateo, Alex (14 Jun 2020). "The Promised Neverland Manga Ends". Anime News Network. Dicapai pada 14 Jun 2020.

    「約束のネバーランド」約4年の連載に幕、ファンブックや画集の制作も決定. Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 15 Jun 2020. Dicapai pada 14 Jun 2020.

  6. ^ 約束のネバーランド 1 (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Dicapai pada 4 Oktober 2017.
  7. ^ 約束のネバーランド 20 (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Dicapai pada 25 Ogos 2020.
  8. ^ Ressler, Karen (25 Julai 2016). "Viz Media to Preview The Promised Neverland Manga in Shonen Jump". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 April 2017.
  9. ^ Ressler, Karen (19 September 2016). "Viz's Shonen Jump Adds Love Rush!, Red Spirit Manga to Weekly Lineup". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 April 2021.
  10. ^ "The Promised Neverland, Vol. 1". Viz Media. Dicapai pada 9 November 2020.
  11. ^ Pineda, Rafael Antonio (27 Januari 2019). "Shueisha Launches Free Global MANGA Plus Service". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Mei 2019.
  12. ^ Pineda, Rafael Antonio (25 April 2018). "The Promised Neverland Manga Gets Novel About Norman in June". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Disember 2019.
  13. ^ Ressler, Karen (6 Disember 2018). "The Promised Neverland Gets New Novel Spinoff". Anime News Network. Dicapai pada 21 Disember 2019.
  14. ^ Hodgkins, Crystalyn (21 Disember 2019). "The Promised Neverland Franchise Gets 3rd Novel". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Disember 2019.
  15. ^ 約束のネバーランド~戦友たちのレコード~ (dalam bahasa Jepun). Shueisha. Dicapai pada 5 September 2020.
  16. ^ Hodgkins, Crystalyn (23 Oktober 2020). "The Promised Neverland Franchise Gets 4th Novel". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  17. ^ Pineda, Rafael Antonio (27 Mei 2018). "The Promised Neverland Manga Gets TV Anime in January 2019". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Mei 2018.
  18. ^ Ressler, Karen (2 Ogos 2018). "The Promised Neverland Anime Reveals Cast, Staff, Character Visuals". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2018.
  19. ^ Hodgkins, Crystalyn (2 Disember 2018). "The Promised Neverland Anime Premieres on January 10, 2019". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Disember 2018.
  20. ^ Pineda, Rafael Antonio (11 Januari 2019). "The Promised Neverland Anime Listed With 12 Episodes". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Januari 2019.
  21. ^ Ressler, Karen (15 November 2018). "The Promised Neverland Anime's 2nd Commercial Streamed". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 November 2018.
  22. ^ Sherman, Jennifer (29 November 2018). "The Promised Neverland Anime's 4th Commercial Streamed". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 November 2018.
  23. ^ Hodgkins, Crystalyn (7 Disember 2018). "The Promised Neverland Anime's 5th Ad Previews Ending Theme". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Disember 2018.
  24. ^ Hodgkins, Crystalyn (28 Mac 2019). "The Promised Neverland Anime Gets 2nd Season in 2020". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  25. ^ Komatsu, Mikikazu (21 December 2019). "The Promised Neverland TV Anime Second Season Set for October 2020". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2020.
  26. ^ Hodgkins, Crystalyn (20 Disember 2019). "The Promised Neverland Anime's 2nd Season Premieres in October 2020". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Disember 2019.
  27. ^ Pineda, Rafael Antonio (23 April 2020). "The Promised Neverland Anime's 2nd Season Delayed to January 2021 Due to COVID-19 – News". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 April 2020.
  28. ^ Hodgkins, Crystalyn (5 November 2020). "The Promised Neverland Anime's 2nd Season Premieres on January 7". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 November 2020.
  29. ^ Harding, Daryl (7 Disember 2020). "New THE PROMISED NEVERLAND Season 2 TV Anime Visual Contrasts Demons and Children". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 April 2021.
