Thierry Lincou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Thierry Lincou (lahir 2 April 1976 di Kepulauan Reunion) ialah seorang pemain skuasy profesional dari Perancis. Dia berjaya menduduki ranking No. 1 dunia pada bulan Januari 2004. Dalam tahun yang sama Lincou memenangi Terbuka Dunia dan Siri Super PSA.

Lincou telah menikmati kejayaan demi kejayaan sejak menyertai siri skuasy profesional pada tahun 1994. Dia telah berjaya menumpaskan hampir kesemua pemain handalan skuasy seperti Peter Nicol, Jonathon Power, David Palmer, Lee Beachill, dan lain-lain. Lincou juga adalah salah seorang pemain yang konsisten ini termasuklah mengekalkan kedudukannya sebagai pemain No. 1 dunia sepanjang tahun 2005.

Pada tahun 2003, Lincou adalah sala seorang ahli pasukan Perancis yang berjaya menjadi Naib Johan di Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]