Tiara Jacquelina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Puan Sri
Tiara Jacquelina
Tiara.jpg
Tiara pada 1997.
Kelahiran Jacqueline Eu
(1967-10-03) 3 Oktober 1967 (umur 51)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lain Tiara Jacquelina Eu Abdullah
Pekerjaan Pelakon, penerbit, aktivis teater
Tahun aktif 1988-kini
Pasangan Mohd Effendi Norwawi
Allahyarham Hani Mohsin Hanafi (1993-1998)
Anak Hani Karmila Hani Mohsin
Dani Mohd Effendi

Tiara Jacquelina Eu Abdullah, dilahirkan sebagai Jacqueline Eu, tetapi lebih dikenali sebagai Tiara Jacquelina (lahir 3 Oktober 1967)[1] di Kuala Lumpur, ialah seorang seniwati kelahiran Malaysia yang berdarah campuran dari keturunan Myanmar, Melayu Indonesia dan Cina. Beliau merupakan pengasas dan pemilik syarikat Enfiniti Productions yang mengkhususkan kepada penerbitan televisyen, filem dan teater.[2][3]

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan sebagai Jacqueline Eu pada 3 Oktober 1967. Beliau mencapai kemasyhuran dalam bidang perfileman melalui filem epik sejarah arahan Saw Teong Hin - Puteri Gunung Ledang, yang mana Tiara mengambil peranan sebagai pelakon wanita utama dan juga penyanyi lagu tema filem tersebut iaitu "Asmaradana". Filem tersebut menelan kos sebanyak ASD$4 juta dan merupakan filem berbajet yang tertinggi dalam sejarah penerbitan filem di Malaysia.[4] Puteri Gunung Ledang telah diserahkan kepada Anugerah Akademi ke-49 untuk Filem Bahasa Asing Terbaik tetapi tidak terpilih untuk pencalonan.[5]

Tiara pernah berlakon bersama-sama dengan Frances McDormand, seorang pemenang Anugerah Akademi, dalam filem, Beyond Rangoon (1995). Dalam Festival Filem Malaysia ke-12, beliau telah dianugerahi sebagai seniwati yang terbaik dalam filem, Ringgit Kasorrga, sebuah drama skandal kelamin yang melibatkan seorang ahli politik dengan peragawati-peragawati muda. Tiara telah dinamakan Seniwati Terpilih di Anugerah Oskar keempat yang diadakan oleh Persatuan Pekerja Filem Malaysia (kini Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia) pada tahun 2005[6]

Sejak muda lagi, Tiara suka melibatkan diri dalam kesenian, dan semasa bersekolah, dia telah mengambil bahagian dalam Persatuan Sandiwara[7] dan Persatuan Kesusasteraan,[8] dan juga pernah menjadi Presiden Persatuan Filem.[9] Beliau gemar menunggang kuda dengan keluarganya sebagai hiburan,[10] dan juga gemar akan makanan yang lazat, dan lukisan. Tiara, yang kini bergelar Datin Seri, mempunyai dua orang anak.

Beliau turut memegang watak utama sebagai Hanna dalam filem Lukisan Berlumur Darah pada tahun 1988.[11]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tiara mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Allahyarham Hani Mohsin Hanafi pada 11 September 1993 dan dikurniakan seorang perempuan, Hani Karmila, yang dilahirkan pada 1994. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka berpisah[12] pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun tahun yang sama.

Kemudian Tiara berkahwin dengan bekas Menteri Pertanian Malaysia, Mohd Effendi Norwawi.[13]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1988 Lukisan Berlumur Darah Hannah Filem pertama
1990 Mat Som
1995 Beyond Rangoon San San, Hotel Desk Clerk
Ringgit Kasorrga Meera (Almeera Almeida)
2004 Puteri Gunung Ledang Gusti Putri sebagai penerbit
2017 Kontena Ana Penghargaan

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
1999 - 2005 Spanar Jaya NTV7 Penerbit

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2004
"Asmaradana"
Lagu tema Puteri Gunung Ledang

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Keputusan Kategori Filem
1995 Festival Filem Malaysia Menang Pelakon Wanita Terbaik Ringgit Kasorrga
2005 Asian First Film Festival Penerbit Terbaik Puteri Gunung Ledang
Asia-Pacific Film Festival Pelakon Wanita Terbaik Puteri Gunung Ledang
Anugerah Oskar PPFM 2005 Penerbit Terbaik Puteri Gunung Ledang
Anugerah Oskar PPFM 2005 Pelakon Wanita Terbaik Puteri Gunung Ledang
2009 Federation for Asian Cultural Promotion (FACP Malaysia) Sumbangan Cemerlang dalam Seni

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]