Thrake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Thrace)
Jump to navigation Jump to search
Sempadan Thrake moden di Bulgaria, Yunani dan Turki
Sempadan fizikal–geografikal Thrake: Pergunungan Balkan, Pergunungan Rhodope dan Bosporus. Julat Pergunungan Rhodope ditanda.
Wilayah Thrake di Rom
Thrake dalam kawasan Byzantine
Peta Thrace Purba yang dihasilkan oleh Abraham Ortelius pada tahun 1585, menyatakan kedua-dua nama Thrake dan Eropah
Thrake dan kerajaan beraja Odrysia Thrake di bawah Sitalces sekitar. 431–324 SM

Thrake [ thra-ké ], Thrace[1] [tréis] atau Trakia[2] [tra-ki-a] (bahasa Yunani: Θράκη, Thráke; Bahasa Bulgaria: Тракия, Trakiya; bahasa Turki: Trakya) adalah sebuah kawasan geografi dan bersejarah di tenggara Eropah, kini terpecah ke dalam wilayah negara Bulgaria, Yunani dan Turki, yang mana bersempadanan dengan Pergunungan Balkan di utara, Laut Aegea di selatan dan Laut Hitam di timur. Ia terdiri daripada tenggara Bulgaria (Thrake Utara), timur laut Yunani (Thrake Barat) dan bahagian Eropah di Turki (Thrake Timur).

Pada Zaman Klasik, ia juga dirujuk sebagai "Eropah", sebelum istilah ini diperluaskan untuk memperincikan keseluruhan benua.[3] Nama Thrake berasal dari orang Thrakia, satu kaum purba Indo-Eropah yang mendiami Eropah Tenggara.

Legasi[sunting | sunting sumber]

Trakiya Heights di Antarctica "dinamakan bersempena kawasan bersejarah."[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ pinjaman bahasa Inggeris, digunakan terutamanya di Malaysia, Singapura dan Brunei
  2. ^ digunakan terutamanya di Indonesia
  3. ^ Greek goddess Europa adorns new five-euro note
  4. ^ Trakiya Heights. SCAR Composite Antarctic Gazetteer.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Hoddinott, R. F., The Thracians, 1981.
  • Ilieva, Sonya, Thracology, 2001

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 42°N 26°E / 42°N 26°E / 42; 26