Tielman Susato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Tielman-susato.jpg
Tielman Susato

Tielman — atau TylmanSusato (c. 1510/15 – selepas tahun 1570) ialah seorang penggubah lagu, pemain alat muzik dan penerbit di Antwerp pada Zaman Pembaharuan.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Tempat lahir Susato tidak diketahui. Beberapa sarjana mempercayai beliau dilahirkan di Soest, westphalia, Jerman, dan ada pula mengatakan tempat lahir Susato ialah di bandar sama nama, Soest, Holland.

Susato merupakan seorang penggubah yang mengarang banyak muzik alat, dan banyak karya beliau masih dirakam dan dipersembahkan pada masa kini. Beliau menghasilkan sebuah buku muzik tarian pada yahun 1551, Het derde musyck boexken ... alderhande danserye, (Danserye) yang mengandungi gubahan yang mudah tetapi berseni. Kebanyakan gubahan dalam rentak tari (allemande, galliard, dan sebagainya).

Susato seorang penggubah yang berbakat dan beliau mengarang dan menerbitkan beberapa buku gita puji dan motet yang menggunakan gaya polifoni yang popular pada masa itu.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Keith Polk (ed.), Tielman Susato and the Music of His Time. Print Culture, Compositional Technique and Instrumental Music in the Renaissance. Hillsdale/N.Y., Pendragon Press 2005, ISBN 1-57647-106-3 (partly online)
  • Gustave Reese, Music in the Renaissance. New York, W.W. Norton & Co., 1954. (ISBN 0-393-09530-4)
  • Articles "Printing and publishing of music," "Tielman Susato," in The New Grove Dictionary of Music and Musicians, ed. Stanley Sadie. 20 vol. London, Macmillan Publishers Ltd., 1980. (ISBN 1-56159-174-2)
  • Dansereye 1551, performed by the New London Consort, Philip Pickett, conducting. Decca Record Company, London, 1993.
  • Kristine K. Forney, "New Documents on the Life of Tielman Susato, Sixteenth-Century Music Printer and Musician," Revue belge de Musicologie/Belgisch Tijdschrift voor Muziekwetenschap, Vol. 36/38, (1982 - 1984), pp. 18–52. Published by: Societe Belge de Musicologie.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]