Thomas Häßler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Thomas Häßler
Thomas Häßler.JPG
Maklumat peribadi
Nama penuhThomas Jürgen Häßler
Tarikh lahir (1966-05-30) 30 Mei 1966 (umur 53)
Tempat lahirBerlin Barat, Jerman Barat
Ketinggian1.66 m (5 ka 5+38 in)
Posisi permainanPemain tengah
Kerjaya remaja
0–1979BFC Meteor 06
1979–1984Reinickendorfer Füchse
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1984–19901. FC Köln149(17)
1990–1991Juventus32(1)
1991–1994Roma88(11)
1994–1998Karlsruher SC118(28)
1998–1999Borussia Dortmund18(2)
1999–20031860 München115(21)
2003–2004SV Salzburg19(1)
Jumlah549(81)
Pasukan kebangsaan
1986Jerman Barat B211(0)
1987–1988Olimpik Jerman Barat11(0)
1988–2000Jerman Barat101(11)
Pasukan diurus
2007–2008Nigeria (pembantu)
2008–20101. FC Köln (pembantu)
2014–2015Padideh (pembantu)
2016–Club Italia Berlin
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Thomas Jürgen "Icke" Häßler (Sebutan bahasa Jerman: [ˈtoːmas ˈhɛslɐ]; lahir 30 Mei 1966) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pemain tengah.

Häßler telah tampil dalam 100 kemunculan untuk pasukan kebangsaan Jerman. Beliau sebahagian daripada pasukan Jerman Barat yang meraih Piala Dunia 1990 dan UEFA Euro 1996. Selain itu, beliau turut tampil dalam kejohanan Piala Dunia 1994 dan 1998 serta Euro 1992 dan 2000.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Köln[sunting | sunting sumber]

Häßler memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1984 bersama kelab 1. FC Köln di Bundesliga. Beliau menghabiskan enam musim bersama kelab itu dan membantu kelab menjadi naib johan Bundesliga pada tahun 1989 dan 1990.

Itali[sunting | sunting sumber]

Selepas menjuarai Piala Dunia 1990 bersama pasukan Jerman yang berlangsung di Itali, Häßler melakukan perpindahan ke kelab gergasi Serie A, Juventus dengan bayaran 15 juta DM. Namun, beliau hanya menghabiskan satu musim di Turin kerana beliau memutuskan untuk sertai kelab Serie A lain iaitu Roma. Kali ini, beliau kekal selama tiga tahun dengan melakukan 88 kemunculan dan menjaringkan sebelas gol.

Karlsruher[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, Häßler kembali semula ke Bundesliga. Walaupun beliau menerima tawaran oleh kelab-kelab gergasi Jerman, beliau memutuskan untuk menandatangani kontrak bersama kelab Karlsruher SC dengan bayaran kira 7 juta DM lalu menjadikn Häßler pemain termahal kelab sepanjang masa. Pada tiga tahun berikutnya, Karlsruhe berjaya mendapat tempat ke Piala UEFA pada musim 1996–97 dan 1997–98.

Selepas menjuarai Piala Intertoto UEFA pada tahun 1996, Karlsruhe bukan sahaja layak ke Piala UEFA tetapi mengetepikan saingan kelab lama Häßler, Roma pada pusingan kedua kejohanan. Häßler turut menjaringkan dua gol pada perlawanan pusingan ketiga menentang Brøndby IF di Copenhagen yang berkesudahan pasukannya menang 3-1. Walau bagiamanapun selepas perlawanan tersebut, beliau mengalami kecederaan terbesar dalam kariernya apabila kakinya patah pada perlawanan liga menentang Fortuna Düsseldorf. Tanpa tonggak utama, Karlsruhe tersingkir serta merta daripada kejohanan selepas tewas 0-5 di laman sendiri.

Selepas pulih daripada kecederaan, Häßler kembali beraksi dalam dua perlawanan terakhir musim dan membantu kelab menduduki tempat keenam liga pada musim 1996–97.

