They Shall Not Grow Old

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
They Shall Not Grow Old
PengarahPeter Jackson
Dihasilkan oleh
  • Clare Olssen
  • Peter Jackson
Disunting olehJabez Olssen
Muzik olehPlan 9
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
Masa tayangan
  • 99 minit (potongan panggung)
  • 129 minit (potongan tambahan)[1][2]
Negara
  • New Zealand
  • United Kingdom
Bahasabahasa Inggeris
Pecah panggungUSD20.4 juta[3][4]

They Shall Not Grow Old[nota 1] adalah filem dokumentari 2018 diarahkan dan dihasilkan Peter Jackson. Filem ini dibuat menggunakan rakaman asli kejadian-kejadian langsung yang berlaku semasa Perang Dunia Pertama dari simpanan Muzium Perang Imperial yang belum pernah dilihat sebelumnya malah berusia lebih dari 100 tahun pada masa pelepasan; sebilangan besar rakaman ini telah diwarnakan dan diolah menggunakan teknik pengeluaran moden dengan selingan kesan bunyi dan lakonan suara yang memberikan suasana mendekati latar rakaman kepada para penonton selari dengan apa yang dialami para perajurit tersebut. Filem ini diceritakan dari wawancara dilakukan BBC dan Muzium Perang Imperial terhadap askar-askar yang terlibat dan terselamat dalam konflik ini. Ia dihasilkan oleh WingNut Films dengan House Productions sebagai pengeluar eksekutif dan disokong oleh British National Lottery melalui Dana Loteri Warisan dan Jabatan Digital, Budaya, Media dan Sukan United Kingdom.[5][6]

Dokumentari ini mendapat tayangan perdana secara serentak di Festival Filem London BFI serta panggung-panggung wayang terpilih di United Kingdom pada 16 Oktober 2018, sebelum ditayangkan di BBC Two pada 11 November 2018 sempena ulang tahun ke-100 penamatan Perang Dunia Pertama; ia turut mendapat tayangan terhad di Amerika Syarikat pada 17 Disember. Setelah berjaya di box office, filem ini mendapat pelepasan teater yang luas pada bulan Februari 2019 oleh Warner Bros Pictures.[7]

Filem ini mendapat sambutan kritis yang positif atas kerja pemulihan yang baik serta suasana dan penggambaran perang yang mengasyikkan, ia memperoleh pencalonan kategori Dokumentari Terbaik dalam Anugerah BAFTA.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan panggung[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah mengumpulkan sebanyak USD18 juta di dua-dua negara Amerika Syarikat dan Kanada, dan USD2.5 juta di wilayah lain menjadikan jumlah keseluruhan USD20.4 juta.

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Rotten Tomatoes mengagregat filem ini dengan kelulusan 99% berdasarkan 148 ulasan rata-rata 8.72 / 10. Konsensus kritikal laman web berbunyi, "Pencapaian teknikal yang mengagumkan dengan kesan emosi yang mengejutkan,They Shall Not Grow Old memberikan penghormatan sinematik yang cemerlang terhadap pengorbanan satugenerasi." [8] Metacritic memberikan penilaian normal berdasarkan ulasan menghasilkan skor tertimbang rata-rata 91 per 100 berdasarkan ulasan dibuat 26 pengkritik yang menunjukkan "pujian seiya kata".[9]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tajuk filem ini didasarkan suatu bait sajak dikarang Laurence Binyon iaitu "For the Fallen" (1914) yang sering digunakan dalam upacara memperingati pemergian askar-askar perang yang terkorban setiap tahun: "They shall grow not old, as we that are left grow old..."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "They Shall Not Grow Old: Extended Cut on Anzac Day - Peter Jackson's Colorized WW2 Doc Gets 30 Minutes Longer Version". Movie-Censorship.com. 20 April 2019. Dicapai pada 25 April 2019.
  2. ^ "Extended version of Peter Jackson's They Shall Not Grow Old released for Anzac Day". Stuff. 9 April 2019. Dicapai pada 25 April 2019.
  3. ^ "They Shall Not Grow Old (2018) – Financial Information". The Numbers. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  4. ^ "They Shall Not Grow Old (2018)". Box Office Mojo. Dicapai pada 30 Oktober 2019.
  5. ^ "Peter Jackson They Shall Not Grow Old". Imperial War Museums. Dicapai pada 16 October 2018.
  6. ^ "They Shall Not Grow Old". Dicapai pada 16 October 2018 – melalui www.imdb.com.
  7. ^ McNary, Dave (27 December 2018). "Film News Roundup: Peter Jackson's 'They Shall Not Grow Old' Sets Record With $3.4 Million". Variety. Dicapai pada 29 December 2018.
  8. ^ "They Shall Not Grow Old (2018)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada 7 May 2020.
  9. ^ "They Shall Not Grow Old reviews". Metacritic. Dicapai pada 1 July 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]