  30. ^ Pineda, Rafael Antonio (6 Disember 2020). "The Promised Neverland Manga Creator Kaiu Shirai Collaborates on Anime Season 2's Scripts". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Disember 2020.
  31. ^ Hodgkins, Crystalyn (3 Januari 2021). "Kaiu Shirai Oversees 'Original Scenario' in The Promised Neverland Season 2 Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2021.
  32. ^ Taylor, Jairus (30 Mac 2021). "The Unfulfilled Potential of The Promised Neverland Anime". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2021.
  33. ^ Hodgkins, Crystalyn (12 Disember 2020). "Kiro Akiyama Performs Opening Theme for The Promised Neverland Anime's 2nd Season". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Disember 2020.
  34. ^ Pineda, Rafael Antonio (17 Disember 2020). "Myuk Sings The Promised Neverland Anime Season 2's Ending Theme". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Disember 2020.
  35. ^ Hodgkins, Crystalyn (22 Disember 2018). "Aniplex USA to Stream The Promised Neverland Anime on Crunchyroll, Hulu". Anime News Network. Dicapai pada 22 Disember 2018.
  36. ^ Ressler, Karen (4 Januari 2019). "Funimation to Also Stream The Promised Neverland Anime". Anime News Network. Dicapai pada 4 Januari 2019.
  37. ^ Mateo, Alex (4 Januari 2019). "HIDIVE to Also Stream The Promised Neverland Anime". Anime News Network. Dicapai pada 4 Januari 2019.
  38. ^ Mateo, Alex (10 Jun 2020). "Funimation Adds The Promised Neverland Anime's English Dub". Anime News Network. Dicapai pada 11 Jun 2020.
  39. ^ Pineda, Rafael Antonio (29 Mac 2019). "Toonami Premieres The Promised Neverland Anime on April 13". Anime News Network. Dicapai pada 29 Mac 2019.
  40. ^ "So we heard from some people that we WEREN'T actually building you a better cartoon show like we had said". Facebook.com/Toonami. 4 April 2019. Dicapai pada 26 Februari 2021.
  41. ^ Sherman, Jennifer (12 Disember 2019). "Live-Action The Promised Neverland Film Opens in Japan in December 2020". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Disember 2019.
  42. ^ Hodgkins, Crystalyn (22 Disember 2019). "Live-Action The Promised Neverland Film Opens on December 18, 2020". Anime News Network. Dicapai pada 22 Disember 2019.
  43. ^ Loo, Egan (26 September 2019). "The Promised Neverland Manga Gets Live-Action Film in Winter 2020". Anime News Network. Dicapai pada 27 September 2019.
  44. ^ Pineda, Rafael Antonio (26 September 2019). "The Promised Neverland Live-Action Film Unveils 4 More Stills, Scriptwriter". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 September 2019.
  45. ^ Pineda, Rafael Antonio (25 Februari 2020). "Live-Action The Promised Neverland Film Casts Keiko Kitagawa, Naomi Watanabe". Anime News Network. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  46. ^ Strusiewicz, Cezary (23 Januari 2021). "REVIEW: The Promised Neverland Live-Action Movie Looks Wrong but Feels Right". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2021. Dicapai pada March 18, 2021.
  47. ^ Sherman, Jennifer (June 10, 2020). "Amazon Develops The Promised Neverland Live-Action Series". Anime News Network. Dicapai pada June 10, 2020.
  48. ^ Mateo, Alex (7 Januari 2021). "The Promised Neverland Series Gets Game App". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2021.
  49. ^ Romano, Sal (22 Februari 2021). "The Promised Neverland: Escape the Hunting Grounds for iOS, Android launches this spring in Japan". Gematsu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2021.
  50. ^ Dennison, Kara (22 Februari 2021). "Artist Mizutamari Pens Creepy-Cute Tribute to PROMISED NEVERLAND x IDENTITY V Collab". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2021.
  51. ^ 「ジャンプチ ヒーローズ」、大型イベント「ジャンプチ大特集祭」を開催!『約束のネバーランド 編』をスタート!. PR Times (dalam bahasa Jepun). 15 Mac 2021. Dicapai pada 1 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]