The Sunday Times

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Sunday Times
JenisAkhbar Mingguan
FormatLembaran lebar
Diasaskan1864
Ibu pejabatWapping, London
Edaran1,202,235 [1]
PemilikNews International
PengarangJohn Witherow
Laman sesawangwww.sunday-times.co.uk

The Sunday Times adalah akhbar lembaran lebar yang diterbitkan pada setiap hari Ahad dan diedarkan di United Kingdom dan Republik Ireland. Akhbar bagi versi Afrika Selatan juga merupakan sebuah akhbar yang mencatatkan jualan tertinggi di Afrika Selatan. Akhbar ini diterbitkan oleh Times Newspapers Ltd, sebuah anak syarikat bagi News International, yang mana dimiliki oleh News Corporation. Times Newspapers juga memiliki The Times. Akhbar-akhbar ini pada awalnya diasaskan secara berasingan dan hanya dimiliki di bawah satu bumbung pada tahun 1966. Pemilik News International iaitu Rupert Murdoch telah memiliki akhbar ini pada 1981. Pada setiap tahun, The Sunday Times akan menerbitkan Senarai Terkaya - yang mana mempunyai kecenderungan untuk merangsang jualannya.

The Sunday Times mendapat kedudukan dominan dalam pasaran akhbar hari Ahad. Jumlah edarannya sebanyak 1.3 juta naskah menyamai jumlah edaran akhbar-akhbar The Sunday Telegraph, The Observer dan The Independent Edisi Ahad. Akhbar ini masih mengekalkan format lembaran lebar dan telah mengatakan akan terus menggunakan format ini.

Harga akhbar ini telah meningkat kepada £2 daripada £1.80 pada bulan September 2006, kali kedua kenaikan harga dalam masa dua tahun, telah mencatatkan sedikit penurunan jumlah pembacanya. Ini berikutan penurunan umum pada kesemua akhabar mingguan Ahad. Untuk menandingi pesaing-pesaing lain seperti The Independent Edisi Ahad yang telah dilancarkan semula pada bulan Jun 2007 dengan pendekatan kandungan dan bahagian yang lebih ringkas dan padat, sementara akhbar The Observer juga telah dilancarkan semula dengan menggunakan format berliner berwarna dalam semua bahagiannya.

Pelancaran cetakan News International yang berwajah baru pada musim panas 2008 dengan kesemua mukasurat akhbar yang berwarna.

Penyunting[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Standard Certificate of Circulation - The Sunday Times" (PDF). ABC Ltd. 1 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-28. Dicapai pada 2008-05-24. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]