Tindak balas kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tindak balas kimia merupakan proses hasil penukaran sebatian kimia.[1] Sebatian yang asalnya terlibat dengan tindak balas kimia dipanggil bahan tindak balas. Bahan tindak balas kimia lazimnya dicirikan melalui perubahan kimia, dan ia menghasilkan satu atau lebih hasil yang, secara amnya, berbeza dari bahan tindak balas. Dari dahulu, tindak balas kimia diceritakan melibatkan pergerakan elektron dalam membentuk dan memecahkan ikatan kimia, walaupun konsep am bagi tindak balas kimia, dalam bentuk persamaan kimia, boleh digunakan untuk peralihan zarah keunsuran, begitu juga tindak balas nuklear.

Tindak balas kimia yang berbeza digunakan dalam sintesis kimia untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Dalam biokimia, sesiri tindak balas kimia dimangkin oleh enzim yang membentuk laluan metabolik, yang sintesis dan penguraiannya lazimnya mustahil dalam keadaaan di dalam sel yang bertindak.

Jenis tindak balas[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak jenis tindak balas kimia dan pendekatannya menghasilkan banyak pertindihan dalam pengkelasan. Berikut adalah beberapa contoh istilah yang sering digunakan dalam menyatakan beberapa jenis tindak balas:

  • Pengisomeran, iaitu apabila sebatian kimia menjalani penyusunan semula struktur tanpa sebarang perubahan komposisi atom; lihat stereoisomerisme
  • Gabungan terus atau sintesis, iaitu apabila dua atau lebih unsur atau sebatian kimia bergabung membentuk hasil yang lebih rumit:
N2 + 3 H2 → 2 NH3
  • Pengurai kimia atau analisis, iaitu apabila sebatian kimia terurai menhadi sebatian yang lebih kecil atau unsur:
2 H2O → 2 H2 + O2
2 Na(p) + 2 HCl(ak) → 2 NaCl(ak) + H2(g)
  • Metatesis atau Tindak balas sesaran berganda, iaitu dua sebatian menukar ion atau ikatan untuk membentuk sebatian lain:
NaCl(ak) + AgNO3(ak) → NaNO3(ak) + AgCl(p)
  • Tindak balas pemendakan ialah apabila bahan dalam larutan bergabung lalu membentuk pepejal (mendakan). Contoh yang sesuai adalah seperti yang tertera dalam metatesis.
  • Tindak balas asid-bes, amnya dikenali apabila tindak balas antara asid dan bes, boleh mempunyai takrifan berbeza bergantung kepada konsep asid-bes yang digunakan. Antara yang biasa ialah:
  • Takrifan Arrhenius: Asid bercerai di dalam air membebaskan ion H3O+; bes bercerai di dalam air membebaskan ion OH-.
  • Takrifan Brønsted-Lowry: Asid dalah penderma proton (H+); bes adalah penerima proton. Takrifan Arrhenius turut memainkan peranan.
  • Takrifan Lewis: Asid adalah penerima pasangan elektron; bes adalah penderma pasangan elektron.Takrifan Brønsted-Lowry turut memainkan peranan.
  • Tindak balas redoks, iaitu perubahan dalam nombor pengoksidaan atom. Tindak balas tersebut sering dianggap sebagai peralihan elektron antara tapak atau spesis molekul berbeza. Antara contoh tindak balas redoks ialah:
2 S2O32−(ak) + I2(ak) → S4O62−(ak) + 2 I(ak)

Iaitu I2 diturunkan kepada I- dan S2O32- (anion tiosulfat) dioksidakan kepada S4O62-.

  • Pembakaran, sejenis tindak balas redoks yang sebarang sebatian mampu terbakar bergabung dengan unsur yang mengoksidakan, selalunya oksigen, untuk menjana tenaga dan mengeluarkan hasil yang teroksida. Istilah pembakaran lazim digunakan hanya untuk pengoksidaan berskala besar bagi keseluruhan molekul, iaitu pengoksidaan terkawal bagi kumpulan berfungsi tunggal bukanlah satu pembakaran.
C10H8+ 12 O2 → 10 CO2 + 4 H2O
CH2S + 6 F2CF4 + 2 HF + SF6

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "chemical reaction". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.