The Truth (kumpulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Truth
Juga dikenali sebagai
The Trvth
Salamayn
Berasal dariMalaysia
GenreNasyid, Pop, Balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2020 – kini
Syarikat rakaman
Tarbiah Sentap Records
Pengkarya berkait
Aniq Muhai, Rabithah, Autotune Band
AhliNaufal Isa
Irwan Fariz

The Truth atau The Trvth merupakan kumpulan duo lelaki yang berasal dari Malaysia. Kumpulan ini berada di bawah naungan Tarbiah Sentap Records. Mereka pernah mengeluarkan lagu Syutari di bawah nama Salamayn, sebelum mereka menukar nama kepada The Truth secara rasmi ketika menyertai Tarbiah Sentap Records.

Mereka terkenal dengan lagu single mereka iaitu Cinta Sementara.

Karier[sunting | sunting sumber]

The Truth merupakan gabungan dua orang anak muda, iaitu Naufal Isa dan juga Irwan Fariz. Mereka merupakan rakan baik yang sama-sama mempelajari Diploma Pengajian Islam di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak.[1] Selain mahir dalam menyanyi, mereka juga mahir dalam harmoni vokal yang menjadikannya sebagai kekuatan utama mereka dalam penyampaian sesebuah lagu.

Mereka memulakan karier sebagai Salamayn yang ditubuhkan oleh Aiman Banna di bawah naungan syarikat Aqada.[1] Selepas mengeluarkan beberapa cover versi dakwah di bawah nama tersebut, mereka mengeluarkan lagu Syutari (Syurga Tanpa Bidadari) pada 14 Disember 2018 yang digubah oleh Ikhwan Fatanna dan Omar K, manakala lirik oleh Aiman Banna, Ikhwan Fatanna dan Omar K sendiri.[2]

Pada tahun 2019, mereka menyertai Tarbiah Sentap Records atas pelawaan pemilik Tarbiah Sentap itu sendiri iaitu Ustaz Adnin Roslan.[3] Pada 23 Februari 2019, mereka mengeluarkan cover pertama di bawah Tarbiah Sentap Records berjudul Maafkan Aku, yang merupakan cover daripada lagu Without Me oleh Halsey.[4] Selepas lebih banyak lagi cover lagu-lagu popular dibuat di bawah Tarbiah Sentap Records, mereka akhirnya mengeluarkan single mereka sendiri yang bertajuk "Cinta Sementara" pada 3 Julai 2020.[5]

Pada 14 Jun 2021, mereka mengeluarkan album pertama mereka yang bertajuk "Cinta Sementara The Album".

Ahli[sunting | sunting sumber]

  • Muhammad Naufal Mohamad Isa (Naufal Isa)
  • Mohd Irwan Fariz Hassan Zaim (Irwan Fariz)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Nota
2018 Syutari Di bawah nama Salamayn
2020 Cinta Sementara Cinta Sementara The Album
Mazhab Cinta menampilkan Rabithah, Aniq Muhai, Syed Salah, Areef, Norhafiz Azmi
Tuhan Tolonglah Aku menampilkan Aniq Muhai
2021 Bukti menampilkan Autotune Band
Infiniti

Album[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Tak lagi nyanyi versi cover, Salamayn lega mampu pertaruhkan lagu sendiri". mStar. 17 Disember 2018. Dicapai pada 13 September 2021.
  2. ^ "Syutari" YouTube. 13 Disember 2021. Dicapai pada 13 September 2021.
  3. ^ "The Truth Bukan Nasyid Biasa-Biasa". Sinar Plus. 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 September 2021.
  4. ^ "The Truth - Maafkan Aku (Without Me Versi Dakwah)" YouTube. 23 Februari 2019. Dicapai pada 13 September 2021.
  5. ^ "THE TRUTH - CINTA SEMENTARA (OFFICIAL MUSIC VIDEO)" YouTube. 3 Julai 2020. Dicapai pada 13 September 2021.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]