Tose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Thosai)
Jump to navigation Jump to search
Tose
Dosa-chutney-sambhar.jpg
Tise
Nama alternatifThosai, tosai, dosa, dosay, dose, dosai, dhosha
Tempat asalIndia
KawasanTamil Nadu, Karnataka, Andhra Pradesh, Kerala,
Bahan utamatepung beras dan kacang urad
Variasitose masala, tose rava, tose bawang, tose neer
di Wikibuku Buku Masakan: Tose  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Tose

Tose atau tosai (daripada bahasa Tamil: தோசை dōsai, dikenali di beberapa kawasan di India sebagai dosa) ialah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang ditapai beberapa lama.

Tose merupakan hidangan tradisi kaum India dan di sesetengah negeri di India, tose merupakan makanan ruji penduduk tempatan. Lazimnya, tose dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan); sebagai contoh kuah dal, kari ayam atau kari ikan, serta cutni iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili.

Tose adalah sejenis serabai yang mempunyai rasa masam dan ranggup. Ia diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam (urad dhal) dan boleh juga ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa. Tose ialah makanan yang juga dikenali dan boleh didapati di negara-negara lain seperti Malaysia, Sri Lanka, Singapura, dan Myanmar.

Penyediaan & Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Tose pada asalnya disediakan dengan mengisar beras yang direndam semalaman atau nasi lama ( diamasak 2 atau 3 hari sebelumnya) serta kacang dal hitam sehingga menjadi adunan yang sederhana pekat. Setelah itu, adunan dileperkan di atas kuali leper yang panas sehingga menjadi kuning keemasan dan terus dihidangkan. Asal usul tose sering dikaitkan sebagai sebuah resepi yang digubah untuk menggunakan nasi yang lama untuk menjadi sebuah hidangan baru supaya nasi tersebut tidak terbazir.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Tose juga boleh disediakan dengan ramuan yang berbeza seperti tepung suji dan tepung gandum dan dicampurkan dengan pelbagai jenis rempah-ratus yang berbeza mengikut citarasa masing-masing. Resepi hidangan ini boleh digubah mengikut kreativiti dan citarasa tersendiri. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis tose yang barangkalinya turut ditambah inti yang unik seperti tose bawang, tose minyak sapi , thosai masala, tose telur, tose marjerin, "tose kertas" (paper thosai) dan sebagainya.

Hidangan tose ini mempunyai keunikannya tersendiri dari segi penyediaannya serta rasa dan teksturnya sendiri. Penyediaan tose hanya memerlukan adunan beras dan kacang dal hitam tersebut serta sedikit minyak. Ia amat mudah untuk disediakan dan dapat dinikmati oleh seiisi keluarga sebagai makanan ruji ataupun sekadar makanan sampingan. Oleh kerana teksturnya yang agak ranggup dan ringan serta ianya senang dikunyah dan dihadam; maka hidangan tersebut menjadi kegemaran ramai tanpa mengira golongan umur.

Nilai nutrisi[sunting | sunting sumber]

Tose kaya dengan kabohidrat dan protein serta mempunyai kandungan gula,garam dan minyak yang amat rendah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]