Tok Ayah Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cendekiawan Islam
Ulama tersohor dari Pulau Pinang
Nama: Tuan Guru Haji Abdullah bin Tahir (1875-1942)
Gelaran: Tok Ayah Kedah alias Haji Mohd Arshad, Panchor
Lahir: 1875
Wafat: 1942
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu


Tuan Guru Haji Abdullah (Mohd Arshad) bin Muhammad Tahir (1875-1942) atau lebih dikenali sebagai Tok Ayah Kedah merupakan salah seorang tokoh ulamak Melayu yang terkemuka kerana mengembangkan syi'ar Islam di Nusantara.[1] Beliau juga merupakan pengasah bagi sekolah Sekolah Menengah Ugama (Agama) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, Kota Bharu, Kelantan, yang merupakan sebuah sekolah Menengah Ugama (Arab) bantuan kerajaan Kelantan di bawah pengendalian Yayasan Islam Kelantan.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan seorang ulamak yang berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, tetapi berhijrah ke Kedah kerana menuntut ilmu dengan Tok Sheikh Jarum, setelah berguru dengan Tuan Minal di Seberang Perai. Ulamak yang bersusur galur dari Pattani ini kemudiannya belajar dengan Tok Kelaba dan Tok Chaok di Pattani, sebelum mendapat sentuhan ilmu dengan Tok Kenali di Kelantan.[3] Setelah beberapa ketika menjadi pengajar di Pondok Kenali, beluau kemudiannya diarahkan oleh Tok Kenali supaya membuka pondok di Panchor, Kemumin. Kerana berasal dari utara semenanjung, beliau lebih terkenal dengan gelaran Tok Ayah Kedah dan institusinya dipanggil Pondok Tok Ayah Kedah. Demi melanjutkan perjuangan ulamak Pattani sesudah kejatuhan negeri itu ke tangan Siam pada 1838, Tok Ayah Kedah tegar memainkan peranan dalam membangkitkan semangat perjuangan Islam di Kelantan.[4]

Pondok Tok Ayah Kedah[sunting | sunting sumber]

Pondok Tok Ayah Kedah mempunyai sejarah yang menarik kerana ia bermula sebagai sebuah surau untuk pengajian agama mingguan, tetapi akhirnya bertukar menjadi sebuah pondok pada awal 1920-an, apabila Tok Ayah Kedah menetap di Kampung Panchor dari Kenali. Nama Tok Ayah Kedah sebagai murid kepada ulamak-ulamak termasuk Tok Kenali, telah membuatkan pondoknya dikunjungi oleh ramai penuntut. Malangnya, di awal Perang Dunia Kedua, Tok Ayah Kedah telah meninggal dunia.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]