Pada penghujung musim 1997–98, kelab menghadapi situasi cemas. Buat pertama kali dalam karier beliau, Häßler akan berdepan detik penyingkiran dari divisyen pertama. Beliau mengalami tekanan walaupun menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan terakhirnya pada musim itu. Akhirnya, Karlsruhe tewas pada perlawanan terakhir liga sekali gus tersingkir dari Bundesliga.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Mengikut klausa kontrak, Häßler boleh meninggalkan Karlsruhe dengan segera dalam perpindahan percuma. Beliau memutuskan untuk sertai Borussia Dortmund yang telah menjuarai Liga Juara-Juara UEFA pada tahun 1997. Namun, Häßler hanya membuat 18 kemunculan dan tidak pernah beraksi sepenuh 90 minit perlawanan.

1860 München[sunting | sunting sumber]

Kecewa terhadap kariernya di Dortmund, Häßler menyertai kelab Bavaria dan menandatangani kontrak berama 1860 München. Beliau menghabiskan empat musim cemerlang di Munich dan menjadi salah satu tonggak utama pasukan. Pada musim pertamanya, kelab ini menamatkan musim di tempat keempat Bundesliga. Selepas mereka tewas kepada Leeds United pada pusingan kelayakan Liga Juara-Juara UEFA, Häßler bersama pasukannya akur beraksi di Piala UEFA. Dua tahun seterusnya, kelab ini layak ke Piala Intertoto UEFA tetapi mempamerkan keputusan tidak memuaskan. Selepas musim 2002-03, Häßler meninggalkan Munich untuk menamatkan kariernya di Austria.

SV Salzburg[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003, Häßler menandatangani kontrak setahun bersama kelab Austria, SV Salzburg. Beliau melakukan 19 kemunculan dan membantu kelab menduduki tempat ketujuh liga pada musim 2003-04 sebelum membuat persaraan.

Secara keseluruhannya, Häßler tampil dalam 539 perlawanan dan menjaringkan 81 gol sepanjang kariernya. Selain itu, beliau turut dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman pada tahun 1989 dan 1992. Walaupun beliau dilihat salah satu pemain terbaik Jerman sepanjang masa, beliau tidak pernah meraih sebarang trofi mana-mana kejohanan di peringkat kelab.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bersama pasukan kebangsaan Jerman, Häßler tampil dalam 101 perlawanan antarabangsa dan menjaringkan sebelas gol. Beliau tampil dalam tiga edisi Piala Dunia dan dua edisi Kejohanan Eropah.[1]

Beliau turut meraih pingat gangsa untuk pasukan Jerman Barat yang bertanding dalam Sukan Olimpik 1988. Beliau menjadi tonggak utama Jerman pada kejohanan Euro 1992 dengan membantu pasukan Jerman mara ke perlawanan akhir kejohanan namun tewas di tangan Denmark 2-0.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
1988 2 0
1989 6 1
1990 12 0
1991 5 1
1992 13 4
1993 7 0
1994 14 0
1995 10 2
1996 14 2
1997 5 1
1998 9 0
1999 0 0
2000 4 0
Jumlah 101 11

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kerjaya jurulatih[sunting | sunting sumber]

Häßler menjawat jawatan sebagai pembantu jurulatih ketika di Köln.[2] Beliau sebelum itu pernah menjadi pembantu jurulatih Berti Vogts dalam pasukan Nigeria[3] namun kedua-duanya dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Nigeria.

Häßler pernah ditemu ramah untuk mengambil alih posisi pengurus pasukan dari Liga Perdana Scotland, Kilmarnock pada Jun 2010.[4] Pada 24 Mei 2014, beliau dinamakan sebagai pembantu jurulatih bagi pasukan baru di Liga Pro Iran, Padideh. Beliau akan bekerja bersama rakan lamanya, Alireza Marzban.

Pada Februari 2016, Häßler menjadi ketua jurulatih kelab divisyen kelapan Jerman (Bezirksliga), Club Italia Berlin.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arnhold, Matthias (1 February 2006). "Thomas Häßler – Century of International Appearances". RSSSF. Dicapai 20 July 2009. 
  2. ^ name = "killie talks"
  3. ^ name = "killie talks"
  4. ^ name = "killie talks">Barnes, John (11 June 2010). "Thomas Hassler holds Kilmarnock manager talks". BBC Sport. Dicapai 13 June 2010. 
  5. ^ "Van Basten pips Stoichkov and Hassler". FIFA.com. Dicapai 23 January 2015. 
  6. ^ FIFA XI´s Matches - Full Info