Thistle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekuntum bunga thistle spesies Silybum marianum (nama setempat: milk thistle)

Thistle [ti-sĕl], tisel atau rumput duri merujuk umum kepada spesies-spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae, bunga spesies-spesies ini mempunyai bentuk tersendiri di mana pangkalnya ada banyak daun yang berhujung tajam.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Bunga ini mempunyai seberapa banyak genus yang tersendiri dalam keluarga Asteraceae:

  • Carduus – nama setempat: musk thistle
  • Carlina – nama setempat: carline thistle
  • Carthamus – nama setempat: distaff thistle
  • Centaurea – nama setempat: star thistle
  • Cicerbita – nama setempat: sow thistle
  • Cirsium – nama setempat: common thistle, field thistle
  • Cnicus – nama setempat: blessed thistle
  • Cynara – nama setempat: articok, cardoon
  • Echinops – nama setempat: globe thistle
  • Notobasis – nama setempat: Syrian thistle
  • Onopordum – nama setempat: cotton thistle, Scots/Scotch thistle
  • Scolymus – nama setempat: golden thistle, oyster thistle
  • Silybum – nama setempat: milk thistle
  • Sonchus – nama setempat: sow thistle

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang industri[sunting | sunting sumber]

Sesetengah spesies tumbuhan dalam genus Cynara merupakan sumber renet sayuran utama digunakan dalam pembuatan keju komersil.[1] Ada juga beberapa spesies dalam genus Silybum yang ditanam untuk mendapatkan biji benih yang mampu menghasilkan minyak sayuran; biji benih ini turut merupakan bahan utama dalam penghasilan silibinin,[2][3][4] sejenis sebatian yang dipercayai boleh merawat sirosis hati.[5]

Banyak spesies thistle lain adalah penting sebagai tumbuhan madu - yakni tumbuhan mengandungi nektar yang merupakan bahan utama dalam penghasilan madu oleh lebah madu - terutamanya dalam menghasilkan produk madu bermutu dan bernilai tinggi.[6][7][8]

Dalam bidang perubatan[sunting | sunting sumber]

Plinius yang Tua serta seberapa orang penulis pada zaman pertengahan terkemudian berpendapat bahawa ia boleh dijadikan bahan penawar memulihkan pertumbuhan rambut kepada kepala botak. Masyarakat zaman moden awal turut beranggapan bahawa tumbuhan ini boleh mengubat sakit kepala, wabak, kudis, vertigo dan penyakit demam kuning.[9]

Perlambangan budaya[sunting | sunting sumber]

Di Scotland[sunting | sunting sumber]

Thistle merupakan bunga kebangsaan Scotland sejak pemerintahan Alexander III (1249-1286). Ia tidak sahaja pernah digunakan pada matawang, pingat dan lambang pertubuhan berkaitan negeri tersebut; malah juga melambangkan kebudayaan orang-orang yang berhijrah dari negeri ini ke rantauan jauh seperti di Kanada dan Amerika Syarikat.

Perlambangan ini datang daripada suatu lagenda di mana kononnya seketumbukan tentera Norse cuba mencuri masuk sebuah perkhemahan tentera Scotland; salah satu pahlawan Norse ini yang berkaki ayam terpijak kepala sekuntum thistle yang berduri lalu menjerit kesakitan - jeritan ini segera mengejutkan askar-askar Scotland dari tidur mereka lalu menyerang tentera Norse ini. Beberapa sumber mencadangkan peristiwa Pertempuran Largs yang menyebabkan pengunduran Raja Haakon IV dari Norway yang berkuasa terhadap Kepulauan-Kepulauan Utara dan Hebrid; askar pimpinan raja ini pernah menyerang pesisiran Kerajaan Scotland selama beberapa tahun.[10]

Di kawasan lain[sunting | sunting sumber]

Spesies Onopordum acanthium dijadikan bunga rasmi kawasan Lorraine di Perancis sejak sejarah awalnya sebagai sebuah kerajaan pada zaman Pertengahan - ia dipakai seorang pembesar utama kerajaan ini René dari Anjou kerana perlambangan Kristiannya - getah putih yang kelihatan rembesan bunga ini dikatakan melambangkan susu titisan Bunda Maria menyusukan anaknya Yesus Kristus - malah juga sebagai simbol cinta.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Vioque, Montserrat; Gómez, Rafael; Sánchez, Emilia; Mata, Carmen; Tejada, Luis; Fernández-Salguero, José (2000). "Chemical and Microbiological Characteristics of Ewes' Milk Cheese Manufactured with Extracts from Flowers of Cynara cardunculusand Cynara humilisas Coagulants". Journal of Agricultural and Food Chemistry. 48 (2): 451–456. doi:10.1021/jf990326v. 
  2. ^ Pepping J. Milk thistle: Silybum marianum. Am J Health Syst Pharm. 1999 Jun 15;56(12):1195-7. PubMed PubMed.
  3. ^ Laekeman G, De Coster S, De Meyer K. [St. Mary's Thistle: an overview]. J Pharm Belg. 2003;58(1):28–31. Review. French. PubMed PubMed.
  4. ^ Ali ALEMARDAN, Anestis KARKANIS, Reza SALEHI. Breeding Objectives and Selection Criteria for Milk Thistle (Silybum marianum (L.) Gaertn.) Improvement. Not Bot Horti Agrobo, 2013, 41(2):340–347 Print ISSN 0255-965X; Electronic ISSN 1842-4309
  5. ^ Saller R, Brignoli R, Melzer J, Meier R (2008). "An updated systematic review with meta-analysis for the clinical evidence of silymarin". Forschende Komplementärmedizin. 15 (1): 9–20. doi:10.1159/000113648. PMID 18334810. Dicapai 14 Disember 2010. 
  6. ^ Rakesh Kumar Gupta, Wim Reybroeck, Johan W. Veen and Anuradha Gupta (2014-09-18). Beekeeping for Poverty Alleviation and Livelihood Security. Springer. m/s. 47–. ISBN 978-94-017-9199-1. 
  7. ^ C. Marina Marchese; Kim Flottum (4 Jun 2013). The Honey Connoisseur: Selecting, Tasting, and Pairing Honey, With a Guide to More Than 30 Varietals. Black Dog & Leventhal Publishers. m/s. 206–. ISBN 978-1-60376-332-5. 
  8. ^ Technical Bulletin. The Department. 1940. m/s. 5–. 
  9. ^ Grieve, Maud. "A Modern Herbal". Dicapai 3 Jun 2011. 
  10. ^ Webmaster, John Duncan (4 April 2009). "Scots History Online". UK: Scots History Online. Dicapai 14 Januari 2013. 
  11. ^ Christian Pfister (1908). Histoire de Nancy. 1. Berger-Levrault. m/s. 554.