Thomas Nationwide Transport

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
TNT Limited
NasibDigabung dengan bahagian pos KPN untuk membentuk
PenggantiTNT Post Group
Ditubuhkan1946
PengasasKen Thomas
DibubarkanJun 1998
Ibu pejabatTNT Towers, Sydney, Australia
Tokoh penting
Peter Abeles
Ansett Transport Industries (50%)
Ansett Worldwide Aviation Services (50%)
Condor Ferries (50%)
Kwikasair
Pelabuhan Geelong
TNT Harbourlink
TNT Transit Systems
Union Shipping (50%)

Thomas Nationwide Transport, biasanya dikenali dengan akronim TNT, dan kemudian TNT Limited, merupakan sebuah syarikat logistik dan pengangkutan Australia. Ditubuhkan pada 1946, syarikat ini diambil alih oleh KPN pada tahun 1996 dan pada tahun 1998 menjadi sebahagian dari TNT Post Group.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

TNT diasaskan oleh Ken Thomas sebagai KW Thomas Transport pada tahun 1946 dengan satu unit trak International, dan kemudian dinamakan semula sebagai Thomas Nationwide Transport pada 1958.[1][2][3] Pada Januari 1962, syarikat ini tersenarai di Bursa Saham Sydney.[4][5]

Pada tahun 1967, syarikat ini bergabung dengan Alltrans untuk membentuk TNT-Alltrans dengan Peter Abeles menjadi pengarah urusannya. Pada tahun yang sama, syarikat ini membeli Transport Development Group dari England.[5][6][7] Pada tahun 1968, syarikat ini membeli Kwikasair.[4][8]

Syarikat ini kemudian berkembang ke sektor perkapalan, dengan memperolehi 25% saham RW Miller pada tahun 1968, 33% saham Bulkships pada tahun 1970, dan kemudian meningkatkannya menjadi 63% pada tahun 1976, serta 50% saham Union Shipping pada tahun 1971.[9][10][11] Pada Mac 1972, TNT memperolehi 23% saham Ansett Transport Industries.[12][13] Syarikat ini cuba ingin mengambil alih Ansett, namun akhirnya dibatalkan kerana Pemerintah Victoria menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan usaha tersebut.[14][15] Pada tahun 1979, TNT meningkatkan pemilikan sahamnya di Ansett menjadi 50%, dengan News Corporation memegang bakinya.

Pada awal dekad 1970-an, syarikat ini berkembang ke Asia, Brazil, Eropaj, dan Amerika Utara.[16][17][18][19][20] Pada Februari 1983, TNT membeli kureir dokumen global, Skypak International dari Ipec.[21][22] Pada Oktober 1985, TNT mendapat konsesi selama 50 tahun untuk mengendalikan Sydney Monorail, yang dibuka dengan nama TNT Harbourlink pada tahun 1988.[23][24]

Pada Disember 1985, Thomas Nationwide Transport Limited dinamakan semula sebagai TNT Limited untuk lebih mencerminkan identitinya.[25][26] Pada tahun 1992, TNT memperolehi 50% saham Condor Ferries asal Guernsey.[27] Pada tahun yang sama, TNT mengambil alih 50% saham GD Express Worldwide, sementara 50% saham bakinya dipegang oleh KPN dan syarikat pos milik Pemerintah Kanada, Perancis, Jerman Barat, dan Sweden.[28]

Pada Julai 1996, TNT membeli 30% saham Pelabuhan Geelong melalui usahasama dengan Infrastructure Investment Corporation.[29][30][31] Pada tahun 1996, TNT menjual 50% saham Ansett ke Air New Zealand, walaupun mereka tetap memegang saham Ansett Worldwide Aviation Services.[32][33][34] TNT kemudian menjual pembahagian traknya, serta 50% saham Union Shipping ke Brierley Investments.[35][36][37] Pada Ogos 1997, TNT mula mengoperasikan Sydney Light Rail dengan nama TNT Transit Systems, di bawah kontrak dengan Sydney Light Rail Company.[38]

