The Velvet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Velvet
EP oleh
Dilancarkan pada17 Mac 2016
GenreR&B
Panjang33:03
BahasaKorea
SyarikatS.M. Entertainment
PenerbitLee Soo-man
Kronologi Red Velvet
The Red
(2015)
The Velvet
(2016)
Russian Roulette
(2016)
Single daripada The Velvet
  1. "One of These Nights"
    Dikeluarkan: 17 Mac 2016
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

The Velvet ialah album mini kedua oleh kumpulan wanita Korea Selatan, Red Velvet. Ia dikeluarkan pada 17 Mac 2016 oleh S.M. Entertainment.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ketika mempromosi album terdahulu mereka dalam sebuah sidang media pada 8 September 2015, ahli kumpulan dan label rakaman ini memberi bayangan terhadap sebuah album susulan kepada The Red. Walau bagaimanapun, seorang wakil S.M. Entertainment menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang telah dirancang.[1] Pada bulan Oktober 2015, Wendy mengesahkan dalam satu temubual bahawa sebuah album akan datang selepas The Red.[2]

Pada 2 Mac 2016, seorang wakil S.M. Entertainment mendedahkan bahawa kumpulan ini telah selesai menjalani penggambaran video muzik untuk lagu utama album ini.[3] S.M. Entertainment mula mengeluarkan teaser ahli dalam akaun Instagram kumpulan ini pada 10 Mac. Mereka kemudiannya mengesahkan 16 Mac sebagai tarikh pengeluaran dan tajuk lagu sebagai "7월7일 (One of These Nights)".

Sepuluh minit sebelum ia dikeluarkan pada 16 Mac, S.M. Entertainment mengumumkan bahawa pengeluaran album dan video muzik telah ditangguhkan kepada 17 Mac untuk menjamin kualiti kerja yang tinggi. Kumpulan ini memohon maaf kepada peminat mereka yang kecewa dalam siaran 16 Mac 'Good Morning FM' dimana mereka membincangkan album baru mereka dan lagu utama.[4]

Promosi[sunting | sunting sumber]

Red Velvet mengadakan sebuah siaran istimea melalui aplikasi Naver V pada 15 Mac dimana mereka membincangkan persedian mereka untuk kemunculan kembali.[5] Selepas pengumuman penangguhan album mereka, kumpulan ini muncul dalam siaran 16 Mac 'Good Morning FM' untuk membincangkan tentang album dan lagu utama, "7월7일 (One of These Nights)". Kumpulan ini juga mengadakan sebuah lagi siaran istimea dalam aplikasi Naver V beberapa jam sebelum pengeluaran album. Red Velvet memulakan promosi mereka di dalam program muzik menerusi M! Countdown dimana mereka mempersembahkan lagu utama dan "Cool Hot Sweet Love".[6]

Lagu[sunting | sunting sumber]

No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."One of These Nights" (7월 7일) Seo Ji-eum (Jam Factory)Hwang Chan-hee, Andreas Öberg, Maria MarcusHwang Chan-hee, Lee Sung-joo, Hong So-jin04:21
2."Cool Hot Sweet Love"KenzieDaniel Obi Klein, Charlotte Taft, Michael Nordmark, Thomas SardorfDaniel Obi Klein, Charlotte Taft, Michael Nordmark, Thomas Sardorf03:53
3."Light Me Up"KenzieKenzie, Deez, Rodnae "Chikk" BellDeez03:32
4."First Time" (처음인가요) KenzieKenzie04:02
5."Rose Scent Breeze" (장미꽃 향기는 바람에 날리고) (Seulgi, Wendy, Joy) Jung Hye-kyungHong Jong-haPark Gun-chul, Jung Soo-min04:52
6."One of These Nights" (7월 7일; Versi De-Capo) Seo Ji-eumHwang Chan-hee, Andreas Öberg, Maria MarcusDe-Capo Music Group & Rod Bonner04:11
7."One of These Nights" (7월 7일; Versi Joe Millionaire) Seo Ji-eumHwang Chan-hee, Andreas Öberg, Maria MarcusJoe "Joe Millionaire" Foster04:07
8."One of These Nights" (7월 7일; Versi Piano) Seo Ji-eumHwang Chan-hee, Andreas Öberg, Maria MarcusHwang Chan-hee, Andreas Öberg, Maria Marcus04:05
Jumlah masa: 33:03


Carta[sunting | sunting sumber]

Carta mingguan[sunting | sunting sumber]

Carta (2015) Kedudukan
tertinggi
Korea Selatan (Gaon) 1
Jepun (Oricon) 75
Amerika Syarikat (Billboard) 8

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Kawasan Tarikh Format Label
Seluruh dunia 17 Mac 2016 Muat turun digital S.M. Entertainment
Korea Selatan CD, muat turun digital S.M. Entertainment, KT Music

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Park Sojung (2015-09-08). "Red Velvet wants to define color red for you". Yonhap News. Dicapai pada 2016-03-10.
  2. ^ "[스타캐스트] "덤도 말고 한가위"…웬디, 풍성한 추석인사". Naver. 2015-09-27. Dicapai pada 2016-03-10.
  3. ^ Seon, Mi-kyung (2016-03-02). "SM "레드벨벳, 최근 신곡 MV 촬영..3월 컴백 목표"[공식입장]". Osen. Dicapai pada 2016-03-10.
  4. ^ Kim, Ji-young (2016-03-16). "Red Velvet postpones album release". The Korea Herald. Dicapai pada 2016-03-18.
  5. ^ Son, Ji-hyoung (2016-03-16). "[V Report] Red Velvet members sport new hairstyles ahead of comeback". The Korea Herald. Dicapai pada 2016-03-18.
  6. ^ Kim, Ye-seul (2016-03-17). "'엠카운트다운' 레드벨벳-효민 최초 컴백, 청순 섹시 몰려온다". Osen. Dicapai pada 2016-03-18.