The SpongeBob Movie: Sponge on the Run

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The SpongeBob Movie:
Sponge on the Run
PengarahTim Hill
Penulis
  • Tim Hill
Cerita oleh
BerdasarkanSpongeBob SquarePants oleh
Stephen Hillenburg
Dihasilkan olehRyan Harris
SinematografiLarry Fong[2]
Muzik olehHans Zimmer
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • 07 Ogos 2020 (2020-08-07)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

The SpongeBob Movie: Sponge on the Run ialah filem komedi pengembaraan aksi langsung/animasi komputer Amerika yang akan datang berdasarkan siri televisyen animasi SpongeBob SquarePants. Diarahkan oleh bekas penulis siri Tim Hill, yang menulis skrip dari cerita oleh beliau dan Jonathan Aibel dan Glenn Berger,[3] ini merupakan filem SpongeBob SquarePants pertama yang sepenuhnya dianimasikan dalam CGI bergaya dan bukannya animasi 2D tradisional biasa. Pelakon suara dari siri ini dijangka dapat menjayakan peranan masing-masing dari siri ini dan filem-filem sebelumnya.

Filem ini diterbitkan oleh Paramount Animation, Nickelodeon Movies, dan United Plankton Pictures dengan animasi yang disediakan oleh Mikros Image. Paramount Pictures merancang untuk menayangkan filem ini di pawagam pada 7 Ogos 2020. Filem ini pada awalnya akan ditayangkan pada akhir Mei 2020, tetapi ditunda kerana pandemik COVID-19 yang sedang berlaku.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

SpongeBob dan Patrick memulakan misi menyelamat untuk menyelamatkan Gary, yang telah "diculik" oleh Poseidon, yang melakukan perjalanan ke Lost City of Atlantic City. Filem ini juga akan menceritakan asal pertemuan SpongeBob dan Gary untuk pertama kalinya sebagai kanak-kanak.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Selain itu, Keanu Reeves,[5] Awkwafina, dan Reggie Watts,[6] telah muncul dengan watak yang dirahsiakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Erbland, Kate. "Tribeca 2020 Unveils Features Lineup: 'The Trip to Greece,' 'King of Staten Island,' 'Bad Education,' and 'Shirley'". IndieWire. Dicapai pada March 4, 2020.
  2. ^ Franklin, Garth (January 23, 2019). "Third "SpongeBob" Film Begins Production". Dark Horizons. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2019. Dicapai pada February 15, 2019.
  3. ^ Kate Erbland (March 3, 2020). "Tribeca 2020 Unveils Features Lineup: The Trip to Greece, King of Staten Island, Bad Education, and Shirley". IndieWire. Dicapai pada June 15, 2020.
  4. ^ "'The Spongebob Movie' Super Bowl Trailer Shows Off 'Fast Cars, Flashbacks, Snoop Dogg' (Video)". TheWrap (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-29. Dicapai pada 2020-03-29.
  5. ^ "SpongeBob Is Back! The Man Behind the Voice, Tom Kenny, on Returning for a Big Screen Adventure". PEOPLE.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-29.
  6. ^ "'Spice Girls' Movie in the Works as Paramount Unveils Animation Slate (Exclusive)". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]