Tiba-tiba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Tiba-tiba"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album 20 07
Dilancarkan pada2 Oktober 2007
FormatCD
GenreR&B, Gospel
Panjang-
SyarikatNew Southern Records
PenulisAmer Munawer
PenerbitAmer Munawer
Kronologi single Dayang Nurfaizah
""Hilang"
2007"
"Tiba-tiba" ""Tiga"
2008"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tiba-tiba merupakan sebuah lagu R&B dengan sentuhan muzik gospel yang dinyanyikan oleh penyanyi R&B tershor Dayang Nurfaizah untuk album solo keenamnya yang berjudul 20 07. Ia cipta oleh ahli kumpulan Ruffedge, Amer Munawer dan merupakan kolaborasi kedua mereka selepas kejayaan lagu Kasih Maafkan. Lagu ini dijadikan single ketiga untuk album tersebut dan disifatkan agak asing untuk pasaran muzik tempatan kerana muzik gospel agak jarang dimainkan.

Dayang mempertaruhkan kekuatan vokalnya untuk bersaing dengan nyanyian latar yang berbentuk koir. Lagu ini pertama kali dinyanyikan Dayang ketika acara separuh akhir Ikon Malaysia 2007 menyaksikan Dayang mara ke peringkat akhir. Video muzik lagu ini diarahkan oleh Paul Wong.

Versi duet bersama Amer Munawer[sunting | sunting sumber]

"Tiba-tiba"
Single oleh Dayang Nurfaizah & Amer Munawer
daripada album Tiba-tiba
Dilancarkan pada14 Jun 2008
FormatCD, Single, Airplay Demo
GenreR&B, Pop
Panjang-
SyarikatNew Southern Records
PenulisAmer Munawer
PenerbitAmer Munawer
Kronologi single Dayang Nurfaizah & Amer Munawer
""Hanya Padamu"
2008"
"Tiba-tiba" ""Lately / Tanpamu"
2009"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu ini dikeluarkan dalam bentuk duet pada tahun 2008 atas permintaan ramai apabila versi demo nyanyian bersama Amer dimuatnaik ke dalam Youtube. Versi duet bersama Amer ini berkonsepkan R&B pop dan tidak menggabungkan muzik gospel. Nyanyian Dayang dan Amer hanya diiringi gitar dan piano secara minimal. Ia menjadi track yang perlahan namun asyik untuk didengar.