Titi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Titi merujuk pada laluan melintas sempit bagi menyeberangi parit, atau longkang, atau anak sungai.

Ia biasanya dibuat dari batang balak atau batang pokok Kelapa yang diletak melintangi bagi membantu menyeberang. Ia juga boleh dibuat secara ringkas sekadar sekeping papan atau rumit seperti binaan titi buluh yang digunakan bagi menyeberang sungai. Tetapi ciri ciri yang membezakan titi dwngan jambatan adalah titi dibina sempit dan tidak kukuh.

Ia juga digunakan bagi melambangkan perlu dilakukan dengan cermat. Contoh meniti liku hidup. Ia juga menyerupai perkataan teliti.

Lihat juga

* Pekan Titi