Timeless Temiar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Timeless Temiar
PengarahMohd Zain Hussain
PenulisNoni Wright
Dihasilkan olehOw Kheng Law (bersekutu)
SinematografiC.G. Wong
Disunting olehWong Khye Weng
Muzik olehV.G. Bhaskaran
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1956
Masa tayangan
46 minit
NegaraMalaysia
Bahasa

Timeless Temiar atau Kaum Temiar Asali ialah sebuah filem dokumentari Malaysia 1956 arahan Mohd Zain Hussain terbitan Malayan Film Unit (MFU; kemudian dikenali sebagai Filem Negara Malaysia atau FNM). Dokumentari ini berkisarkan tentang kehidupan sosiobudaya suku orang asli Temiar di negeri Perak.[1] Ia telah ditayangkan di luar negara dan memenangi pelbagai anugerah.[2][3]

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Kisah kehidupan orang asli Temiar dihutan rimba Malaya. Mereka tinggal dirumah panjang beramai ramai. Orang asli Temiar diketuai oleh seorang pawang berilmu tinggi. Penduduknya hidup dengan memakan sumber bahan hutan seperti memburu binatang dan bercucuk tanam.[4]

Timeless Temiar dimulakan dengan visual Kuala Lumpur moden, dan kemudian beralih ke bandar Ipoh dengan bangunan yang lebih moden.[5] Artis potret terkenal, (Dato’) Hossein Anas, yang pernah bekerja di MFU sebagai artis judul, kemudian bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, muncul di kamera merokok paip ikoniknya. Dia dilihat memandu dengan jip dan kemudian menaiki kapal menaiki sungai, menuju ke hutan. Visual itu disusun sehingga penonton asing dapat melihat bahawa Tanah Melayu sudah menjadi negara moden dan orang asli adalah mereka yang masih hidup secara tradisional di hutan.

Penerbitan dan tema[sunting | sunting sumber]

Timeless Temiar diterbitkan dalam bentuk warna menerusi Eastman Color dan diproses di Denham Laboratories, England.[6] Diarahkan oleh tokoh dokumentari negara, Mohd Zain Hussain, dokumentari ini dihasilkan dengan pembikinan dan penyampaian bentuk, struktur dan konteks dokumentari bukan konvensional. Menurut Ian Aitken, filem ini merujuk kepada konsepsi cerita rakyat kehidupan mereka termasuk rujukan kepada kosmologi semangat roh mereka.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan pada 1956 dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa apabila terpilih untuk diedarkan oleh Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) untuk tayangan di pawagam di Amerika Syarikat dan Kanada.[7] Ia juga pernah dipertontonkan di Marble Arch Cinema, London, England.[8] Pada Julai 1957, Timeless Temiar dipertontonkan di Rex Theatre.[9]

Bersempena dengan Sukan Komanwel ke-16 yang berlangsung dari 11 hingga 21 September 1998, filem ini (bersama-sama dengan 5 lagi filem dokumentari terbitan Filem Negara Malaysia) telah dipertontonkan di Festival Filem Komanwel yang berlangsung dari 11 hingga 15 September 1998.[10][11]

Filem ini dipertontonkan sempena program Art Talk & Forum yang belangsung pada 10 Mac 2017 di Galeri Petronas yang turut dihadiri oleh Hassan Muthalib dan U-Wei Hj Saari.[12]

Kredit[sunting | sunting sumber]

Diperoleh dari catatan penerbitan.[13]

  • Fotografi: C.G. Wong
  • Penyelia penerbitan: J.D. Davidson
  • Penolong pengarah: Mohd Noor Ma'aris, J.J. Xavier
  • Penyunting: Wong Khye Weng
  • Bunyi: V.G. Bhaskaran
  • Rakaman lokasi: Tan Kay Choon, Abd. Latiff Tamin
  • Penulis: Noni Wright
  • Suara latar: Anthony Schooling
  • Penerbit bersekutu: Ow Kheng Law
  • Pengarah: Mohd Zain Hussain

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1956 Festival Filem Asia Pasifik ke-3[14][15] Filem Terbaik (Bukan Drama) Timeless Temiar Menang
Festival Filem Antarabangsa Edinburgh ke-10[14] Diploma Merit Menang
Pameran Antarabangsa Dokumentari dan Filem Pendek ke-7[14] Diploma (Perhatian Khusus) Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Timeless Temiar is a fascinating film" [Kaum Temiar Asali ialah sebuah filem yang mengagumkan] (dalam bahasa Inggeris). The Singapore Free Press. 20 Julai 1957. m/s. 3. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  2. ^ "Malaya at the Festival" [Tanah Melayu di Festival] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 25 Ogos 1956. m/s. 1. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  3. ^ "4 Oscars' for Malaya in Festival" [4 Oscar untuk Tanah Melayu di Festival] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 17 Jun 1956. m/s. 1. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  4. ^ "Untitled" [Tiada tajuk] (dalam bahasa Inggeris). The Singapore Free Press. 22 Julai 1957. m/s. 5. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  5. ^ Doug Lackersteen (21 Julai 1957). "An untamed people tame the jungle" [Orang yang tidak dianiaya menganiaya hutan] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 11. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  6. ^ "Timeless Temiar" [Kaum Temiar Asali] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Standard. 21 Julai 1957. m/s. 9.
  7. ^ "Popular overseas demand for MFU films: 6,000 copies now shown in 119 countries" [Filem-filem MFU mendapat permintaan dari luar negara: 6,000 salinan kini ditayangkan di 119 negara] (dalam bahasa Inggeris). The Singapore Free Press. 9 November 1960. m/s. 4. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  8. ^ "MFU makes history - £10,000 worth" [MFU mencipta sejarah - bernilai £10,000] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 19 Julai 1957. m/s. 1. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  9. ^ "Triple-prize film on Temiars for colony" [Filem pemenang 3 anugerah mengenai Temiar untuk koloni] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 20 Julai 1957. m/s. 7. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  10. ^ "Tayangan Komanwel". Berita Harian. 12 September 1998. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  11. ^ Tan Ling Ai (12 September 1998). "Common-wealth of worthy films" [Komanwel filem-filem bernilai] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  12. ^ "Tayangan dan apresiasi dokumentari Timeless Temiar teroka nilai falsafah dan penceritaan". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). 13 Mac 2017. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  13. ^ Timeless Temiar (Catatan penerbitan). Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu: Malayan Film Unit. 1956.
  14. ^ a b c "'Temiar' wins top 3 awads" ['Temiar' memenangi 3 anugerah terbaik] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 3 Oktober 1956. m/s. 4.
  15. ^ "Asian Film Festival" [Festival Filem Asia] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 22 Jun 1956. m/s. 9. Dicapai pada 7 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]