Tindak balas penyahhidratan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Tindak balas penyahhidratan ialah sebuah tindak balas kimia yang melibatkan kehilangan molekul air daripada molekul atau ion ditindak balas. Tindak balas ini adalah lazim, dan terbalik daripada tindak balas penghidratan.

Kimia organik[sunting | sunting sumber]

Pengesteran[sunting | sunting sumber]

Satu contoh klasik ialah pengesteran Fischer yang melibaatkan tindak balas antara asid karboksilik dengan alkohol untuk memperoleh ester:

RCO2H + R′OH adalah dalam keseimbangan dengan RCO2R′ + H2O

Tindak-tindak balas ini lazimnya memerlukan suatu agen yang bertindak balas dengan air (agen nyahhidrat).

Penghasilan alkena[sunting | sunting sumber]

Alkena boleh dihasilkan melalui penyahhidratan daripada molekul alkohol, dan merupakan satu tindak balas utama dalam pemprosesan biojisim menjadi bahan api cecair.[1] Tindak balas etanol kepada etena ialah satu contoh asas:[2][3]

   CH3CH2OH → H2C=CH2 + H2O

Tindak balas ini adalah perlahan tanpa kehadiran mangkin-mangkin asid seperti asid sulfurik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Besson, Michèle; Gallezot, Pierre; Pinel, Catherine (2014-02-12). "Conversion of Biomass into Chemicals over Metal Catalysts". Chemical Reviews (dalam bahasa Inggeris). 114 (3): 1827–1870. doi:10.1021/cr4002269. ISSN 0009-2665.
  2. ^ Zimmermann, Heinz; Walz, Roland (2008). "Ethylene". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. Weinheim: Wiley-VCH. doi:10.1002/14356007.a10_045.pub3. ISBN 978-3527306732.
  3. ^ Zhang, Minhua; Yu, Yingzhe (2013-07-17). "Dehydration of Ethanol to Ethylene". Industrial & Engineering Chemistry Research (dalam bahasa Inggeris). 52 (28): 9505–9514. doi:10.1021/ie401157c. ISSN 0888-5885.