Tiz Zaqyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tiz Zaqyah
Tiz Zaqyah.jpg
Tiz Zaqyah semasa sesi permaidani merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-24 di Genting Highlands, Pahang.
Kelahiran Siti Zaqyah binti Abdul Razak
25 Oktober 1988 (27 tahun)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur,  Malaysia
Warganegara Malaysia
Nama lain Tiz
Etnik Melayu
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
Tahun aktif 2006 - kini
Terkenal kerana Nur Kasih
Oh My English!
Cinta Jangan Pergi
Tinggi 4 ft 11 in (1.5 m)
Agama Islam

Siti Zaqyah binti Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tiz Zaqyah (lahir 25 Oktober 1988) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi Malaysia. Tiz memulakan kerjaya dalam industri lakonan Malaysia melalui berlakon dalam watak sampingan dan lakonan pertama Tiz adalah dalam siri drama televisyen Gol & Gincu The Series. Pada tahun 2009, Tiz memegang watak utama dalam drama Nur Kasih yang membuat Tiz dikenali dan dicalonkan dalam pelbagai anugerah. Tiz dikenali dengan karakter Nur Amina dalam Nur Kasih dan Tiz telah menerima anugerah "Pelakon TV Wanita Popular" di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Tiz dilahirkan pada 25 Oktober 1988, di Kuala Lumpur, Malaysia. Tiz merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik dan mempunyai seorang kakak. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Subang Jaya dan tamat persekolahan pada November 2005.[2] Tiz memulakan karier sebagai pelakon pada umur 18 tahun. Tiz telah disenaraikan dalam 10 artis wanita tercantik Malaysia apabila bertudung.[3] Pada 24 Oktober 2011, Tiz, Remy Ishak dan Eman Manan dikatakan pelakon yang mempunyai aura apabila berlakon.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Perhubungan dengan Remy Ishak[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Oktober 2011, Remy Ishak telah memberitahu bahawa dia dan Tiz mempunyai hubungan yang istimewa dan kedua-duanya memberitahu bahawa mereka masih mengenali diantara satu sama lain.[5] Pada akhir September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan Tiz Zaqyah telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih menjalani hubungan yang baik sebagai kawan.[6][7][8][9][10]

Karier[sunting | sunting sumber]

2006-2012: Karier awal, kejayaan utama dan Nur Kasih[sunting | sunting sumber]

Kejayaan yang telah dicapai Tiz ialah melalui drama Nur Kasih yang diarahkan oleh Kabir Bhatia.[11] Pada 2010, dikhabarkan yang drama Nur Kasih akan difilemkan dan ditayangkan pada tahun 2011. Tiz akan berduet bersama Yasin untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie.[12] Pada tahun 2011, Tiz berlakon dalam beberapa drama hebat seperti Gemilang dan Soffiya. Dalam drama Gemilang Tiz memainkan karakter sebagai guru yang mahu pelajarnya cemerlang dalam pelajaran mereka, dan dalam drama Soffiya pula, Tiz memainkan watak sebagai seorang remaja perempuan yang mempunyai banyak masalah dan teleh di rogol oleh bapa kandungnya sendiri.[13]. Pada tahun 2012, Tiz terbabit dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu. Dalam drama ini, Tiz membawakan watak seorang wanita yang baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan jantung dan dia memiliki ciri-ciri keperibadian pemilik asal jantung itu yang membuatkan dia tertaut hati kepada lelaki merupakan kekasih pemilik asal jantungnya itu. Setakat ini, Tiz telah berlakon sebanyak dua buah filem iaitu Nur Kasih The Movie dan Cinta Kura Kura. [14]