Pada Januari 1997, KPN secara rasmi mengambil alih TNT.[39][40][41] Pada Jun 1998, TNT bergabung dengan pembahagian PTT Post milik KPN untuk membentuk TNT Post Group.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ KW Thomas Now Named Thomas Nationwide Transport Truck & Bus Transportation September 1958 page 80
  2. ^ Dynamic Growth of Thomas National Transport in 14 yrs Truck & Bus Transportation July 1961 pages 253, 399
  3. ^ "Archived copy". Diarkib daripada yang asal pada 21 April 2017. Dicapai pada 12 April 2017.
  4. ^ a b TNT-Alltrans Network March 1984 pages 37-39
  5. ^ a b c "History". TNT Express. Diarkib daripada yang asal pada 4 September 2019. Dicapai pada 27 September 2019.
  6. ^ TNT, Alltrans plan to merge Canberra Times 25 April 1967 page 11
  7. ^ Merger of transport groups forms largest Aust company Truck & Bus Transportation June 1967 page 104
  8. ^ Kwikasair business bought by TNT Canberra Times 21 September 1968 page 19
  9. ^ National and International expansion by TNT / Alltrans Truck & Bus Transportation October 1968 page 132
  10. ^ TNT moves further into shipping operation Truck & Bus Transportation September 1970 page 141
  11. ^ TNT-Union SS deal finalised Freight & Container Transportation January 1972 page 6
  12. ^ TNT-Ansett shark fight Tribune 11 April 1972 page 11
  13. ^ Charge of TNT into Ansett may bring freight boom Freight & Container Transportation April 1972 page 3
  14. ^ TNT drops offer for Ansett group Papua New Guinea Post-Courier 28 April 1972 page 6
  15. ^ TNT makes takeover bid for Ansett then withdraws Truck & Bus Transportation May 1972 page 121
  16. ^ TNT moves into Canada; transcontinental operation Truck & Bus Transportation January 1970 page 105
  17. ^ TNT acquires another Canadian company Freight & Container Transportation October 1971 page 52
  18. ^ TNT may burst on the British haulage scene Commercial Motor 15 June 1973
  19. ^ TNT adds Brazil and Singapore Truck & Bus Transportation July 1973 page 218
  20. ^ Aussie haulage group aims high in Australia Commercial Motor 3 August 1973
  21. ^ Ipec sheds a global operation Canberra Times 17 February 1983 page 21
  22. ^ TNT take over Ipec's foreign courier service Freight & Container Transportation March 1983 page 31
  23. ^ Never the rail deal Sydney Morning Herald 18 June 2013
  24. ^ "TNT Harbourlink - The Sydney Monorail" (PDF). TNT Harbourlink. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 10 April 2013. Dicapai pada 2 October 2019.
  25. ^ "Thomas Nationwide Transport Limited". Canberra Times. 16 December 1985. m/s. 16. Dicapai pada 4 October 2019.
  26. ^ "Thomas Nationwide Transport Limited (1946 - 1986)". Encyclopedia of Australian Science. Dicapai pada 4 October 2019.
  27. ^ Transport companies see divisive market approach Truck & Bus Transportation November 1992 page 19
  28. ^ "TPG N.V. History". Funding Universe. Diarkib daripada yang asal pada 23 February 2017. Dicapai pada 27 September 2019.
  29. ^ "ACCC not to oppose acquisition of port of Geelong". Australian Competition & Consumer Commission. 3 July 1996. Diarkib daripada yang asal pada 22 February 2014. Dicapai pada 2 October 2019.
  30. ^ "DoI – THE REVIEW OF PORT REFORM IN VICTORIA" (PDF). Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 23 October 2007. Dicapai pada 2 August 2007.
  31. ^ "Undertaking" (PDF). Australian Competition & Consumer Commission. 26 June 1996. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 4 October 2019. Dicapai pada 4 October 2019.
  32. ^ TNT to sell its Ansett interests to Air NZ Canberra Times 18 November 1995 page 65
  33. ^ "News Corp 'could have saved Ansett'". Sydney Morning Herald. 19 August 2004. Diarkib daripada yang asal pada 27 September 2019. Dicapai pada 27 September 2009.
  34. ^ "A report by Ansett Worldwide" (PDF). Morgan Stanley. 2004. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 9 November 2005. Dicapai pada 27 September 2019.
  35. ^ TNT chief flags sale of Union Shipping stake The Australian 4 December 1996 page 37
  36. ^ TNT sells Brazilian arm The Australian 3 September 1996 page 21
  37. ^ End of the road. -Why TNT is getting out of trucking Australian Financial Review 26 July 1996
  38. ^ Mills, Gordon (1997). "Light Rail in Sydney: Some Privatisation Lessons" (PDF). Agenda (dalam bahasa Inggeris). 4 (4): 433–444. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 2 October 2019. Dicapai pada 2 October 2019.
  39. ^ "KPN's Takeover Offer For TNT Is Welcomed". www.wsj.com. 3 October 1996. Diarkib daripada yang asal pada 14 June 2018. Dicapai pada 14 June 2018.
  40. ^ Dutch win TNT with $2bn bid, Communications giant snares troubled transport group The Australian 3 October 1996 page 1
  41. ^ Costello clears TNT takeover The Australian 1 November 1996 page 37