Der Schrei der Natur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari The Scream)
Der Schrei der Natur, (1893), 91 x 73.5sm

Der Schrei der Natur [dĕr syrai dĕr na.tur] ("Jeritan Alam" - Norway: Skrik, bahasa Inggeris: The Scream) ialah sebuah lukisan minyak karya Edvard Munch, seorang pelukis kelahiran Norway. Ia dikenali kerana gambaran keresahan manusia moden yang begitu menonjol dalam gaya seninya ini, sehingga ia menjadi antara karya lukisan paling banyak ditiru dan dirujuk dalam sejarah seni lukisan moden.

Munch mendapat inspirasi daripada berjalan-jalan pada waktu senja di suatu fiord yang terlihat pemandangan kota Oslo. Beliau menghasilkan sebanyak empat versi karya ini dalam bentuk cat, pastel, malah juga sebuah litograf batu.

Ia kini dipamerkan di Galeri Negara Norway dan Muzium Munch.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]