2013: Peningkatan Karier[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 2013, Tiz Zaqyah akhirnya membuat penampilan barunya setelah sekian lama menyepi. Drama komedi romantik terbarunya iaitu Sebenarnya, Saya Isteri Dia! yang ditayangkan di slot Zehra, TV3 bersama pelakon segak dan berbakat besar, Izzue Islam telah berjaya menambat hati penonton. Tiz membawa watak Syaf yang dipaksa berkahwin dengan Firash oleh maknya selepas mereka ditangkap basah oleh tunang Syaf, merangkap abang kepada Firash. Selain itu, Tiz membawakan watak Lea Soraya untuk drama Cinta Jangan Pergi yang mana beliau bergandingan semula dengan pasangan aktor Nur Kasih, Remy Ishak dengan watak sebagai Khalil. Dalam drama ini, Lea Soraya mengikat janji setia seumur hidup dengan Khalil sebelum akhirnya mereka terpaksa berpisah mati selepas Khalil didapati terlibat dalam kemalangan. Khalil kembali semula dan terkejut apabila mendapati Lea sudah bertunang dengan lelaki lain. Pada mulanya Khalil ingin membalas dendam kerana Lea mengkhianati cinta mereka tetapi cintanya terhadap Lea ternyata sangat kuat sehingga beliau melupakan hasratnya itu dan akan membuat apa cara sekalipun untuk mendapatkan Lea semula.

Kerjaya Tiz Zaqyah tidak terhenti dengan dua buah drama itu sahaja. Beliau juga akan berlakon dalam drama Jodoh Itu Milik Kita dengan watak sebagai Dahlia yang bakal disiarkan di slot Astro Mustika menggantikan drama Dahlia.

2014-kini[sunting | sunting sumber]

Terbaharu Tiz Zaqyah membintangi drama bersiri 60 episod Kusinero Cinta yang disiarkan di Astro Mustika HD dan Astro Maya. Drama ini merupakan gandingan beliau bersama Aaron Aziz dan pertama kali digandingkan dengan Jericho Rosales. Drama ini turut dibintangi oleh Miera Leyana, Jasmin Hamid, Arash Mohd, Putri Mardiana dan ramai lagi.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Soundtrack[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Nota
2011 Nur Kasih (bersama Yassin) Nur Kasih The Movie OST
2013 Together (bersama SleeQ dan Zain Saidin Oh My English! 2 OST

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2011 Nur Kasih The Movie Nur Amina Grand Brilliance, Filmscape
2012 Cinta Kura Kura Nani KRU Studios

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2006 Impian Illyana Musim 2 Ika TV3
2007 Impian Illyana Musim 3
2008 Sunsilk Impian
2009 Nur Kasih Nur Amina
2010 Spa Qistina Maya Astro Box Office
Asmaradana Tengku Azizah TV3
2011 Gemilang Asma
Tahajjud Cinta Emelda
Soffiya Soffiya
2012 Dejavu di Kinabalu Dalilah Nadira
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Syafa Aqira
Oh My English 2[15] Ayu Astro TVIQ
Cinta Jangan Pergi Lea Soraya TV9
Jodoh Itu Milik Kita Dahlia Astro Mustika HD
2014 Kusinero Cinta Edrinna
Oh My English 3 Ayu Astro TVIQ
Seludup Yasmin Astro Prima
2015 Oh My English!: Class of 2015 Ayu Astro TVIQ
TBA Bomba Hero The Series Wana TV1
Akadku Yang Terakhir Rania Baheera Astro Prima

Telemovie[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2007 Taxi Driver ntv7
2008 Bernafas Dalam Lumpur
Seandainya Aku Siti Farah
2009 Puaka Topeng Putih Aini Astro Ria
Korban Kasih Marlisa Nuraina TV3
2010 Keabadian Cinta Dina Astro Citra
Kuih Makmur Mastura TV3
Suzana Suzana
Cinta Akhbar Nuraini TV9
2011 Mesej Terakhir Kartini TV3
7 Lagu Tania / Hajar Astro Citra
Bukan Untukku Izzati TV1
Geisha Melayu Terakhir Ai Ling Astro Ria
Dari Kedah Ke Kuala Lumpur Isteri Zamri TV3
Pencari Jalan Lurus Naelah TV AlHijrah
Buat Tatapan Yang Tercinta Nora Astro Prima
Aduh Sayang Nani TV3
2012 Runtuhnya Sebuah Dosa Emelda
Sabar Tak Sabar Farhana
Biarlah Rahsia Nila Astro Prima
2013 Keroncong Untuk Ana Rohayu
XOXO Aleesha TV9
Karlos Bolos Ella / Suhaila TV3
Oh My Ganu! Ayu Astro TVIQ
Oh My English Goes to New York
2014 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Raya Syafa Aqira TV3
2015 Izinku Kembali Ayra Sufya TV9
Rose Emilia Emilia
Lintang Pukang Astro Prima
Oh My Goat Ayu Astro TVIQ
Cermin Kasih Marina TV3
2016 Oh My Ganu! 2 Ayu Astro TVIQ

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23
Artis Baru Wanita Popular N/A Dicalonkan
Pelakon TV Wanita Popular N/A Menang
2010
Anugerah Stail EH!
Selebriti Wanita Paling Seksi N/A Dicalonkan
Anugerah Shout! 2010
Pasangan Terbaik di Tabir bersama Remy Ishak Nur Kasih Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24
Pelakon TV Wanita Popular N/A Dicalonkan
2011
Anugerah Skrin ke-15
Anugerah Sinaran Pantene N/A Menang
Pelakon Wanita Terbaik Filem Nur Kasih The Movie Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-24
Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Lagu Tema Terbaik - Nur Kasih bersama Yassin Dicalonkan
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan
Anugerah Harapan N/A Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25
Pelakon TV Wanita Popular N/A Dicalonkan
2012
Anugerah Blokbuster
Anugerah Heroin Terhebat Nur Kasih The Movie Dicalonkan
Anugerah Lagu Filem Terhebat - Nur Kasih bersama Yassin Dicalonkan
Anugerah Shout!
Pasangan Terbaik di Tabir bersama Remy Ishak Dicalonkan
2013
Anugerah Blokbuster
Anugerah Heroin Terhebat Cinta Kura Kura Dicalonkan
Anugerah Melodi
Artis Wanita Pilihan N/A Dicalonkan
Anugerah Drama Festival KL ke-1
Pelakon Wanita Pilihan Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Dicalonkan
Hero & Heroin Drama Pilihan bersama Izzue Islam Dicalonkan
Barisan Pelakon Pilihan Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27
Gandingan Serasi di Layar bersama Izzue Islam Dicalonkan
Astro On the Go Fan Choice Awards
Favourite Phewittt Actress Jodoh Itu Milik Kita Dicalonkan
2014
Anugerah Lawak Warna ke-2
Artis Lawak Wanita Paling Popular N/A Dicalonkan

Duta produk[sunting | sunting sumber]

  • 2012: May Diamond Dazzle
  • 2012: Pati Prun Nur Kasih
  • 2013: Nescafé 3 dalam 1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Senarai pemenang ABPBH 2009. mediamalaya. 4 April 2010. Dicapai 7 April 2010.
  2. Zaman sekolah Tiz Zaqyah. ohbulan. March 9, 2011. Retrieved March 13, 2011.
  3. 10 artis wanita tercantik Malaysia bila bertudung. beautifulnara. August 10, 2011.
  4. Eman Manan, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pelakon yang ada aura. bh online. October 24, 2011. Retrieved Oktober 27, 2011.
  5. Tiz Zaqyah dan Remy Ishak bercinta. bh online. October 27, 2011. Diambil Oktober 29, 2011.
  6. Kami Benar-Benar Putus Cinta Kali Ini – Tiz Zaqyah. Beautiful Nara. Oktober 1, 2012.
  7. Sudah 3 Bulan Remy Ishak, Tiz Zaqyah Putus Cinta. murai. September 24, 2012.
  8. Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Putus Cinta. Sensasi Selebriti (budiey). September 27, 2012.
  9. Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Putus Cinta. Beautiful Nara. September 24, 2012.
  10. Remy, Tiz sah putus cinta. Kosmo.
  11. Drama Nur Kasih Ditonton 5 Juta Orang. mStar Online. December 1, 2009. Retrieved Disember 5, 2009.
  12. Tiz Zaqyah menyanyi lagu tema filem Nur Kasih The Movie. beautiful nara. Retrieved May 1, 2011.
  13. Tiz Zaqyah memainkan karakter sebagai mangsa rogol. ohbulan. September 21, 2011. Retrieved September 25, 2011.
  14. Cinta Kura Kura filem terbaru Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril. ohbulan. March 15, 2011. Retrieved March 27, 2011.
  15. Aaron Aziz, Tiz Zaqyah Cikgu Baru Oh My English!. murai. Mac 21, 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]