Timergara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Timergara adalah ibu pejabat daerah Dir Rendah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Timergara terletak di tebing timur sungai Panjkora. Nama Timergara berasal dari nama seorang raja kuno di timur dan secara rasmi ia dipanggil Timurgarh dan kemudian ia berubah menjadi Timergara. Ia terletak pada ketinggian 823 meter (2,700 kaki) dari aras laut.

Bandar ini merupakan tapak kubur daripada zaman dinasti Aryan, bertarikh 1500-600 SM. Di sebelah barat Sungai Panjkora adalah tapak digali daripada zaman Balambat. Bandar ini telah diduduki secara berterusan sejak zaman orang-orang Aryan pada 1500 SM. Penemuan lain termasuk gedung penyimpanan barang dagangan bertarikh dari 500 SM dan api mezbah, menunjukkan bahawa rakyat disini adalah penyembah api suatu masa dahulu. Kebanyakan bandar utama terletak di tebing sungai [Panjkora], yang memisahkan Balambat dari bandar utama yang lain.

Timergara
Pemandangan Timergara semasa musim panas.
Padang di Timergara semasa musim sejuk.

Koordinat: 34°49′41″N 71°50′27″E / 34.82806°N 71.84083°E / 34.82806; 71.84083

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]