Thomas Hitzlsperger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Thomas Hitzlsperger
Der Hammer.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Thomas Hitzlsperger
Tarikh lahir (1982-04-05) 5 April 1982 (umur 35)
Tempat lahir Munich, Jerman Barat
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya remaja
1988–1989 VfB Forstinning
1989–2000 Bayern Munich
2000–2001 Aston Villa
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2001–2005 Aston Villa 99 (8)
2001 Chesterfield (pinjaman) 5 (0)
2005–2010 VfB Stuttgart 125 (20)
2010 Lazio 6 (1)
2010–2011 West Ham United 11 (2)
2011–2012 VfL Wolfsburg 6 (0)
2012–2013 Everton 7 (0)
Jumlah 259 (31)
Pasukan kebangsaan
Jerman B19
2002–2004 Jerman B21 20 (3)
2004–2010 Jerman 52 (6)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Thomas Hitzlsperger (lahir 5 April 1982) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pemain tengah.

Hitzlsperger telah mengumpul 52 kaps bersama Jerman dan dipilih ke dalam skuad Piala Dunia 2006 dan Euro 2008. Berikutan kecederaan berpanjangan yang dialaminya, beliau bersara daripada bola sepak pada September 2013.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Selepas sertai kelab remaja VfB Forstinning pada 1998, Hitzlsperger berpindah ke kelab Pasukan Junior Bayern Munich tetapi bersetuju untuk meninggalkan pasukan itu mulai penghujung musim 1999-2000.

Aston Villa[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2000, Hitzlsperger berpindah ke Aston Villa secara percuma dari Bayern Munich. Beliau membuat debut untuk Aston Villa pada perlawanan tewas 3-0 kepada Liverpool pada 13 Januari 2001. Perlawanan itu merupakan satu-satunya kemunculannya pada musim pertamanya di England. Semasa di Aston Villa, Hitzlsperger dipinjam ke Chesterfield ketika musim 2001-02 dan membuat debut menentang Kidderminster Harriers pada perlawanan Trofi Piala Liga. Beliau kemudian bermain sebanyak enam perlawanan liga untuk Chesterfield.

Hitzlsperger berpindah ke Aston Villa berikutan ketibaan pengurus baru, Graham Taylor. Beliau kemudian menjadi pemain berbakat Aston Villa dan berjaya menduduki tempat keenam sebelum pasukannya teruk pada musim berikutnya. Hitzlsperger meninggalkan Aston Villa dan menyatakan beliau akan kembali ke kelab apabila peluangnya datang. Beliau telah diberi nama samaran Der Hammer (The Hammer) ketika di Villa Park kerana kelebihannya merembat jauh melalui kaki kiri.

Stuttgart[sunting | sunting sumber]

Hitzlsperger menantangani kelab Stuttgart pada musim panas 2005 secara percuma. Beliau telah bermain sebanyak 30 perlawanan liga dan menjaringkan empat gol untuk membantu Stuttgart menjadi juara Bundesliga.

Pada 14 Ogos 2007, Hitzlsperger melanjutkan kontraknya sehingga musim panas 2010. Pada 22 Julai 2008, Hitzlsperger dilantik menjadi kapten baru Stuttgart oleh pengurus Armin Veh berikutan pemergian bekas kapten, Fernando Meira.

Lazio[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2010, Hitzlsperger berpindah ke Lazio dengan kontrak enam tahun da bayaran sekitar 550 ribu euro. Beliau menjaringkan gol tunggalnya untuk Lazio pada perlawanan menang 3-1 ke atas Udinese pada 15 Mei.

