Thomas Bopp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Thomas Bopp
Kelahiran (1949-10-15) 15 Oktober 1949 (umur 74)
Denver, Colorado, Amerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Negeri Youngstown
PekerjaanPenceramah profesional, ahli astronomi amatur
Terkenal keranaPenemuan bersama komet Hale–Bopp

Thomas J. Bopp (lahir (1949-10-15)15 Oktober 1949) dikenali melalui penemuan komet Hale–Bopp pada 1995 (bersama Alan Hale).[1] Pada waktu komet itu ditemui, Bopp merupakan seorang pengurus di syarikat bahan binaan dan ahli falak amatur. Pada malam 22 Julai, Bopp memerhatikan langit dengan rakannya di gurun Arizona apabila beliau menemui komet tersebut. Ia adalah komet pertama yang beliau perhatikan dengan menggunakan teleskop buatan sendiri yang dipinjam.[2][3] Hale dan Bopp kedua-duanya menemui komet itu secara kebetulan pada masa yang sama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ramamurthy G. (Ogos 2005). Biographical Dictionary of Great Astronomers. Chennai: Surah Books (Pvt) Ltd. ISBN 81-7478-697-X.
  2. ^ Newcott, William. "The Age of Comets". National Geographic. Dicapai pada 19 Disember 2016.
  3. ^ "Comet Hale-Bopp Puts on a Show". The Canadian Encyclopedia. Dicapai pada 20 Disember 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]