Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional
Mohamad Hasan.png
Penyandang
Mohamad bin Hasan
sejak 30 Jun 2018
GelaranYang Berhormat
Pembentukan1973
Pemegang pertamaAbdul Razak Hussein

Jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional adalah jawatan kedua tertinggi dalam parti komponen Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, dan PBRS.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional kebiasaannya diberikan kepada Timbalan Presiden UMNO yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atas kapasiti sebagai parti terbesar dan menjadi orang nombor 2 dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia.[1]

Selepas kekalahan Barisan Nasional dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, parti tersebut tidak lagi menjadi kerajaan sebaliknya menjadi pembangkang. Oleh kerana itu, jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak dapat lagi dijawat.[2]

Setelah menjadi kerajaan semula dengan bergabung bersama-sama Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Ahli Parlimen Bebas bagi membentuk sebuah kerajaan campuran, Kerajaan Perikatan Nasional,[3] jawatan Timbalan Perdana Menteri masih tidak dapat dijawat oleh Timbalan Pengerusi Nasional kerana, penyandangnya, Mohamad Hasan bukan merupakan Ahli Dewan Rakyat Malaysia sebaliknya merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Sebaliknya, Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden UMNO kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet Muhyiddin I.[4]

Senarai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.