The Woman Who Left

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Woman Who Left
Ang Babaeng Humayo
PengarahLav Diaz
Lakon layarLav Diaz
BerdasarkanGod Sees the Truth, But Waits oleh
Leo Tolstoy
Dihasilkan olehLav Diaz
DibintangiCharo Santos-Concio
SinematografiLav Diaz
Disunting olehLav Diaz
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehStar Cinema
Tarikh tayangan
  • 9 September 2016 (2016-09-09) (Venice)
  • 28 September 2016 (2016-09-28) (Filipina)
Masa tayangan
228 minit[1]
NegaraFilipina
BahasaFilipina

The Woman Who Left (Tagalog: Ang Babaeng Humayo; Melayu: Wanita Yang Ditinggalkan) ialah sebuah filem drama Filipina 2016 yang ditulis, diterbitkan, disunting, dan diarahkan oleh Lav Diaz. Dilancarkan sepenuhnya dalam warna hitam dan putih, ia terpilih untuk bersaing dalam bahagian persaingan utama di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-73 di mana ia memenangi Singa Emas.[2][3] Walaupun ia telah menerima keluaran terhad, filem itu telah menerima pujian hampir universal dari pengkritik.

The Woman Who Left ialah filem pertama yang dibuat oleh Charo Santos-Concio yang kembali berlakon selepas melepaskan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ABS-CBN Corporation.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini tidak dibuat untuk dipertontonkan di festival filem tertentu, namun Diaz selaku pengarah terbuka terhadap pihak untuk menayangkan The Woman Who Left di festival-festival filem. Pada Jun 2016, dilaporkan bahawa perbincangan sedang dibuat agar filem ini ditayangkan di Filipina dan di luar negeri. Terdapat juga perbincangan agar filem ini dipertontonkan di Festival Filem Metro Manila 2016.

The Woman Who Left ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-73 yang diadakan pada September 2016 sebagai satu-satunya filem yang diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat penerbitan filem Asia. Festival Filem Venice 2016 menandakan kali ketiga Lav Diaz sebagai pengarah menghantar karyanya di festival filem tersebut. The Woman Who Left juga ditayangkan di Festival Filem Cinema One Originals 2016.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lodge, Guy (9 September 2016). "Film Review: The Woman Who Left". Variety. Dicapai pada 15 April 2017.
  2. ^ Tartaglione, Nancy (28 July 2016). "Venice Film Festival: Lido To Launch Pics From Ford, Gibson, Malick & More As Awards Season Starts To Buzz – Full List". Deadline. Dicapai pada 28 July 2016.
  3. ^ "Venice film festival: Philippines drama wins top prize". BBC News. 11 September 2016. Dicapai pada 11 September 2016.
  4. ^ Villano, Alexa (30 May 2016). "Charo Santos-Concio returns to acting in upcoming Lav Diaz film". Rappler. Dicapai pada 28 July 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]