Tiger Stripes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tiger Stripes
PengarahAmanda Nell Eu
PenulisAmanda Nell Eu
Dihasilkan oleh
  • Foo Fei Ling
  • Patrick Mao Huang
  • Fran Borgia
  • Juliette Lepoutre
  • Pierre Menahem
  • Jonas Weydemann
  • Ellen Havenith
  • Yulia Evina Bhara
Dibintangi
SinematografiJimmy Gimferrer
Disunting olehCarlo Francisco Manatad
Muzik olehGabber Modus Operandi
Syarikat
penerbitan
Ghost Grrrl Pictures
Diedarkan olehNetflix
Tarikh tayangan
  • 17 Mei 2023 (2023-05-17) (Cannes)
Masa tayangan
95 minit
Negara
  • Malaysia
  • Taiwan
  • Singapura
  • Perancis
  • Jerman
  • Belanda
  • Indonesia
  • Qatar
BahasaMelayu

Tiger Stripes ialah filem seram badan terbitan bersama antarabangsa 2023,[1] diarahkan dan ditulis oleh Amanda Nell Eu dalam penampilan sulungnya sebagai pengarah dan dikeluarkan oleh syarikat Ghost Grrrl Pictures.

Filem ini mempunyai tayangan perdana dunia di Festival Filem Cannes 2023 pada 17 Mei 2023 di mana ia memenangi Hadiah Utama Minggu Pengkritik Antarabangsa.

Plot[sunting | sunting sumber]

Zaffan, seorang gadis berusia 11 tahun, mula mengalami perubahan fizikal pada tubuhnya apabila dia melalui proses akil baligh.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Semasa pengeluarannya, Tiger Stripes telah mengumpul tujuh kredit pembangunan projek, termasuk Open Doors Locarno Festival, Network of Asian Fantastic Films, Talents Tokyo, NMSP Project Development Fund, Hubert Bals Fund Bright Future, Less Is More Event, dan SEAFIC Lab.[4]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini mempunyai tayangan perdana dunia di Festival Filem Cannes 2023 pada 17 Mei 2023.[5] Ia memenangi anugerah untuk Hadiah Utama Minggu Pengkritik Antarabangsa.[6]

Pada April 2023, Jour2fête memperoleh hak pengedarannya di Perancis.[7]

Ia dipilih oleh Finas untuk mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-96.

Dalam filem, la Jadual didedahkan pada 2024.

Penerimaan kritik[sunting | sunting sumber]

Pada tapak web pengagregat ulasan Rotten Tomatoes, 100% daripada 6 ulasan pengkritik adalah positif, dengan penilaian purata 6.7/10.[8] Metacritic, yang menggunakan purata wajaran, memberikan filem itu skor 65 daripada 100, berdasarkan 4 pengkritik, yang menunjukkan "ulasan secara umumnya positif".[9]

Fionnuala Halligan dari Screen International menyifatkan filem itu sebagai "sebuah drama kedewasaan bertumpukan wanita yang diperhatikan dengan baik".[3] Peter Bradshaw dari The Guardian menilai filem itu dengan memberi tiga daripada lima bintang dan memuji arahan Nell Eu serta persembahan pelakon yang lebih muda.[2]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Tarikh upacara Kategori Penerima Keputusan Ruj.
Festival Filem Cannes 25 Mei 2023 Grand Prix Minggu Pengkritik Amanda Nell Eu Menang [10]
27 Mei 2023 Caméra d'Or Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ferrarese, Marco (7 Mei 2023). "Malaysian feminist body horror Tiger Stripes to debut at Cannes". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mei 2023.
  2. ^ a b c d e f Bradshaw, Peter (17 Mei 2023). "Tiger Stripes review – coming-of-age body horror releases the monster inside". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2023.
  3. ^ a b Halligan, Fionnuala (17 Mei 2023). "'Tiger Stripes': Cannes Review". Screen International (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2023.
  4. ^ Frater, Patrick (18 Mei 2023). "'Tiger Stripes' Is Highly Developed Product of Indie Film Support System". Variety. Dicapai pada 26 Mei 2023.
  5. ^ Dodman, Benjamin (20 Mei 2023). "Malaysian tweens earn their 'Tiger Stripes' in Cannes coming-of-age body horror". France 24 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2023.
  6. ^ Roxborough, Scott (24 Mei 2023). "Cannes: Malaysian Genre Mash-Up 'Tiger Stripes' Wins 2023 Critics' Week". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2023.
  7. ^ Bataille, Emmanuel (19 April 2023). "Jour2fête distribuera « Tiger Stripes », en compétition à Cannes". Écran Total (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 26 Mei 2023.
  8. ^ "Tiger Stripes". Rotten Tomatoes (dalam bahasa Inggeris). Fandango Media. Dicapai pada 26 Mei 2023.
  9. ^ "Tiger Stripes Reviews". Metacritic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mei 2023.
  10. ^ "Filem Tiger Stripes arahan anak Malaysia menang di Cannes". Berita Harian. 25 Mei 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2023. Dicapai pada 28 Mei 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]