The Shield (Dunia Gusti Profesional)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

The Shield merupakan kumpulan pegusti profesional yamg wujud di World Wrestling Entertainment dari 2012 hingga 2014 yang dianggotai oleh Dean Ambrose, Seth Rollins dan Roman Reigns.

Kumpulan ini mula menampilkan diri mereka pada pay-per-view' (PPV) WWE Survivor Siries. The Shield merupakan kumpulan yang dominan dalam perlawanan six-man tag team dengan rentak perlawanan berturutan yang tidak pernah ditewaskan sejak 2012 hingga Mei 2013, di mana juga mereka memperoleh kemenangan di Wrestlemania 29 dan menewaskan kumpulan-kumpulan yang disertai ahli-ahli gusti ternama seperti Big Show, Chris Jericho, Daniel Bryan, John Cena, CM Punk, Kane, Randy Orton, Ryback, Mark Henry, Sheamus, The Wyatt Family dan The Undertaker.

Pada Mei 2013, kesemua tiga ahli kumpulan The Shield memenangi Kejuaraan Gusti Profesional di Extremes Rules (PPV), dengan kemenangan Ambrose dalam United States Championship dan kemenangan Roman Reigns bersama-sama Seth Rollins dalam WWE Tag Team Championship. Roman Reigns dan Seth Rollins telah mempertahankan Kejuaraan mereka hingga Oktober 2013 manakala Dean Ambrose mempertahankan Kejuaraannya hingga Mei 2014.