The Sherry Show

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Sherry Show
Juga dikenali sebagai
The Sherry Show & Friends
Format
  • Bual bicara
  • Berita hiburan
  • Komentar
PengarahHaizren Mohd Esa
PengacaraSherry Alhadad
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Penerbitan
Penerbit eksekutifM. Samsairol Che Aman
PenerbitHaizren Mohd Esa
LokasiStudio 1, ntv7 Glenmarie, Shah Alam, Selangor
Pemasangan kamera
Tetapan multi kamera
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 November 2017 – 14 Februari 2021

The Sherry Show (juga dikenali sebagai The Sherry Show & Friends untuk musim kedua) ialah sebuah rancangan bual bicara lewat malam Malaysia yang bersiaran di TV3, dihoskan oleh Sherry Alhadad.[1] Rancangan ini bersiaran sejak 19 November 2017 dan kini bersiaran setiap Ahad pada jam 11 malam.[2][3]

Bermula pada 2020, rancangan ini telah dirakamkan dalam studio tanpa penonton bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Pada 24 November, Sherry memaklumkan bahawa salah seorang pemuzik rancangan ini telah disahkan positif COVID-19.[4]

Format[sunting | sunting sumber]

The Sherry Show ialah rancangan hiburan berkonsepkan santai. Serupa dengan pendahulunya, rancangan ini menampilkan pelbagai topik dan isu-isu semasa dan pelbagai segmen serta menampilkan artis-artis popular tanah air sebagai tetamu undangan.[2] Sherry berkata mengenai rancangan kendaliannya sendiri: “Sebenarnya saya pernah berputus asa sekejap dalam industri seni. Terus terang saya cakap, seni adalah hidup saya. Saya tak tahu nak buat benda lain, memang tak reti. Tapi ini impian saya sejak kecil lagi. Ketika itu, saya pernah buat persembahan di depan rakan-rakan dan memaksa juga mereka tengok saya,”.[5][6] Bermula musim kedua, ia menampilkan pengacara bersama setiap minggu.[7]

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Segmen[sunting | sunting sumber]

Dalam rancangan ini, Sherry berinteraksi secara lebih eksklusif bersama penonton menerusi beberapa segmen berikut:[2]

  • Cer Citer
  • Ada Berani? Ok Mari!
  • 11 Soalan
  • Sidekick
  • Kerusi Panas
  • Gincu & Baju
  • Anak Siapa Ni?

Siaran[sunting | sunting sumber]

The Sherry Show bersiaran selama sejam bermula pada Ahad, jam 10.00 malam. Bermula 9 Disember, ia mula bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam.[2] Musim kedua disiarkan pada 18 Mac 2018 dengan tajuk The Sherry Show & Friends.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tahir Alhamzah (18 November 2017). "Sherry Alhadad gets her own talk show" [Sherry Alhadad mengacarakan rancangan bual bicara sendiri] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-18. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  2. ^ a b c d Budiey (19 November 2017). "Yang anda perlu tahu tentang The Sherry Show". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (24 November 2017). "Impian Sherry jadi nyata". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  4. ^ Nazar Rafiqhi (25 November 2020). "Sherry Alhadad maklum salah seorang pemuzik The Sherry Show positif COVID-19". Media Hiburan. Dicapai pada 13 Mac 2021.
  5. ^ Nur Asyikin Mayudin (16 November 2017). "Sherry Alhadad pernah putus asa". mStar Online. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  6. ^ "The Sherry Show impian Sherry Alhadad". My NewsHub TV. 16 November 2017. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  7. ^ Budiey (19 Mac 2018). "Yang korang patut tahu tentang The Sherry Show & Friends". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Mac 2020.
  8. ^ Michelle Gun (25 Mac 2018). "Sherry kembali". Harian Metro. Dicapai pada 13 Mac 2020.