The Scent

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Scent
Fail:The Scent poster.jpg
PengarahKim Hyeong-jun
PenulisHwang Seong-gu
Kim Hyeong-jun
Dihasilkan olehChoi Jun-yeong
Lee Min-ho
DibintangiPark Hee-soon
Park Si-yeon
SinematografiChoi Young-taek
Yun Tae-gi
Disunting olehKim Sun-min
Muzik olehYuta
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShowbox
Tarikh tayangan
  • 11 April 2012 (2012-04-11)
Masa tayangan
117 minit
NegaraKorea Selatan
BahasaKorea
Pecah panggungAS$8.2 million[1]

The Scent ( Hangul간통을 기다리는 남자; RRGantongeul Gidarineun Namja; MRKant'ongŭl Kidarinŭn Namcha; bermaksud "Lelaki yang Menunggu Perzinaan"; juga dipendekkan ke Hangul간기남; RRGan-gi-nam) adalah sebuah filem komedi-thriller dari Korea Selatan pada tahun 2012 yang dibintangi oleh Park Hee-soon dan Park Si-yeon. [2] [3]

Kang Seon-woo adalah seorang detektif yang pakar dalam kes perzinaan. Suatu hari, beliau menyiasat satu tempat kejadian hanya untuk menemui dua mayat. Satu-satunya saksi ialah Kim Soo-jin, isteri kepada orang yang mati. Seon-woo secara tidak sengaja menjadi suspek utama dan berjuang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. [4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Selama dua tahun kebelakangan ini, sementara digantung kerja kerana mempunyai hubungan sulit dengan isteri ketua polis, detektif Kang Seon-woo (Park Hee-soon), telah mengendalikan sebuah agensi penyiasat persendirian yang mengkhusus dalam kes-kes perzinaan dan hubungan sulit. Beliau juga disaman kerana diceraikan oleh isterinya, Hye-young (Cha Soo-yeon). Beberapa hari sebelum menyambung pekerjaan lamanya, Seon-woo menerima kes dari seorang wanita, Kim Soo-jin (Yoon Jae), yang memakai minyak wangi yang sangat memikat. Beliau mengatakan suaminya, seorang jutawan kasino bernama Nam Yeong-gil (Jo Won-hee), sedang berhubungan sulit dengan wanita lain di sebuah hotel cinta di Gapyeong, Provinsi Gyeonggi, di luar Seoul. Seon-woo menempah bilik bersebelahan dengan Nam Yeong-gil di hotel yang tidak mempunyai pengurus dan bertemu dengan Soo-jin. Daripada mengejutkan Yeong-gil dan hubungan sulitnya, Soo-jin mengajak Seon-woo untuk minum dan menggoda beliau. Keesokan paginya, Seon-woo bangun di sebelah mayat Soo-jin, dan di bilik sebelah mendapati Yeong-gil juga mati. Wanita yang berhubungan sulit dengan Yeong-gil juga bernama Kim Soo-jin (Park Si-yeon) dan menyatakan Yeong-gil adalah suaminya. Bersama dengan pembantunya yang bodoh, bekas penipu Gi-poong (Lee Kwang-soo), Seon-woo membersihkan tempat kejadian dan menguburkan mayat-mayat tersebut, menyedari beliau telah difitnah untuk pembunuhan. Menyambung tugasnya di Balai Polis Jonggu, Seon-woo menyiasat kes itu bersama dengan dua rakannya: Seo (Kim Jung-tae) yang keras kepala dan tidak menyukainya, dan Han Gil-ro yang ramah (Joo Sang-wook), yang mengagumi beliau. Seon-woo telah memperhatikan bahawa Soo-jin (Park Si-yeon) memakai minyak wangi yang sama dengan Soo-jin yang sudah mati, dan beliau mengakui beliau mahu meminta cerai dari suaminya, yang selalu memukulnya. Seon-woo kemudian menyoal siasat teman lelaki Soo-jin yang mati, pelatih gimnasium Lee Jin-guk (Kim Yun-seong), namun petunjuk tersebut tidak memberangsangkan. Pegawai Seo yang amat terperinci membawa lebih banyak bukti yang akhirnya dapat menyebabkan Seon-woo terlibat dalam pembunuhan itu, Seon-woo mendapati dirinya jatuh hati pada Soo-jin dan berlumba untuk menyelesaikan misteri itu.[5]

Barisan Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Park Hee-soon sebagai Kang Seon-woo
  • Park Si-yeon sebagai Kim Soo-jin
  • Joo Sang-wook sebagai Detektif Han Gil-ro
  • Kim Jung-tae sebagai Detektif Seo
  • Lee Han-wi - Ketua detektif Sa
  • Lee Kwang-soo sebagai Gi-poong
  • Cha Soo-yeon sebagai Hye-young
  • Kim Yun-seong sebagai Lee Jin-guk
  • Jo Won-hee sebagai Nam Yeong-gil
  • Yoon Jae sebagai Kim Soo-jin yang lain
  • Kim Gyeong-ryong sebagai Presiden persatuan kejiranan Yangpyeong
  • Jeong Hyeong-seok sebagai ketua pemeriksa di tribunal
  • Shin Hyeon-tak sebagai lelaki lumpur
  • Lydia Park sebagai ketua pemeriksa di tribunal
  • Jeon Soo-kyung sebagai pengurus restoran Cina
  • Jang Hang-jun sebagai Bos restoran Cina
  • Kim Jeong-hak sebagai pegawai forensik

Pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Walaupun mendapat sambutan yang agak negatif dari pengkritik filem, filem ini menunjukkan prestasi yang sangat baik dari segi pecah panggung.[6] Secara keseluruhan filem ini terjual 1,246,185 kemasukan seluruh negara, [7] dengan kejayaan filem ini disebabkan oleh banyaknya adegan bogel Park Si-yeon.[8] [9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Scent". Box Office Mojo. Retrieved 2012-10-14.
  2. ^ Suk, Monica (23 February 2012). "Park Si-yeon, Park Hee-soon's film to premiere in April". 10Asia. Dicapai pada 2012-11-18.
  3. ^ Hong, Lucia (28 July 2011). "Park Si-yeon to make comeback to big screen". 10Asia. Dicapai pada 2012-11-18.
  4. ^ "The Scent (2012)". The Chosun Ilbo. 13 April 2012. Dicapai pada 2012-11-18.
  5. ^ Elley, Derek (24 August 2012). "The Scent". Film Business Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2012. Dicapai pada 2012-11-18.
  6. ^ Paquet, Darcy (30 May 2012). "Box office, April 1-30". Korean Film Biz Zone. Retrieved 2012-11-18.
  7. ^ "Korean Box Office". Hancinema. Retrieved 2012-11-18.
  8. ^ "Korean Movies Get Racier to Fend off Hollywood". The Chosun Ilbo. 15 May 2012. Dicapai pada 2012-11-18.
  9. ^ "Man Waiting for Adultery Park Siyeon mentioned about the bed scene". StarN News. 4 April 2012. Dicapai pada 2012-11-18.

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]