The Rescue (karya)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Rescue ("Penyelamatan")
Umum
PengarangJoseph Conrad
Penerbitan
PenerbitJ. M. Dent
Tarikh penerbitan
1920
Jenis media
Cetak
TerjemahanThe Rescue ("Penyelamatan") di Wikisumber

The Rescue, A Romance of the Shallows ("Penyelamatan, Sebuah Roman Tempat Cetek") (1920) ialah sebuah daripada karya Joseph Conrad yang terkandung di dalam apa yang kadang kala dikenali sebagai Lingard Trilogy ("Trilogi Lingard") atau Malayan Trilogy ("Trilogi Malaya"), sekumpulan novel yang berlandaskan pengalaman Conrad sebagai pegawai laut di atas kapal wap Vidar. Mahupun novel ini yang terakhir daripada tiga novel yang diterbitkan, selepas Almayer's Folly (1895) dan An Outcast of the Islands (1896), cerita di dalam novel ini mendahului kejadian-kejadian di dalam kedua-dua novel itu. NOvel ini menceritakan kisah Captain Tom Lingard, protagonis yang berulang di dalam Lingard Trilogy, yang dalam perjalanan untuk membantu rakan natifnya mendapatkan kemabali tanahnya, apabila dia jatuh cinta dengan seorang wanita yang sudah berumah tangga. Secara kebetulan Lingard telah menyelamatkan perahu wanita itu daripada terkandas.

Genre dan gaya[sunting | sunting sumber]

Genre[sunting | sunting sumber]

Genre The Rescue ialah pengembaraan (adventure) khususnya berkaitan dengan cerita laut. Dari mula, para pembaca ditunjukkan yang cerita ini berlaku di laut. Lingard merujuk kepada dirinya sebagai seorang pengembara ataupun sedang mengembara beberapa kali di dalam novel. Sepanjang teks, terdapat penulisan yang panjang yang mengandungi pemberhentian plot sementara kegelapan yang melemaskan diceritakan dan diperikan. Ini membantu menimbulkan suasana novel pengembaraan dan pembaca berada dalam keadaan tegang bersama-sama dengan watak-watak novel.Watak-watak British senantiasa berinteraksi dengan orang natif, satu majas (trope) yang sering kali digunakan dalam novel-novel pengembaraan. Banyak novel pengembaraan juga memiliki "watak lain" yang eksotik, yang diisi oleh suku-suku Melayu di dalam The Rescue.

Gaya[sunting | sunting sumber]

The Rescue ditulis dalam bentuk naratif dengan seorang pengisah serba tahu (omniscient narrator). Cerita disampaikan melalui urutan pergerakan masa yang tidak diumumkan, ke hadapan dan ke belakang -- suatu teknik yang sering kali terjumpa di dalam karya-karya besar Conrad.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

The Rescue, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg