Titik Pertama Hamal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Titik Pertama Hamal mentakrifkan koordinat ekliptik (0°, 0°). Ia berada di khatulistiwa samawi di kedua-dua hujung kiri dan kanan carta langit, dengan ekliptik (lengkung sinus bertitik jingga) melintasinya.

Titik Pertama Hamal, juga dikenali sebagai Bucu Hamal atau Aries, ialah lokasi ekuinoks vernal (ekuinoks Mac), digunakan sebagai titik rujukan dalam sistem koordinat samawi. Dalam rajah yang menggunakan sistem koordinat sedemikian, ia selalunya ditunjukkan dengan simbol ♈︎. Dinamakan sempena buruj Hamal (atau Aries), ia merupakan salah satu daripada dua titik pada sfera samawi di mana khatulistiwa samawi melintasi ekliptik, satu lagi ialah Titik Pertama Mizan atau Libra, terletak tepat 180° daripadanya. Disebabkan oleh liukan ekuinoks sejak dinamakan kedudukan asalnya pada zaman dahulu, kedudukan Matahari ketika di ekuinoks vernal kini berada di Hut (Pisces); apabila ia berada di ekuinoks Musim Luruh (ekuinoks September), ia berada di Sunbulat (Virgo) (menurut J2000).

Sepanjang laluan tahunannya melalui zodiak, Matahari bertemu dengan khatulistiwa samawi dari selatan ke utara di Titik Pertama Hamal, dan dari utara ke selatan di Titik Pertama Mizan. Titik Pertama Hamal dianggap sebagai "meridian utama" cakerawala dari mana jarak hamal dikira.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ekuinoks dilihat dari tapak Pizzo Vento di Fondachelli-Fantina, Sicily

Pilihan kedudukan permulaan untuk mengukur pergerakan Matahari merentasi sfera samawi adalah sembarangan. Ekuinoks lebih disukai memandangkan ekuinoks menandakan titik masa apabila Matahari tidak mempunyai deklinasi utara mahupun selatan tetapi sedang melintasi khatulistiwa samawi. Daripada dua kemungkinan ekuinoks, orang Yunani purba memilih ekuinoks Mac sebagai titik permulaan. Ini bertepatan dengan perayaan Hilaria, waktu yang dikaitkan optimisme dan permulaan waktu petani mula menyemai atau memerhatikan pertumbuhan dan berkembangnya bunga-bunga pertama pokok dan tanaman musim panas. [1] Penamaan Hamal berlaku lewat dalam zodiak Babylon iaitu ekuinoks berada dalam tradisi terawalnya ditandakan sepertimana awal Zaman Gangsa Pertengahan secara kebetulan dengan Pleiades . [2] Masa tersebut juga sepadan dengan masa pengembirian anak lembu jantan, baghal dan keldai, Sanguia pada ekuinoks musim bunga dan menandakan permulaan musim bunga sebenar. [3] [4] [5]

Titik Pertama Hamal juga dipanggil sedemikian kerana, apabila Hipparchus menakrifkannya pada 130 SM, ia terletak di hujung barat buruj Hamal, berhampiran sempadannya dengan Pisces dan bintang γ Arietis. Disebabkan pergerakan Matahari ke arah timur merentasi langit sepanjang tahun, hujung barat Hamal ini adalah titik tempat Matahari memasuki buruj, maka dinamakan Titik Pertama Hamal.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Disebabkan oleh liukan paksi Bumi, titik ini secara beransur-ansur bergerak ke arah barat pada kadar kira-kira satu darjah setiap 72 tahun. Ini bermakna, sejak zaman Hipparchus, ia telah beralih merentasi langit kira-kira 30°, dan kini terletak dalam Hut (Pisces), berhampiran sempadannya dengan (Dalu) Aquarius. Matahari kini muncul di Hamal dari akhir April hingga pertengahan Mei, walaupun buruj itu masih dikaitkan dengan permulaan musim bunga utara. [3] [4] [5]

Titik Pertama Hamal adalah penting untuk bidang astronomi, navigasi nautika dan astrologi. Jadual efemeris navigasi merekodkan kedudukan geografi Titik Pertama Hamal sebagai rujukan untuk kedudukan bintang navigasi. Disebabkan oleh liukan ekuinoks yang perlahan, pandangan zenit (di atas lokasi) buruj pada sebarang masa dalam setahun dari lokasi tertentu telah perlahan-lahan bergerak ke arah barat (dengan menggunakan epok suria, hanyutan diketahui). Zodiak tropika turut terjejas dan tidak lagi sepadan dengan buruj (Bucu Mizan hari ini terletak dalam Sunbulat (Virgo)). Dalam astrologi sidereal, sebaliknya, titik pertama Hamal kekal sejajar dengan buruj Hamal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  • Ridpath, Ian (1988). "Aries: The Ram". Star Tales. Dicapai pada 24 May 2012.
  • Winterburn, Emily (2008). The Stargazer's Guide: How to Read Our Night Sky. Harper Collins. ISBN 978-0-06-178969-4.
  1. ^ R Turcan. 1996. The Cults of the Roman Empire. p44-47
  2. ^ Rogers, Mesopotamian Traditions 1998.
  3. ^ a b Ridpath, Star Tales Aries: The Ram.
  4. ^ a b Winterburn 2008.
  5. ^ a b Ridpath 2001.