West Ham United[sunting | sunting sumber]

Hitzlsperger menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United pada Jun 2010 tetapi beliau mengalami kecederaan sehingglah beliau berjaya membuat debut pada pusingan kelima Piala FA menentang Burnley pada Februari 2011 dan beliau menjaringkan gol pada minit ke-23. ESPN meletakkan beliau sebagai pemain terbaik perlawanan untuk aksi debutnya. Hitzlsperger membuat debut liga pada perlawanan menang 3-1 ke atas Liverpool. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya untuk West Ham pada perlawanan kemenangan 3-0 ke atas Stoke City pada 5 Mac 2011. Pada penghujung musim, West Ham telah disingkirkan dari Liga Perdana dan masuk ke Football League Championship.

Wolfsburg[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Ogos 2011, Hitzlsperger menandatangnani kontrak tiga tahun bersama kelab Wolfsburg. Kontrak beliau kemudian tamat pada penghujung musim.

Everton[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Oktober 2012, Hitzlsperger sertai kelab Everton dengan kontrak sehingga Januari 2013. Beliau membuat debut untuk Everton sebagai pemain gantian pada perlawanan menang 2-1 ke atas Sunderland. Beliau termasuk dalam kesebelasan utama ketika menentang Reading pada 17 November 2012. Pada 11 Januari 2013, beliau melanjutkan kontraknya sehingga penghujung musim. Pada penghujung musim 2012-13, beliau dipecat oleh Everton bersama Ján Mucha.

Pada September 2013 iaitu pada beliau berusia 31 tahun, Hitzlsperger mengumumkan persaraan daripada bola sepak berikutan kecederaan yang dialaminya walaupun beliau telah menerima sebarang tawaran untuk meneruskan kerjayanya.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Hitzlsperger bermain untuk Jerman.

Hitzlsperger menjadi kapten pasukan pasuka bawah-19 Jerman dan juga tampil dalam pasukan bawah-21. Beliau kemudian dipanggil oleh jurulatih skuad senior, Jürgen Klinsmann dan membuat debut pada perlawanan menang 2-0 menentang Iran di Tehran pada 9 Oktober 2004. Beliau menggantikan Bernd Schneider pada minit ke-68.

Beliau juga tampil dalam skuad Piala Konfederasi 2005 dan Piala Dunia 2006 tetapi gagal tampil dalam kesebasan utama Klinsmann. Akan tetapi, beliau hanya bermain selama 11 minit pada perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Portugal. Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada 6 September 2006 pada perlawanan kelayakan Euro 2008 menentang San Marino. Hitzlsperger sebagai pemain gantian menjaringkan gol ke-9 dan ke-11 untuk membantu Jerman menang 13-0.

Jurulatih Joachim Löw memasukkan Hitzlsperger ke dalam skuadnya untuk Euro 2008. Beliau bermain pada dua perlawanan kemenangan Jerman dalam peringkat kumpulan iaitu menentang Poland dan Austria tetap ibeliau tidak bemain pada perlawanan terakhir iaitu tewas menentang Croatia. Beliau digantikan oleh Philipp Lahm sebelum Lahm menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 ke atas Turki pada perlawanan akhir. Beliau menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua pada perlawanan akhir tewas 1-0 kepada Sepanyol.

Hitzlsperger bermain kesemua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 dan menjaringkan satu gol. Akan tetapi, beliau terlepas daripada skuad [[Piala Dunia FIFA 2010|Piala Dunia 2010] pada Jun 2010. Beliau menamatkan kerjaya antarabangsanya pada 11 Ogos dengan 52 kaps.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 6 September 2006 Serravalle, San Marino  San Marino 9–0 13–0 Kelayakan Euro 2008
2. 11–0
3. 6 Jun 2007 Hamburg, Jerman  Slovakia 2–1 2–1 Kelayakan Euro 2008
4. 17 November 2007 Munich, Jerman  Cyprus 4–0 4–0 Kelayakna Euro 2008
5. 6 Februari 2008 Vienna, Austria  Austria 1–0 3–0 Persahabatan
6. 6 September 2008 Vaduz, Liechtenstein  Liechtenstein 5–0 6–0 Kelayakan Piala Dunia 2010

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

VfB Stuttgart

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Player Profile". Premier League. Dicapai pada 30 March 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]