Tisu lembut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tisu lembut ialah sebarang tisu yang menghubungkan, menyokong atau mengelilingi struktur dan organ dalam badan; tisu sebegini termasuk tisu penghubung seperti tendon, ligamen, fasyia, kulit, tisu penghubung berserat, lemak dan membran sinovia, serta tisu-tisu yang bukan dalam kelas tersebut seperti otot, saraf dan pembuluh darah.[1]

Tisu ini terdiri daripada matriks luar sel yang terbina daripada kolagen, elastin dan bahan dasar (ground substance) lain; komponen terakhir ini menjadikan tisu kekal terhidrat. Fibroblas merupakan sel paling umum dketahui menghasilkan komponen-komponne tersebut, amun ia juga boleh dihasilkan sel sejenisnya yang lain seperti kondroblas.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "soft tissue". cancer.gov. Institut Kanser Negara Amerika Syarikat. 
  2. ^ Junqueira, L.C.U.; Carneiro, J.; Gratzl, M. (2005). Histologie. Heidelberg: Springer Medizin Verlag. m/s. 479. ISBN 3-540-21965-X.