The Sims 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Sims 3
PembangunThe Sims Studio
PenerbitElectronic Arts
PengeluarJoAnna Lio Amos
Lyndsay Pearson
PerekaRay Mazza
Matt Goss
Eric Holmberg-Weidler
Juan Custer
ArtisMorgan Godat
KomposerSteve Jablonsky[1]
SiriThe Sims
PlatformWindows, Mac OS X, Playstation 3, Wii, Xbox 360, Nintendo DS, Nintendo 3DS, iPhone OS, Windows Mobile, Android,[2] mobile devices.
Pelepasan
GenrePermainan Simulasi Kehidupan
ModPemain Tunggal

The Sims 3 merupakan sebuah permainan simulasi kehidupan. Ia merupakan susulan untuk The Sims 2 dan merupakan generasi ketiga dalam siri The Sims. Seperti permainan The Sims yang sebelum ini, pemain akan mengawal manusia alam maya yang dikenali sebagai Sim untuk mengawal aktiviti melakukan aktiviti-aktiviti dan membentuk hubungan dengan ' Sim' yang lain. Permainan ini tidak mempunyai kemenangan dan tiada matlamat utama.

Kandungan Baru[sunting | sunting sumber]

Wishes (Hajat) merupakan sistem ganjaran baru menggantikan sistem Wants And Fears (Mahukan dan Ditakutkan) dalam permainan sebelumnya iaitu The Sims 2. Ia akan memenuhi hajat Sim dan akan menyumbang skor untuk Lifetime Happiness (Kegembiraan Sepanjang Hayat), yang membolehkan pemain untuk membeli Lifetime Rewards (Ganjaran Sepanjang Hayat) dengan menggunakan kos mata Lifetime Happiness tersebut.

Ia juga mempunyai kandungan pilihan iaitu Story Progression yang mana Sim yang tidak dikawal oleh pemain dapat meneruskan kehidupan mereka seperti berkahwin, berpindah rumah, berkawan, melahirkan anak dan lain-lain sehingga Sim tersebut meninggal dunia. Masa kehidupan Sim untuk ketujuh-tujuh peringkat umur dapat diubah oleh pemain kepada janka hidup yang pendek sehingga kepada jangka hidup yang lama.

Untuk mod Create a Sim, pemain dapat mengubah berat badan dan otot Sim. Ia juga mempunyai "Advance Mode" yang mana pemain dapat mengubah badan dan rambut Sim dengan lebih terperinci.[5] Akhir sekali, ia juga memperkenalkan trait yang mana pemain dapat menentukan perwatakan dan sikap untuk Sim yang pemain bina seperti berani, baik hati, peramah, pemalas, panas baran, suka mencuri, suka memasak dan lain-lain.

Dunia terbuka juga diperkenalkan dalam The Sims 3 yang mana pemain dapat mengembara dunia Sim tanpa menunggu skrin memuat. Pemain juga boleh membina dunia sendiri dengan menggunakan perisian "Create a World" dan boleh memuat turun dunia yang dibina oleh pemain lain di laman web The Sims 3 Exchange atau di internet.[6] [7]

Create a Style merupakan alat yang baru yang boleh digunakan dalam "Create a Sim", "Build Mode" dan "Buy Mode". Dengan alat baru ini, pemain boleh mengubah warna dan corak hampir kesemua benda dalam permainan seperti pakaian, perabut, lantai, dan dinding.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
GameRankings87%[8]
Metacritic86/100[9]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
1UP.comB+[10]
Edge8/10[11]
Eurogamer8/10[12]
Game Informer9/10
GamePro4/5[13]
GameSpot9/10[14]
GameSpy4.5/5[15]
GameTrailers9/10[16]
IGN8.9/10[17]
PC Gamer UK9/10[18]
Total PC Gaming

The Sims 3 mendapat sambutan dari pengkritik dan pemain yang baik. seorang penkritik dari "PC Gamer" menyatakan The Sims 3 sebagai " permainan The Sims yang terbaik setakat ini"[19]. Ia juga mendapat kutipan sebanyak 1.4 juta unit setelah seminggu dikeluarkan. Menjadikan ia sebagai salah satu permainan komputer peribadi yang terlaris dalam sejarah.[20]

Sekual[sunting | sunting sumber]

Sekual untuk The Sims 3 iaitu The Sims 4 telah pun dikeluarkan pada 2 September 2014.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Sims Label Announces Steve Jablonsky as Mastermind Behind the Creative Sound of Sims 3". IGN. 2008-10-23. Dicapai pada 2008-10-24.
  2. ^ "The Sims 3 for Android - New Information from EA Mobile at Google I/O". Android and Me. 2009-05-29. Dicapai pada 2009-06-08.
  3. ^ "The Sims 3 - Nintendo DS - GameSpy". uk.ds.gamespy.com.
  4. ^ a b "The Sims 3 - Wii - GameSpy". uk.wii.gamespy.com.
  5. ^ "Sims 3 Information". SimsGlobe. Sims Globe. Dicapai pada 24 October 2014.
  6. ^ Ocampo, Jason (March 19, 2008). "IGN: The Sims 3 Preview". IGN. Dicapai pada November 28, 2008.
  7. ^ Arts, Electronic (May 3, 2010). "Create a World-The Game-Community-The Sims 3". Electronic Arts. Dicapai pada May 3, 2010.
  8. ^ "The Sims 3". GameRankings. Dicapai pada April 22, 2017.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MC Review tidak disediakan
  10. ^ "The Sims 3 Review for the PC from". 1UP.com. Dicapai pada June 30, 2009.
  11. ^ "Review: The Sims 3". Edge Online. June 1, 2009. Dicapai pada June 30, 2009.
  12. ^ Alec Meer (June 1, 2009). "The Sims 3 Review – Page 1 // PC /// Eurogamer – Games Reviews, News and More". Eurogamer.net. Dicapai pada June 30, 2009.
  13. ^ Moore, Raychul. "Review : The Sims 3 [PC] – from". Gamepro.com. Diarkib daripada yang asal pada October 14, 2009. Dicapai pada June 30, 2009.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GS Review tidak disediakan
  15. ^ "GameSpy: The Sims 3 Review – Page 1". Pc.gamespy.com. Dicapai pada June 30, 2009.
  16. ^ "The Sims 3: Reviews, Trailers, and Interviews". Gametrailers.com. Dicapai pada September 20, 2010.
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ign tidak disediakan
  18. ^ "PC Review: The Sims 3 Review". ComputerAndVideoGames.com. June 8, 2009. Dicapai pada September 20, 2010.
  19. ^ Dan Stapleton, PC Gamer, July 2009 (Issue #188), p. 69–73
  20. ^ Chris Remo (June 9, 2009). "The Sims 3 Sells 1.4 Million Units in First Week". Gamasutra. Dicapai pada July 30, 2012.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]