Tiokol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tiokol merujuk kepada pelbagai polimer polisulfida organik; nama Inggeris Thiokol ialah suatu cap dagang daripada syarikat bernama sama.[1] Polimer tiokol digunakan sebagai elastomer dalam penutup. Perbezaan antara polimer yang dikemukakan dan dipasarkan Thiokol dengan polimer-polimer polisulfida terbitan lain biasanya tidak jelas.[2]

Penghasilan dan struktur[sunting | sunting sumber]

Pelbagai jenis tiokol diperakui. Biasanya, tiokol dihasilkan daripada penggabungan 2-kloroetanol, formaldehid dan natrium polisulfida (Na2Sx). Kloroetanol dihasilkan in situ daripada etilena oksida dan hidrogen klorida. Darjat x pada polisulfida ialah suatu pemboleh ubah yang penting. Agen rantai silang juga digunakan seperti 1,2,3-trikloropropana. Suatu polimer ideal boleh diwakili rumus HS(CH2CH2OCH2OCH2CH2SS)nCH2CH2OCH2OCH2CH2SH. Resin diakhiri tiol boleh dimatangkan melalui pengoksidaan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mark S. M. Alger (1997). Polymer Science Dictionary. Springer. m/s. 569. ISBN 978-0-412-60870-4.
  2. ^ a b Templat:Kirk-Othmer