Toamasina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Toamasina
Tamatave
Pandangan udara pelabuhan Toamasina
Pandangan udara pelabuhan Toamasina
Jata Toamasina
Toamasina is located in Bumi
Toamasina
Toamasina (Bumi)
Koordinat: 18°09′S 49°25′E / 18.150°S 49.417°E / -18.150; 49.417
Country Madagaskar
RegionAtsinanana
Pentadbiran
 • MayorNantenaina Rakotonirina
Keluasan
 • Jumlah30.9 km2 (11.9 batu persegi)
Aras11 m (36 ft)
Penduduk
 (2018 census)
 • Jumlah325,857
 • Kepadatan11,000/km2 (27,000/batu persegi)
 • Ethnicities
Betsimisaraka
Zon waktuUTC3 (EAT)
Postal code
501
IklimAf

Toamasina (nama lama: Tamatave) sebuah kota kawasan Atsinanana terletak di pantai timur pulau Madagaskar di Lautan Hindi 215 km barat laut jauh dari ibukota Antananarivo.

Ia merupakan pelabuhan utama negara pulau tersebut; ia agak dikelilingi terumbu karang yang melindung dari maraan laut yang menghempas pesisirannya.[3] Bandar ini mempunyai kependudukan sebanyak 458000 orang menurut banci 2021.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut sejarah lisan masyarakat setempat, kota ini diberi namanya semasa penerokaan ia oleh Raja Radama I yang berangkat dari kerajaannya di Dataran Tinggi pulau tersebut; baginda dipercayai menemukan arah laut dengan mengambil air dari sekitarnya dan merasainya lalu berkata, "Toa masina!" ("[Airnya] masin!")[5]

Petempatan ini menjadi tempat utama kerajaan Merina berdagang hamba abdi dengan para pedagang India, Arab mahupun dari kalangan pelayar Barat pada abad ke-18 menggantikan Mahalevona.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Midi Madagasikara
  2. ^ Estimated based on DEM data from Shuttle Radar Topography Mission
  3. ^ Ravailtera, Pela (11 Februari 2019). "Une grande effervescence commerciale à Toamasina". L'Express de Madagascar (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 29 September 2020.
  4. ^ "Population data". Macrotrends. Dicapai pada 8 Jun 2022.
  5. ^ kata-kata masina dalam bahasa Malagasi dan masin dalam bahasa Melayu sewarisan Melayu-Polinesia daripada kata akar *ma-qasin – rujuk: Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*qasiN: saltiness, salty taste". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 25 Ogos 2022.
  6. ^ Campbell, Gwyn (2005). An Economic History of Imperial Madagascar, 1750-1895: The Rise and Fall of an Island Empire. Cambridge University Press. m/s. 69.
  7. ^ Campbell, Gwyn (1993). "The Structure of Trade in Madagascar, 1750-1810". The International Journal of African Historical Studies. 26 (1): 111–148. doi:10.2307/219188 – melalui JSTOR.