Tiara (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tiara adalah merupakan sebuah drama lipurlara arahan pengarah Dinesh Samby yang disiarkan sebanyak 20 episod bermula pada 22 Oktober 2012. Dibintangi oleh Adira, Aliff Aziz, Raja Ilya, Razali Hussain, Afiq Muiz, Liza Abdullah, Wan Maimunah dan ramai lagi. Drama ini disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 5:30 petang dan siaran ulangannya pada jam 9:00 malam di Astro Prima.

Tiara
GenreDrama
Cinta
Keluarga
Konflik
PenciptaNusantara Seni Karya
Ditulis olehShuhadatul Ain Zakaria
PengarahDinesh Samby
Dibintangi oleh
Adira
Aliff Aziz
Raja Ilya
Razali Hussain
Afiq Muiz
Leez Rosli
Liza Abdullah
Wan Maimunah
Lagu pembukaan"Keajaiban Cinta" nyanyian Adira & Aliff Aziz
Lagu penutup"Keajaiban Cinta" nyanyian Adira & Aliff Aziz
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifDevraj Nair
Jamal Haji Ismail
Nik Naemah Nik Mahir
PenerbitRaam Punjabi
Tempoh siaran60 minit per episod
Syarikat penerbitan
Nusantara Seni Karya
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Siaran asal22 Oktober 2012 – 22 November 2012

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Tiara mempunyai wajah yang cantik, feminin dan energetik yang berasal dari keluarga sederhana. Sementara Kamal merupakan seorang yang tampan dan baik hati yang berasal dari keluarga yang kaya. Mereka berdua belajar di kolej yang sama.

Tiara dan Kamal bertemu dan bercinta ketika belajar di kampus dan menghabiskan masa terluang bersama. Namun cinta yang dibina akhirnya berakhir tanpa diduga apabila Kamal akhirnya berkahwin dengan Suzila yang juga sekampus dengan mereka.

Perkara ini terjadi apabila Kamelia, iaitu adik perempuan kepada Kamal telah dihamilkan oleh Khairul yang juga kebetulan abang kepada Suzila. Akibat tidak ingin menanggung malu, Kamal bersedia untuk berkahwin dengan Suzila demi menjaga maruah adiknya yang telah dihamilkan oleh Khairul. Akibat daripada perkahwinan antara Kamal dan Suzila, Tiara patah hati dan membawa diri ke Pulau Pinang.

Di sana, Tiara bertemu dengan seorang jejaka bernama Omar dan akhirnya mereka bercinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin.

Namun kebahagian Tiara berakhir dengan tragis apabila ibu mertuanya memaksa Omar untuk berkahwin dengan wanita lain akibat mereka tidak mampu untuk melahirkan zuriat. Akibat terlalu kecewa, Tiara kembali pulang ke Kuala Lumpur dan menjadi guru tadika.

Tanpa disangka anak Kamal turut berada di tadika yang sama dan ini membuatkan Kamal dan Tiara bertemu kembali.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]