Tiada Lagi Tangisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Tiada Lagi Tangisan"
Single oleh Misha Omar
Dikeluarkan pada 17 Mei 2004
Genre Pop
Syarikat BMG Music (Malaysia)
Penerbit Adnan Abu Hassan

Tiada Lagi Tangisan merupakan sebuah lagu ciptaan komposer Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Mohariz Yaakup. Lagu ini telah dinyanyikan oleh penyanyi popular Misha Omar dan dimuatkan dalam album keduanya berjudul Aksara pada tahun 2004. Lagu ini bagaimanapun tidak dijadikan single untuk promosi album tersebut.

Versi Aishah[sunting | sunting sumber]

"Tiada Lagi Tangisan"
Single oleh Aishah
Dikeluarkan pada 7 Januari 2006
Genre Pop
Syarikat BMG Music (Malaysia)
Penerbit Adnan Abu Hassan

Lantaran tidak dijadikan single, penerbit lagu ini iaitu Adnan sendiri bertindak merakamkan semula lagu ini dengan vokal penyanyi senior iaitu Aishah pada tahun 2005. Lagu ini dijadikan single pengenalan untuk album ke 10 penyanyi itu berjudul Kurnia yang diterbitkan pada 2006.

Akibatnya, lagu ini bersaing populariti bersama single ke 4 daripada Misha iaitu Riwayat Cinta. Lagu Tiada Lagi Tangisan bagaimanapun ternyata popular di tangan Aishah, dan mendaki carta radio.

Dinyanyikan oleh peserta Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Lagu ini juga telah dinyanyikan oleh seorang peserta Akademi Fantasia musim ke 3 (2005) iaitu Idayu ketika berlangsungnya konsert mingguan minggu ke -4. Adnan sendiri sebenarnya adalah salah seorang tenaga pengajar di AF3 ketika itu. Biarpun menyanyikan dengan cemerlang, Idayu bagaimanapun disingkirkan pada minggu tersebut. Aishah juga hadir memberi sokongan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Menerusi Aishah, lagu ini tercalon ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke 20 kategori balada. Pun begitu, lagu yang turut bersaing dengan single kedua daripada album Aksara iaitu Dedebu Cinta yang disampaikan Misha sendiri gagal menempah tiket ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2005.

Lagu versi Aishah menerima nominasi untuk kategori Lagu Pop Pilihan di Anugerah Era 2005, namun tewas kepada lagu Elegi Sepi nyanyian Azharina Azhar.

Baik Misha mahupun Aishah, kedua-duanya menerima pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) menerusi album rakaman masing-masing pada acara AIM yang berasingan.