Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2009 kali ke-51 pada 5-12 Ogos 2009 (14 -21 Syaaban) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur,Malaysia. Tujuan tilawah diadakan ialah agar membudayakan minat membaca Al-Quran di kalangan Muslimin, di samping mempertingkatkan syiar Islam di dalam negara.

Tema tilawah ialah 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' .

Peserta[sunting | sunting sumber]

Seramai 66 peserta iaitu 42 qari dan 24 qariah dari 43 negara terlibat.[1]. Antaranya dari Arab Saudi, Afghanistan, China, Croatia dan India.

Wakil Malaysia[sunting | sunting sumber]

Qari dari Malaysia ialah Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan (Sarawak). Qariah Malaysia pula ialah Sharifah Khasif Fadzilah binti Syed Mohd Badiuzzaman (Perak).Mereka muncul johan qari dan qariah peringkat kebangsaan di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak.

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Majlis penutup oleh oleh Sultan Kedah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Jamil Khir Baharom.[2]

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Ogos 2009, Qari dari Iraq Usamah Abdullah dan qariah dari Malaysia Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman muncul sebagai pemenang. Mereka mendapat menerima hadiah wang tunai RM14,339, piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun.

  • Naib johan qari ialah dari Iran Jafar Hadi Fardi Aghchay .Naib qariah ialah Natipa Manasia dari Thailand
  • Ketiga ialah qari Azhar Darma Djunaidi dari Indonesia. Ketiga qariah ialah Hajah Dayang Nurul Akmalina Haji Yahya dari Brunei.

Rujukan[sunting | sunting sumber]