ThyssenKrupp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
ThyssenKrupp AG
Jenis/bentuk sahAktiengesellschaft
Didagangkan sebagaiFWBTKA, LSE: 0O1C
ISINDE0007500001 Sunting ini di Wikidata
IndustriKonglomerat
PendahuluThyssen AG, Krupp
Ditubuhkan1999
Ibu pejabatDuisburg dan Essen[1] (pentadbiran), Essen (ibu pejabat operasi), Jerman
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingHeinrich Hiesinger[2] (CEO dan pengerusi lembaga pengarah), Gerhard Cromme (Pengerusi lembaga penyeliaan)
KeluaranKeluli, produk tahan karat, teknologi automotif, teknologi loji janakuasa, sistem lif, sistem marin, pembinaan kapal, perkhidmatan
Hasil 43.356 bilion (2011)[3]
Pendapatan kendalian €284 juta (2011)[3]
Pendapatan bersih €1.783 bilion (2011)[3]
Jumlah aset €43.603 bilion (2011)[3]
Jumlah ekuiti €10.382 bilion (2011)[3]
Bilangan kakitangan180,050 (2011)[3]
Anak syarikatThyssenKrupp (Liechtenstein), ThyssenKrupp (United Kingdom), ThyssenKrupp (Brazil), ThyssenKrupp (Italy), Blohm + Voss, Q124246541 Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.thyssenkrupp.com
Facebook: thyssenkrupp Twitter: thyssenkrupp Instagram: thyssenkrupp LinkedIn: thyssenkrupp Youtube: UCC1bwVqg3GPSPV1iNoaM5sg Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

ThyssenKrupp AG (IPA: /ˈtɪsɛn.krʊp/) merupakan sebuah perbadanan konglomerat berbilang negara yang berpangkalan di Duisburg dan Essen, Jerman. Ia terdiri daripada 670 buah syarikat dari seluruh dunia. Walaupun ThyssenKrupp adalah salah satu pengeluar keluli terbesar di dunia, perbadanan ini juga menyediakan komponen dan sistem untuk industri automotif, lif, tangga gerak, perdagangan bahan dan perkhidmatan perindustrian.[4] Ketika penyusunan semula syarikat pada tahun 2009,[5] ia telah disusun kepada lapan bidang perniagaan yang dikelompokkan ke dalam dua bahagian utama iaitu 'Bahan' dan 'Teknologi'. Bahagian Bahan memberi tumpuan kepada keluli karbon, keluli tahan karat dan perkhidmatan bahan manakala bahagian Teknologi pula memfokuskan kepada lif, loji dan teknologi komponen, dan sistem marin.

Pada asalnya, syarikat merupakan dua entiti badan yang berbeza iaitu Thyssen AG dan Krupp sebelum penggabungan dilakukan pada 1999 dan kini ibu pejabatnya beroperasi di Essen. Pemegang saham terbesar syarikat ini adalah Yayasan Alfried Krupp von Bohlen und Halbach, sebuah yayasan kedermawanan utama di Jerman, di mana ia dicipta dan dinamakan sebagai penghromatan kepada Alfried Krupp von Bohlen und Halbach, bekas pemilik dan ketua syarikat Krupp.[6]

Di negara Sepanyol, ThyssenKrupp mengeluarkan lif sebagai hasil utamanya, di mana ia menjana pendapatan sebanyak €1.6 bilion dan mempunyai 5,500 pekerja di situ. Di Itali pula, syarikat ini sebahagian besarnya menghasilkan keluli tahan karat dan ia menjana pendapatan sehingga €2.3 bilion. Perniagaan di kedua-dua negara tersebut membentuk 9% daripada kesemua jualan untuk syarikat.[7][8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2015-02-07.
  2. ^ http://www.thyssenkrupp.com/en/konzern/hiesinger.html
  3. ^ a b c d e f "Annual Report 2010/2011". ThyssenKrupp. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-11-25. Dicapai pada 2 Januari 2012.
  4. ^ http://www.thyssenkrupp.com/en/investor/faq_konzern.html#group2
  5. ^ http://www.thyssenkrupp.com/en/presse/art_detail.html&eid=TKBase_1238142771950_1193891967
  6. ^ http://www.thyssenkrupp.com/financial-reports/10_11/en/cs_balance_sheet.html
  7. ^ Böll, Sven; Hawranek, Dietmar; Hesse, Martin; Jung, Alexander; Neubacher, Alexander; Reiermann, Christian; Sauga, Michael; Schult, Christoph; Seith, Anne; Sultan, Christopher (penterjemah) (25 Jun 2012). "Imagining the Unthinkable. The Disastrous Consequences of a Euro Crash". Der Speigel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-26. Dicapai pada 26 Jun 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ "Defence services". www.thyssenkruppaerospace.com. ThyssenKrupp Aerospace. Dicapai pada 5 Januari 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]